Friday, December 14, 2012

True Love..

Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarokatuh..

Setiap kali kita membaca perkataan "love" atau "cinta", setiap kali itu jugalah we'll feel the flutter of our heart, the smile on our face and sometimes sadness or sorrow, while others might be disgusted by the thought of it. Why? Why...with just a simple 4 letters (in English), would we feel so many emotions and feelings? 

"Cinta itu Anugerah Allah"

Cinta terhadap Parents n Families are different from Cinta terhadap kawan2 Tapi apakah definasi "cinta sebenar"?  

"True love is when you found someone you love, whom you can share your thoughts, feelings and emotions. When you cry, you want to tell them. When you're happy, you want to share with them and when you're sad, you hope that they can comfort you. That is true love" 

That definition made me think for awhile. If true love is shared with a mortal being. A person who can die anytime... then 'true love' is something that can die eventually. It shouldn't be like that! 'True Love' can't die. 'True Love' should be a feeling that cannot be alter with something like 'blowing fire on a candle'. 

The more I think about it, the more obvious the answer is to me. 'True Love' is when you find your love towards Allah grow stronger day by day. Apabila Cinta terhadap Allah semakin mendalam, segala2nya menjadi senang untuk kita. Kita takkan merasa sunyi kerana Allah sentiasa mendampingi. Kita takkan merasa sedih because we know...

"La Takhaf wa la Tahzan. Innallahha ma'ana" 
Do not be afraid and do not be sad. Allah is with us. 



Can human say that to us? That they'll always be there when we need them the most? that they'll listen to us complain every single day without fail? that they'll listen to our sad stories and cries? Sooner or later, people will get bored but Allah won't :'). Love Allah <3 p="p">
Please bear in mind, loving Allah just by saying it is not right.

Tinggalkan LaranganNya, buatlah apa yang di SuruhNya

First thing that we should reflect on;
SOLAT! SOLAT! SOLAT!

Solat is the pillar of Islam
That isn't just some saying yang tak mempunyai apa2 makna. Apabila tiang agama runtuh maka runtuhlah agamanya. Mengerjakan solat adalah Wajib hukumnya. Wajib bermaksud, apabila di tinggalkan mendapat dosa dan apabila di kerjakan mendapat pahala.

Untuk kefahaman pembaca, imagine kalau pahala solat = +5 markah dan dosa solat = -5 markah. Manakala pahala sedekah = +5 markah. So everyday if we pray on time we'll get 25 marks. If we don't pray at all but we give charity to the poor 5 times a day. We'll get 0! That is, +5 x 5 kali sehari. dan di tolak dengan dosa meninggalkan solat. Bukanlah bermakna kita sepatutnya mengira2 pahala dan dosa tapi semua ini sekadar renungan bersama sahaja. Apabila akal yang bergerak segalanya menjadi nyata bahawa... Allah itu sentiasa ada, Dunia hanya perhiasan, Neraka dan Syurga sebagai 'destinasi'.



Wednesday, December 12, 2012

Dunia itu PENJARA


Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu ia berkata, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Dunia itu PENJARA bg orang MUKMIN dan SYURGA bagi orang KAFIR"
(HR Muslim no.5256)

Huraian maksud:
Dunia ini harus kita nikmati dengan mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Dikatakan bahawa dunia adalah penjara bg orang Mukmin kerana di dunia manusia terdedah dengan pelbagai macam godaan dan ancaman yang mencabar keimanan. Bahkan apa yang dilarang oleh agama itu selalunya menjadi kesukaan nafsu manusia. Namun hakikatnya larangan2 itu adalah demi kebaikan dan kesejahteraan manusia sendiri agar tidak terjebak ke lembah kebinasaan. Berbeza pula bagi golongan manusia yang bebas melakukan apa sahaja sehingga akhirnya mereka merosakkan jiwa dan diri mereka sendiri. Inilah hakikat dunia yang menjadikan manusia alpa dan tenggelam di dalamnya. Sebab itu kita selaku orang Mukmin diseru agar memanfaatkan dunia dengan bijaksana iaitu apabila kita berusaha memanfaarkan kehidupan dunia sebagai JAMBATAN MENUJU KEBAHAGIAAN AKHIRAT, maka Allah akan memberikan kedua2nya (kebahagiaan dunia dan akhirat). Namun sekiranya kita hanya mengutamakan kehidupan dunia dan melupakan akhirat, maka Allah hanya akan memberikan satu kenikmatan sahaja iaitu dunia semata2. Sedangkan di akhirat kelak kita mendapat kerugian yang banyak.


Dikisahkan bahwa Imam Ibnu Hajar rahimahullahu ta’ala dulu adalah seorang hakim besar Mesir di masanya. Beliau jika pergi ke tempat kerjanya berangkat dengan naik kereta yang ditarik oleh kuda-kuda atau keledai- keledai dalam sebuah arak-arakan.

Pada suatu hari beliau dengan keretanya melewati seorang yahudi Mesir. Si yahudi itu adalah seorang penjual minyak. Sebagaimana kebiasaan tukang minyak, si yahudi itu pakaiannya kotor. Melihat arak-arakan itu, si yahudi itu menghadang dan menghentikannya.

Si yahudi itu berkata kepada Imam Ibnu Hajar :
“Sesungguhnya Nabi kalian berkata:
Dunia itu penjaranya orang yang beriman dan Surganya orang kafir.” (HR. Muslim)
Namun kenapa engkau sebagai seorang beriman menjadi seorang hakim besar di Mesir, dalam arak-arakan yang mewah, dan dalam kenikmatan seperti ini. Sedang aku -yang kafir dalam penderitaan dan kesengsaran seperti ini.”

Maka Imam Ibnu Hajar menjawab : “Aku dengan keadaanku yang penuh dengan kemewahan dan kenimatan dunia ini bila dibandingkan dengan kenikmatan Surga adalah seperti sebuah penjara. Sedang penderitaan yang kau alami di dunia ini dibandingkan dengan yang adzab Neraka itu seperti sebuah Surga.”

Maka si yahudi itupun kemudian langsung mengucapkan syahadat : “Asyhadu anlailaha illallah. Wa asyhadu anna Muhammad rasulullah.” tanpa berpikir panjang langsung masuk Islam.
Subhanallah, sangat menakjubkan hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam kisah ini…

Hadith ini seringkali di dengar dalam rangkaian Nur Islam 93.30 dan sekarang barulah terlintas dalam hati hendak mengongsikan bersama2 pembaca. Memang tidak dpt disangkal lagi, dunia ini bagaikan penjara untuk mereka2 yang menginginkan bahagia di akhirat nanti. Perbandingan nikmat yang ada di Dunia dan Syurga adalah sangat jauh berbeza. Nikmat yang sementara over Nikmat yang continuous infinity which one would you prefer? Peringatan ini ditujukan khas buat manusia yang sering lupa dan sering tergelincir dalam kebahagiaan dunia yang dijanjikan sementara. Jika hati terasa semakin jauh daripada landasan yang sebenar, berpalinglah kembali. Berpijak di dunia yang nyata, kematian kan datang jua. Dan sebelum ianya datang menyapa, berusahalah untuk mendapatkan rahmat-Nya. KepadaNya jualah kita kembali..

Saturday, November 17, 2012

Kesalahan dalam teguran


Remember this...
Remember this and keep it very dear to your heart.

Dan jangan ulangi kesilapan yang sama..
Jangan..

Cause it hurts!
And it hurts so much until you want to tear yourself apart ( dan berpaling dari tarbiyah/jemaah?)

Dan terkadang kesalahan kecil kita sebagai murabbi dan qiyadah menjadikan batu api bagi syaitan untuk disemarakkan pada hati mutarabbi dan jundiy kita.Maka, awaslah!

Belajarlah dari kesalahan orang lain. ( dan tentu belajar dari diri sendiri juga).

And when you reach the above or become leader, please, please Aisyah, go back to what you write today, and remember these...

1) Bila nak menegur seseorang, tegurlah dengan cara paling baik dan pada waktu paling tepat sekali.

Yang penting, bukanlah untuk sampaikan teguran itu, paling penting adalah supaya teguran itu diterima.
Maka sediakan mekanisme terbaik untuk melakukan teguran itu.

Tak kiralah teguran itu dirasakan dalam suasana penuh kasih sayang, tapi jika cara dan waktu tidak tepat, kamu hanya akan menyalakan lava yang tengah meluap-luap amarahnya.

2) Jalinkan kecintaan sebelum meminta ketaatan. Jalinkan kepercayaan sebelum memberikan nasihat.

Adakah adil jika kamu menegur seorang mutarabbi mahupun jundiymu, dalam keadaan kamu tidak merasai ikatan hati, ataupun paling penting, dia TIDAK merasai kasih sayang dari kamu?
Tentu tidakkan?

Kamu tak pernah endahkan dia, tak pernah mendengar masalah dia, tak pernah membantu dia..
Dan kini kamu hadir padanya, meminta ketaatan dan mahu menegur sahaja?
Jadilah seorang murabbi, yang ada ikatan hati dari sudut ayah, abang, syeikh dan guru pada anak muridnya.

Berkenalanlah, bantulah dia, dan cintailah dia, sebelum kamu meminta ketaatan dan juga menegur kesalahan dia.

Memang betul dia wajib mentaati kamu sebagai kepimpinan. Benar, dia ada kesalahan sebagai jundiymu, tapi santunilah keanak-anakan dan kenaifan dia dalam tarbiyah. Hargailah semangatnya dalam beramal, dan didiklah dia dengan penuh cinta, bukan kritikan dan sindiran yang mengundang kebencian.
Sudah namanya jundiy dan mutarabbi, memang dia akan banyak buat kesalahan. memang dia perlukan bimbingan. Memang dia takkan perfect. Maka, santunilah perkara itu dengan baik.

3) Carilah medium terbaik dalam memberikan teguran/didikan.

Barangkali kamu bukanlah orang yang terbaik dalam menegurnya. Carilah orang yang hati mutarabbi dan jundiy kita lebih terbuka untuk menceritakan segalanya. Carilah orang yang pandai berbicara dalam memberikan didikan ini. Jadikan mereka orang tengahmu. Jika orang lain lebih pandai menegur darimu.

Elak gunakan medium:
a) emel
b) sms
c) telefon

Ketika menegur dan memberikan didikan. kerana manusia sangat banyak salah faham jika teguran itu tidak bernada, dan jika teguran berlaku secara sehala tanpa bertanya apakah asal usul punca masalah itu berlaku.

Bertemulah, berjumpalah, dan peluk mutarabbi itu penuh cinta, sebelum duduk mendengar penjelasan darinya.
Insyaallah, dia akan membuka hatinya pada kamu.

4) Cari masa sesuai dan tenang dalam memberikan teguran.

Bukan sepuluh minit sebelum mutarabbi kita nak menyampaikan usrah, di waktu itulah kita menegur dia. Hancurlah perasaan dia, dan menurunlah semangat dia dalam amal.

Bawalah dia pergi ke kedai makan. Berboraklah perihal-perihal santai sebelum membicarakan hal serius.
Bukalah hati dia dahulu menerima kamu sebelum kamu menyampaikan apa2 pada dia.

Duduk bersemuka dengan dia, dalam keadaan dia tenang, bukan ketika dia sedang mengalami tekanan perasaan yang mengancam.
Ambil waktu paling tepat sekali. Jangan gopoh dan tidak bersabar...

5) Anggaplah dia seperti adik sendiri/anak sendiri/diri sendiri.

Fahami dan dengarilah dia sebelum kita menegur.

Dan tegurlah dengan cara seperti mana kita mahu diri kita sendiri ditegur.

Mulakan dengan pujian dan penghargaan, kemudian barulah membuka topik perbincangan.

Jangan memandang rendah akan dirinya. Jangan membuatkan dia rasa begitu hina, lebih hina dari tanah.
Jangan bagi dia rasa down selepas teguran. Setiap manusia ini ada ego yang perlu dijaga.
Kerana setiap nasihat, kita mahukan perubahan. Bukan mahu dia lari dari tarbiyah!!!

6) Paling penting, jangan menegur dalam keadaan kita sangat beremosi.

Solatlah dahulu. Biarkan waktu melegakan hati kita. Minta pada ALlah diberikan cara dan petunjuk terbaik dalam menegur.

Niat yang ikhlas sahaja takkan menjamin teguran itu diterima, cara kena amat betul dalam penyampaian...

Inilah dia Aisyah, ingatlah perkara ini betul-betul. Kerana manusia lain akan terluka jika kamu lakukan pada mereka apa yang pernah manusia lakukan padamu. Ingatlah sebaiknya.

Malah, jika kau menjadi qiyadah mahupun murabbi agung sekalipun, engkau tidaklah superior dari mereka, Engkau tidaklah lebih baik dari mereka, Mungkin lebih teruk sekalipun.

kerana itu, teguran itu dibuat atas dasar dirimu bersedia untuk ditegur dan berubah juga. Dirimu mahu juga ditegur dan dinasihati selalu....

Ajaib apabila melihat, kematangan hidup dan pengalaman bergaul dengan ramai manusia, amat memberi kesan kepada perwatakan dan kata-kata pada seseorang.

Dan aku melihatnya pada dua generasi yang berbeza. Dan aku merasakan benar, pengalaman sahaja dapat memberikan kematangan dalam kepimpinan.

Dan kita yang menjadi tentera kecil mahupun mutarabbi hina ini, perlu belajar dari kesilapan ini. Jangan ulangi perkara sama. Jadilah manusia lebih baik.

Seperti mana aku harap kamu juga belajar dari kesilapan aku , membetulkan kesilapan aku, dan sentiasa menjadi lebih baik dari aku.

Aku lebih bahagia begitu walaupun tingginya kedudukan aku di mata jemaah dan dunia, kerana kedudukan kita di sisi Allah itu lebih utama..

Dan betul, teguran pada qiyadah/naqibah juga perlu sama sahaja seperti di atas. kita jemaah manusia, bukannya robot dan tentera. Ada emosi dan masalah. maka belajar cara berkomunikasi dengan baik.
wallahualam

- petikan artikel iluvislam.com -

Ingat, Kedudukan kita di sisi Allah itu lebih utama..

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal hijrah 1434H


Ya Allah Dikaulah Tuhanku selamanya.
Pada tahun baru ini daku bermohon kepada-Mu,
 Semoga dijauhi daripada syaitan dan kuncu-kuncunya 
Dan daku memohon pertolongan-Mu
 Supaya daku terpelihara daripada nafsu amarah dan jahat, 
Serta bimbinglah daku
 Akan perkara yang dapat menghampirkan daku dengan-Mu,
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Salam Maal Hijrah to semua. Semoga tahun ini dirahmati & diberkati Allah serta d berikan hidayah dan petunjuk selalu menuju ke jalan yang Benar. Mudah2an kita menjd lebih baik lg daripada Tahun yang sebelumnya Aaminn..

Berhijrah menjadi yang lebih baik tak pernah senang. Perjalanan mana yang tak mempunyai liku-liku? perjalanan mana yang tak mempunyai simpang yang menyesatkan?  Namun jika diri ingat bahawa "Allah sentiasa ada", insya Allah, Dia, Tuhan yang Maha Mengetahui, Maha Mengasihi akan membantu di setiap perjuanganmu untuk mencari Redha-Nya, Ampun-Nya dan Rahmat-Nya.

Sejauh mana pun kaki melangkah
Kadang kita tersasar mencari - cari
Ingatlah Allah sentiasa ada
Dan tak pernah meninggalkan kita
Dia tunggu.
Dia rindu.
Sentiasalah berusaha demi-Nya.

Berhijrahlah menjadi yang lebih baik. Jangan biarkan diri bergelumang dalam dosa, tertawa riang dengan maksiat sedangkan diri tahu neraka tempat dituju jika terus-terusan tidak berubah. Sampai bila diri mahu menjadi begini? berjalan tanpa arah tuju? merasakan kosong? berlayar tnpa kemudi? Peringatan ini bukan untuk diri sendiri sahaja tapi untuk teman2 yang sentiasa mendampingi dan untuk hamba2 Allah yang ditakdirkan membaca post ini. Semoga mendapat pengajaran dan hidayah dariNya jua. Aamiin..



Tuesday, November 13, 2012

Jihad demi Allah..

Bismillahhirrahmannirrahim.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji - pujian hanya bagiNya, Tuhan Pencipta Seluruh Alam, yang Maha Mengetahui apa yang terpendam dan tersirat di dalam hati setiap hamba2Nya dan yang Maha Mendengar kata2, rintihan serta doa. Selawat dan Salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat, sahabat2 baginda dan para pejuang yang saleh dan alim ulama yang mengikuti ajaran dan Sunnah. 

Alhamdulillah, dengan izinNya jua, tertulis lah post yang sudah lama difikirkan. Sebelum post ini di karang, perjalanan hidup yang menimbulkan perlbagai persoalan, halangan serta jawapan telah mematangkan diri. Mudah2an sentiasa di berikan hidayah serta petunjuk drNya, Tuhan yang Satu, Aamiin :').

Hari - hari yang di lalui seringkali membuatkan manusia terlupa. Lupa dengan tujuan hidup sebenar, lupa dengan balasan di akhirat, lupa dengan janji - janji yang Allah terangkan dalam Al-Quran Al-Karin. Seringkali diri terfikir dan seringkali jua diri mengingati "Ini hanyalah Mimpi! realiti sebenar di Akhirat nanti!!". Kadang tergelincir sendiri bila terlalu bahagia dengan kerja yang semakin menjadi tumpuan. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah ya rabb. Engkau berikan peringatan sebelum diri semakin jauh dariMu.

Apakah erti Jihad? dan Apakah erti Istiqomah? 

Jihad ialah perjuangan dan pengorbanan suci berdasarkan prinsip ajaran Islam untuk mencapai matlamat dan tujuan yang diredhai Allah Taala. Manakala Istiqomah adalah usaha yang tiada henti dan berterusan.

Di dunia yang serba moden ini, wang ringgit serta kemudahan dan teknologi yang canggih menjadi rebutan sehingga ganjaran akhirat di abaikan. Kebahagiaan di letakkan dalam mendapatkan kereta yang mewah, rumah yang besar dan pangkat yang tinggi. Hilanglah penerapan agama dalam mencapai segala matlamat duniawi itu.

Lumrah manusia, benda yang dapat di genggam sebagai ganjaran pasti akan di kejar drpd hadiah yang tak dapat di lihat dengan mata yang kasar dan hati yang buta.

Di Zaman inilah hanya sesetengah manusia yang beriman sanggup berjihad dan berjuang demi Allah. Ketika diri masih kecil, pemikiran kurang luas, apabila terlintas sahaja perkataan 'jihad' maka diri akan terfikir, jihad bermakna perang! 'Kena tunggu peranglah ni baru dpt berjihad'. Memang pemikiran kanak2 terlalu lurus bendul. Maksud Jihad di Zaman moden ini meliputi beberapa aspek:-

1) Jihad melawan hawa nafsu
  • membersihkan jiwa dan mensucikan hati dari sifat2 yg rendah dan keji untuk di isi dengan sifat2 yg mulia dan terpuji
  • membersihkan dan mensucikan jiwa dari kegelapan dan kekotoran syirik untuk di isi dengan kejernihan dan sinar cahaya Tauhid
  • mencapai keikhlasan ibadah, kebersihan akhlak dan ketinggian budaya
2) Jihad dengan hati
Jihad dengan hati tanpa usaha atau tindakan zahir merupakan jihad yang paling lemah. Orang yang mempunyai semangat jihad yang lemah akan hanya berjihad dengan hati, apabila ia menghadapi masalah ajaran sesat, murtad kebatilan, kemungkaran dan kezaliman

Sabda Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wasallam.: Ertinya: 
Sesiapa saja yang melihat kemungkaran hendaklah ia bertindak mengubahnya denga lisannya (kata-kata) dan jika masih tidak berdaya, hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya, dan itu merupakan iman yang paling lemah. ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )


3) Jihad dengan kata - kata dan pena
  • menyuruh manusia taat kepada perintah Allah Taala sama ada suruhan atau larangan
  • mengajak manusia melakukan perkara yang baik dan berfaedah serta meninggalkan perkara buruk, sia2 dan maksiat. 
  • menyeru menegakkan kebenaran dan keadilan.
Firman Allah Taala: (Surah Al-Imran: Ayat 104) Ertinya:
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
Sabda Rasullallahi Sallallahi Alaihi Wassalam: Ertinya:
Jihad yang paling utama ialah berkata benar (adil) di hadapan pemerintah yang zalim.

4) Jihad dengan harta
  • membelanjakan harta untuk berjihad Fi sabilillah. 
  • tidak bakhil dan tamak serta sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT.  
(Surah As-Saf ayat:10-11) Ertinya:
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya, Serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu. Yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenar).

5) Jihad dengan diri
Al-Quran berulang kali menyebutkan jihad harta yang diikuti oleh jihad diri (Al Amwalu Wal Anfus) dengan pengertian bahawa harta hanya akan bermakna dalam melaksanakan jihad apabila manusia sanggup mengorbankan diri sebagai pengerak dan melaksana tuntutan jihad. Diri itulah yang sebenarnya menjadi tumpuan utama jihad yang digerakkan oleh kekuatan harta sebagai alat utama jihad. Gandingan antara harta dan diri membolehkan jihad dalam apa bidang sekalipun mencapai matlamatnya iaitu kejayaan yang diredhai Allah Taala.

Firman Allah Taala: (Surah At-Taubat:111) Ertinya:
Sesungguhnya Allah Taala telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka bahawa dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar............................

---- 5 aspek jihad yang di petik drpd internet ---

Perjuangan untuk jalan Allah yang benar tidak dinafikan sangat susah untuk di tempuh apatah lagi di zaman yang mementingkan fesyen dan meremehkan aurat serta membanggakan adat ini. Namun, dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Berjuanglah dengan istiqomah. Tanpa usaha, kejayaan takkan dpt di capai. Teguhkan iman, tingkatkan kesabaran dan mohonlah pd Allah agar diri sentiasa diberikan kekuatan untuk berjuang ke jalanNya yang benar. Semoga kita, ibu bapa, keluarga serta sahabat handai dimasukkan dlm golongan org2 yg beriman dan menghuni syurgaNya. Aamiin..

Thursday, October 4, 2012

Berubah demiNya..


Memang berubah menjadi yang lebih baik itu susah. Kadang berbagai persoalan di lontarkan malah cemuhan serta hinaan takkan lekang dari bibir mereka-mereka yang tidak faham. Tapi ingat, Allah sentiasa ada. Itulah ujian dariNya untukmu. Sesungguhnya hanya orang2 yg beriman dan bertakwa akan sentiasa berusaha tanpa henti. Semoga Allah sentiasa memberikan kita hidayah dan petunjuk untuk berjalan di jalan yang benar. Aamiin..

Sunday, September 30, 2012

Wahai Hati...

Dengar ya wahai hati
Aku tahu rasa sakit ini
Sukar untuk diungkap dengan kata-kata
Malah, rasa sakit itu jugak tidak boleh diungkap
Dengan contengan di atas lembaran kertas sahaja
Dan lebih teruk lagi apabila hati itu
Sudah diminta untuk berhenti berfungsi
Parah

Duhai hati yang rawan
Aku tahu apa pun yang cuba ku lakukan
Sekali kata-kata orang terkesan dihati
Kau akan selama-lamanya berbekas
Bukan tidak pernah aku cuba kikis
Tetapi memang itu cara hidupmu
Mudah memaafkan perlakuan orang
Tetapi sukar melupakan.

Dengar ya wahai hati
Aku tahu
Andai saja hati itu boleh di'scan' dengan mata kasar
Kau lah anggota yang sarat dengan duka
Berbanding anggota-anggota yang lain
Penuh dengan torehan, luka dan parut
Namun ku tetap yakin
Engkau terlaku kuat dan tabah..

Wahai hati
Aku bersyukur kerana punya hati sepertimu
Itu kerana kau tidak pernah berhenti berfungsi sekali pun
Kau tetap terus bergerak walau hanya dengan bertatih
Itulah engkau HATI
Setiap kali disakiti, ditikam, dicucuk, disagat, dan disayat
Kau tetap terus berfungi untukku
Hanya untuk aku

Hati...
Bagaimana caranya agar ku bisa merawatmui?
Guna plaster kah?
Guna Gunting kah?
Atau Guna iodine kah?
Jika guna plaster,  luka besar boleh diplasterkah?
Jahit guna benang, takut akan meninggalkan parut
Jika guna iodine, nantinya kuning hati itu
Tidak cantik seperti orang lain yang merah

Alhamdulillah hati...
Allah ajarkan padaku
Agar sentiasa redha selalu
Allah beri perhatian padamu dengan diuji

Wahai hati...
Percayalah, walau dirimu penuh luka
Tapi cukup engkau tidak bersangka-sangka
Pada Tuhan yang menciptakan mu
Juga yang menciptkanku
Sungguh benar hati...
Ujian itu wasilah untuk kita
Agar sentiasa ingat pada yang Esa...
Anas berkata, Rasulullah bersabda:

"Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha, maka dia akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah."
(Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)

petikan artikel - iluvislam.com

Wednesday, August 29, 2012

Warkah buat bestfriendsku...


Dear Bestfriends,

Wakno Berita? (Apa khabar?). Lama dah tak contact2, bukan kerna terlupa cuma susah nak curik masa. xSangka masing2 dah besar panjang. Kalau dulu kita sering berkelaka tentang nak jadi apa in the future, tentang small stuff yg lucu2 n then ttg perkara yg takde kena mengena pun boleh menjd topik perbualan kita. Indahnya masa kecik2 dulu kn? Toksah fikir ttg tanggungjawab, toksah fikir ttg decision mana yg perlu di buat, hanya perlu fikir, belajar, belajar n belajar. That's it! life is so simple back then! Tp.. itu dulu...

Ehee, mula lh nak mengEmo ni.. Tp takpe kn? Bukan selalu :D. Rindu sangat2 dgn dunia muda mudi dahulu. Rindu sangat2 dgn gelak tawamu ttg jokes aku yg mmg sbnrnya lame. Rindu sangat2 dgn the times we spent buat mengisi masa lapang yg terlalu free. In conclusion, rindu all about Us lah ^_^).

Kadang aku rasa kejam sebab kurangnya my initiative untuk mengcontact u. Tapi... perasaan itu bercampur dgn perasaan "tak nak menganggu ur kehidupan" so I just pendam je lah hehe (sory sgt2 ye kalau membuatkn awk tertunggu2, salah sayalh sebab x contact awal2 isk3..). Anyway, how's ur life, bestfriend? Ok ke? Keluarga macam mana? Sehat? Jiwa macam mana? tak stress? Iman? ehehe, byk tanya lak. Dah lama tak sembang2 tentulah byk persoalan yg tak terjawab sering bermain difikiran kn? kn?

As for me, Keluarga sehat2 je.. Just recently, i went to Sarawak, "jejak kasih" dgn cousins, aunties, uncles n neneks yg dh 17 years tak jumpa. Wahhh.. lama sangat tak jumpa n last berjumpa masa Aku msih kecik lagi, umur 8 tahun. Muka pun dah x ingat dah. Tp aku msih ingat moments aku beraya2 di kawasan rumah Mak usu dgn sepupu aku, Abg Sam (although I don't remember his face but I remember Abg Sam selalu menjga aku dulu). Now u know what? he's so tall n so old... N i realized... I'm old too. That's when I thought.. Time is running so fast, I'm getting older day by day... and... most importantly... Kematian semakin menghampiri :'(... Takut rasanya, bestfriend.. So, aku susun sepuluh jariku untuk meminta maaf kepadamu if sekiranya aku pernah membuatkn awk tersinggung, menyusahkn awk, membuatkn awk menangis + kecewa n membuatkn awk hiba. Aku memohon agar diampunkn segala dosa2 yg telah ku lakukan terhadapmu. n Mohon di halalkn hutang2 + janji2 yg tak terlaksana. Truly minta maaf. Slmt hari raya, Maaf zahir dan Batin. Sorry jugak sebab x sempat nak send raya msg apatah lg nak send kad raya. Entah knapalah aku terlalu pemalas lately. Tak dpt dinafikn aku mmg slalu malas tp.. dis year is d worst >_<). Bukan bangga, kecewa dgn diri sendiri sbnrnya :S..

Bestfriends, jgn risau ye. Dihatiku, sentiasa ada kamu ^_^). No matter what happened between us, walaupun awk busy, aku busy n both dah takda masa nak hangout sama2 or cerita2 hal masing2, awk tetap terpahat dlm hatiku as "bestfriend forever". Rasa nak muntah? hahahaha! tapi.. itulah perasaan hatiku yg betul dan tak tipu punya. So there will be times when my random messages or blog post kan ditujukan khas untukmu, bestfriends :D. Love n miss u always~ InsyaAllah, bila panjang umur, murah rezeki n byk free time, boleh lah we hangout together2 n den bercerita sepuas2nya. Buat sementara waktu, smpai di sini sajalh warkah yg ku karang utkmu :).

Tp sebelum aku mengundurkn diri, aku ingin sharing sedikit nasihat utkmu dan utk diriku sendiri jugak.
1) Hidup biarlah berlandaskan Islam dan sentiasa mengingati Allah, Nabi Muhammad, Rasul2, Nabi2 dan Org2 Soleh. Sentiasa ingat jugak hnya kepadaNya kita kembali.
2) Jgn Lupa Solat Lima Waktu n sentiasalah menambah solat2 sunat utk mendptkn keredhaanNya. Hidup ni dikurniakan Allah hnya untuk satu tujuan sahaja. Menyembah Allah yg Maha Esa. Sama2lah kita berusaha untuk mendapatkan keampunanNya ya.
3) Bacalah Al-Quran setiap hari. Al-Quranlah panduan hidup yang datangnya drpd Pencipta kita. Allah yg Maha Esa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
4) Sentiasalah berbakti kpd Ibu Bapa yg menjaga kita dr dlm perut lg. Ingat akan penat lelah Ibu Bapa utk menjaga kita baik ketika kita sehat ataupun sakit. Ingat ketika ibu bapa kita sering risau akan kebahagiaan dan keselamatan kita sehingga susah nak tidor. Dan Ingat... tanpa ibu bapa, siapalah kita.. Terlalu byk jasa dan budi yg ibu bapa kita taburkn sejak dr dulu lg so kita kenalah membalas segalanya walau hanya dgn senyuman. "Ya Allah, kasihanilah Ibu Bapaku sebagaimana mereka mengasihaniku ketika aku masih kecil lagi. Ampunkanlah dosa2 mereka, Ya Allah..".

Fuuuhhh.. sbnrnya byk nasihat yg ingin aku share di sini tp... takut awk rasa bored lak nak dgr ceramah aku ni hehe. Do take care alwayz~ Semoga Allah sentiasa melindungimu dan sentiasa memberikanmu petunjuk. Semoga kita diredhai Allah dan diampunkan segala dosa2 serta di masukkn dlm golongan org2 yg beriman dan menghuni syurgaNya, Amin Amin Amin~

Goes To: All my bestfriends (u know who u r :D)

Saturday, July 28, 2012

Peristiwa sebelum Ramadhan

Bismillah hirrahman nirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh.. 

Bersua kita kembali di Bulan yang Mulia iaitu Bulan Ramadhan :). Alhamdulillah, diberikan kesempatan dan umur yang panjang untuk sama2 meraih pahala yang banyak & berlomba2 demi mendptkn KeampunanNya. InsyaAllah.. InsyaAllah, segala yang diusahakan dgn keikhlasan hati dan niat yang bersih akan mendapat ganjaran daripadaNya jua. Amin Amin Amin ya rabbal alamin.. 

Sehari sebelum Ramadhan tiba, diberitakan lah kisah kemalangan helicopter yang terhempas di Daerah Belait. Alangkah terkejutnya aku apabila mengetahui salah seorang daripada mangsa yang terkorban adalah rakanku sendiri. Rakan karib sejak aku di Sekolah Menengah. Rakan yang sering membuatkanku tertawa ketika ku bersedih dan Rakan yang sentiasa ceria dimataku.. 

Little did I know that her time has come to an end..

Antara percaya dan tak percaya, aku contact setiap rakan - rakan yang ku ketahui yang mungkin dapat memberikan aku berita "sebenar". Jauh di lubuk hati yang kerdil ini, aku berharap mangsa yang terkorban itu hanyalah seorang wanita yang mempunyai nama yang sama. Namun.. indah impian daripada realiti.. Benar, dia sudah kembali ke rahmatullah.. Allah lebih menyayanginya.

Waktu.. akan berlalu pergi walau engkau ingin berhenti..
Waktu... akan tetap berlari ketika engkau bersedih..
Waktu... akan tetap meninggalkanmu..
Persiapkanlah diri sebelum habis .. Waktumu...

Sebak di dada di tahan, namun ketakutan yang semakin menyelubungi diri tak dapat di bendung. Suatu hari nanti akan tibalah masaku, persoalannya... 

Cukupkah persediaanku? :'(

Aku akur dengan takdir yang Engkau telah "set"kan sejak dari dahulu lagi. Segala yang terjadi harus di ambil iktibar dan dari hari ke hari, kita harus memperbaiki diri sendiri, Berusaha untuk menjadi yang lebih baik daripada hari sebelumnya. 

Jika diri selalu menangis kerana Dunia dan kerana berasa keseorangan, Kesatlah air mata, ianya sepatutnya di tujukan dan dipersembahkan khas untuk Yang Maha Esa. Ingat...

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" (52:56)

Setiap yang ada pasti akan tiada, setiap yang hidup pasti akan mati dan setiap yang tercipta tentu akan kembali kepada-Nya jua. Maka, Ya Allah.. Pimpinlah aku ke jalanmu yang benar. Pimpinlah aku untuk sentiasa beramal ibadah hanya untukMu. Pimpinlah aku untuk menjadi muslimah sejati. Pimpinlah kedua - dua ibu bapaku, keluargaku dan rakan seperjuanganku ke jalan yang benar dan semoga kami semua tergolong dalam golongan orang - orang yang beriman yang akan menghuni syurga-Mu nanti. Amin Amin Amin ya robbal Alamin..

The song yang dinyanyikan oleh Maher Zain memberi bekas ke dalam hati. Aku akan selalu cuba untuk memberi peringatan kepada diriku dan juga kepada orang-orang di sekelilingku, insya Allah.. 

Tuntunku kepada-Mu - By Maher Zain

Ku sedari, Engkau sanggup 
Mengambil kembali karunia-Mu,
Dan ku coba, selalu mengingat
Takkan sia - siakan segalanya
Karena, suatu hari
Semua akan tiada lagi
Dan di akhir hayat ku mohon
Kau Redha padaku


chorus:
Allah, Ya Allah
Tuntunku tuk tiba di Jannah-Mu
Ya Allah, Ya Allah
Jangan jauh dariku, ku damba cahaya-Mu
BersamaMu ku ingin dekat
Dekat dengan-Mu sepanjang usia
Ya Allah, Oh Allah!
Dampingi langkahku


Chorus


Hari berganti 
ku yakin waktuku kian singkat
Tuhanku, biarku genggam dunia ini
Tanpa mencintainya
karena ku kan segera pergi
karena ku kan segera pergi


Chorus 2x


Tuntunlah aku
setiap langkahku

Sunday, July 1, 2012

Tersedar Dari Mati Sementara..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Puji2an hanya bagiMu ya Allah. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W, kaum kerabat, para sahabat dan para alim ulama yang mengikuti ajaran dan Sunnah.

It's 1st July, 2012. Nda lg batah Ramadhan kan datang :). Mengabak rasanya bila tau dat masa semakin laju berlari n now July is here, d word "Expect the unexpected" semakin menghantui. Time2 curious canilah, ter'Reminisce' about past life. 

I woke up at 1am+ from a dream about my students. Before I went to sleep, I was reading one of the post "Zina" in Arina's blog. Memang betul.. Sekarang, couple menjadi satu kebiasaan bagi pelajar2 malahan ada yang mengaku jika mereka tidak mempunyai kekasih, terasa seperti "kosong". Yang paling membimbangkan adalah apabila pelajar lelaki dan perempuan bergaul seperti mereka semua adik beradik yang tidak mempunyai batas. Pegang sana, Pegang sini, as if it's normal. Lupa akan perkataan "Mahram".

Nama sahaja Nama Islam cukup dengan erti yang bagus tetapi perangai langsung tidak melambangkan Agama. Begitulah keadaan Zaman sekarang, menyedihkan.. :'( . 

Anyway, bangun sahaja dr tidor, terus membaca tafsir Al-Quran and then saw this ayat which made me cry...

"Wahai org2 yg beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung" (Al-Maidah, 35)

I was so scared.. I wanna b one of the many yg berjuang, berjihad, mati shahid n beruntung ketika di akhirat nanti. I was so scared of what I've done before and what I've said before. Astaghfirullah.. Ya Allah, ampunkanlah dosa hambaMu ini :'(.. 

Aku bukanlah orang yang pernah belajar di sekolah Tahfiz atau sekolah Arab atau sekolah yang mementingkan Agama. I was a normal student yang mempelajari Agama hingga form 3 sahaja. Tentu sekali banyak perkara tentang hukum, sunnah, tafsir - tafsir tidak pernah aku pelajari. Bahasa Arab? Bahasa yang tidak aku fahami walau aku pandai membaca. Hadith? Hanya yang pernah di ajar ustazah sahaja aku ketahui. Terasa ilmu agama tidak mencukupi tapi aku bersyukur, Alhamdulillah kerana di temukan dengan rakan - rakan yang sering mengongsikan ilmu Agama sejak aku belajar di Maktab Duli PMAMB. Pengalaman menjadi salah seorang Majlis Pelajar Islam banyak membukakan mata dan hatiku yang buta. 

Dari hari ke hari, keinginan untuk mendalami lagi Agama yang benar ini membuatkan aku semakin rindu.. Rindu dengan Allah, Rindu dengan Nabi Muhammad S.A.W, Rindu dengan Rasul2, Rindu dengan nabi2, Rindu dengan Sahabat2, Rindu dengan Alim2 Ulama.. If only.. If only I can meet Rasulullah, there's a lot of questions that I wanna ask him. There's a lot of things that I wanna share about my feelings and many more. 

Aku ingin.. lebih mendekatkan diriku.. kepadaNya.. 

Alhamdulillah, attending ceramah Ustaz Don sedikit sebyk telah memberikan jawapan to some of my questions yg memang I'm afraid, aku terasa malu nak bertanya *blush*. Alhamdulillah, Allah Maha Merancang, Allah Maha Mengetahui :') .. He knows dat I was afraid to ask and I got the answer from someone whom I just know recently. Alhamdulillah.. 

"Malu bertanya, Sesat selamanya" I know that. So Berusaha Nad! Berusaha Everyone! For Jannah!!

Sometimes I feel like I'm playing a snake and ladder game. Everytime the snake bites (rasa berdosa n stuff), I'll go down few steps. Sometime terasa nak give up, sebab the steps to heaven is very foggy, sangat susah nak climb. Ada2 sahaja benda yang sengaja nak buatkan kita pergi balik ke tempat asal. But I will never give up. 

"To give up is to fail! And to fail is to lose! and to lose is to Die with shame.." (Nad, 2012)

Lastly, to my friends, help me in becoming a better muslimah. Kalau terlupa atau terlalai, tegur2 lah aku. I keep on reminding myself about this tapi sering jugak aku sendiri terlupa.. Mudah2an Allah berikan kita kekuatan, kesabaran dan keimanan untuk menempuh segala ujian di dalam Dunia. Dan Semoga kita tergolong dalam golongan orang2 yang beriman dan menghuni syurgaNya, Amin~~

"Wahai orang2 yg beriman! bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu, dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung" (Ali-Imran, 200)

Tuesday, June 26, 2012

Rindu..


Rindu Lelaki Soleh
Rindu Pemuda Bertaqwa
Rindu Pejuang Kebenaran
Rindu Pemberani
Rindu Pembela
Rindu Pemimpin Adil

Rindukan Syurga...

Friday, June 22, 2012

Sambutan Isra' dan Mikraj 2012



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, 
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarokatuh..

Post ini sepatutnya di publish pada 10th June, 2012 akan tetapi disebabkan Ceramah Sambutan Isra' dan Mikraj di Sekolah Menengah Masin diadakan pada 23rd June, 2012 so postpone sikit lah nak publish this post. 

Menyebut tentang peristiwa Isra' dan Mikraj ini banyak ilmu dan iktibar yang dapat di ambil, di hayati serta di amalkan untuk setiap umat Islam. Mungkin sahaja some of us tak tahu or kurang pasti tentang peristiwa apa yang berlaku di hari tersebut maka saya sarankan pembaca - pembaca untuk mencari di dalam mana - mana buku agama atau internet sebagai tambahan bagi peristiwa isra' Mikraj yang akan saya huraikan nanti. 

Peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 bersamaa dengan 622 M ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madina. Perjalanan selam 3/4 malam sahaja, Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Palestin / Israel kini. Arah Kiblat Umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. [Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah melayari laman web yang lain.]

Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
  •     Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
  •     Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
  •     Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
  •     Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
  •     Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.
  • Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.
The highlighted points are the points that I'm going to emphasise on since Ceramah yang disampaikan di Sekolah Menengah Masin menekankan tentang "Pentingnya Solat" di setiap hari yang kita (umat islam) lalui. 

 Ceramah tersebut disampaikan oleh Ustaz Hj Supri daripada KUPUSB. Di permulaan ceramah Ustaz menguji berapa ramai orang yang solat subuh and we can see that only 1% of the students yang mengerjakan solat Subuh. Suatu hari nanti if sekiranya none of the students solat, macam mana dengan keturunan yang akan datang? Can the students yang sekarang ani only 1% solat mengajar anaknya and cucu-cucunya untuk mengerjakan solat seperti yang di suruh Allah?

Ukuran kejayaan di akhirat nanti bukanlah di ukur melalui Pangkat, Kekayaan, Kecantikan, Keturunan dan Ke'Famous'an seseorang itu tapi di ukur dengan keImanan dan Pahala yang di kumpul ketika di Dunia ini. 

Ukur Iman, Tanya Sendiri. Layakkah aku menghuni syurgaNya nanti?

Memang dengan hanya bersolat tidak mencukupi dan memadai untuk kita menjejakkan kaki ke syurgaNya apatah lagi dengan dosa yang telah di lakukan. Namun Allah Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat, mohonlah padaNya semoga segala amalan dan ibadah kita di terima serta di berikan ganjaran pahala Amin~ 

Meninggalkan sembahyang atas sebab solat kita mungkin tidak di terima adalah satu kerugian yang besar. Sanggupkah kita menempah tiket 'One way' to Neraka because we believe that we have NO chance at all untuk mendapatkan pahala? Apabila seseorang itu berputus asa sebelum berusaha atau ketika berusaha buat seketika maka "Cerahlah masa depannya" untuk ke tempat yang paling di takuti setiap umat islam dan manusia2 kelak. Ingat Ahli Syurga - yang rajin bersolat, Ahli Neraka - yang tidak solat atau yang meninggalkan solat atau yang solat dia berlubang - lubang (makna sekejap solat, sekejap tak solat). 

Kenapa Bersolat? 
  • Membebaskan seseorang drpd kemunafikkan.
  • Menghampirkan diri kepada Allah S.W.T dengan bersolat.
  • Sistem pembinaan Akhlak.
  • Penenang dan penyejuk hati. Tanpa solat, jiwa tak tenteram, sentiasa marah - marah, tiap - tiap hari datang bulan. Itu tanda - tanda orang tak solat. 
  • Cahaya, petunjuk dan penerang hati. 
  • Sunnatul Huda (Sunnah yang membawa kepada petunjuk). "Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku maka mereka mencintaiku"
  • Merupakan kurnia Ilahi.
  • Tanda Syukur kepada Allah. "Janganlah suka sombong. Sifat sombong pasti akan banyak musuh"
  • Solat itu tiang Agama. Barangsiapa yang mendirikannya, maka sungguh ia mendirikan agamanya. 
Faedah Solat

  • Mencegah kemungkaran. "Sesungguhnya solat itu mencegah kemungkaran"
  • Menghapus dosa dan kesalahan.
  • Sebagai tempat mencari perlindungan. (Masalah hati, Masalah dunia, keluarga dan lain - lain. Ceritakanlah padaNya bukan pada facebook dan lain - lain).
  • Pemeliharaan dan perlindungan. Kamu jaga Allah, maka Allah akan menjaga kamu. Kamu jaga solat kamu maka Allah akan menjaga kamu. 
  • Merupakan pembuka rezeki.
  • Merupakan awal dan akhir dalam Islam
  • Mendatangkan kejayaan Dunia dan Akhirat. 
  • Penyelamat dari seksa kubur. 
  • Harapan bagi orang yang sudah mati. Umur tak panjang. Sebab in the end, we're all gonna die. Berapa ramai orang yang sihat mati tanpa sebab dan berapa ramai orang yang terlantar di katil tapi belum jugak ajal tu sampat. Tiada sesiapa yang tahu bila masanya umur akan berakhir. Sebelum berakhirnya umur kita, jagalah solat. jagalah agama. Bina akhlak, amalkan ilmu - ilmu dunia dan akhirat. 
  • orang yang solat akan melihat Allah di syurga.
  • Kunci hidayah.
 Kita yang tak terapung - apung kat lautan Hindi ni macam mana? dah solat ke belum? Renung - renungkanlah..

Kesan meninggalkan solat

  • Kufur
  • Berdosa besar yang membinasakan.
  • Nifak
  • Kegelapan dan kebinasaan. 
  • Penyebab Su'ul Khatimah.
  • Seksa kubur. 
  • Simbol penghuni neraka.
  • Bencana / malapetaka.
  • Mudah diganggu syaitan dan jin. 
  • Suatu pengkhianatan terhadap Islam.
  • Kejahatan terhadap para Nabi, Rasul dan Orang - Orang Soleh. 
  • Mencabar hukuman Allah di dunia dan Akhirat. Kamu adalah keturunan Adam, tiada yang lebih baik antara orang Arab dan orang yang bukan Arab, melainkan apa yang ada di dalam hati. 
Nasihat pada semua
  • Saling nasihat menasihati dalam solat. 
  • bersegeralah dalam memahami Islam
  • Berusahalah sentiasa solat di awal waktu.
  • Sentiasa solat subuh berjemaah di Masjid. 
  • Solat Khusyuk. Bukan main - main. 
  • Jangan mengabaikan solat sunat. 
Dari Abu Bakrah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang yang berilmu, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.".. (HR Al-Bazzar)....

Hadis ini menyuruh supaya tiap-tiap seorang MENENTUKAN SIKAPNYA terhadap ilmu agama.... dengan salah satu dari EMPAT CARA, iaitu:

1] Menjadikan dirinya orang yang berilmu (alim), yang mengajar ilmu agama kepada orang lain, atau

2] Orang yang belajar ilmu agama; berusaha mencari ilmu dengan berguru, membaca, 'menadah' kitab, dan lain-lainnya, atau

3] Orang yang mendengar ilmu dan syarahan-syarahan agama; menghadiri kuliah-kuliah agama, atau majlis-majlis ilmu, atau

4] Orang yang mencintai dan menghargai ilmu agama, dan salah satu dari tiga golongan yang tersebut di atas, dengan menurut jejak langkahnya....

5] Golongan orang yang kelima, iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu dari empat golongan yang tersebut, maka mereka adalah GOLONGAN YANG BINASA; berilmu pun tidak, belajar ilmu pun tidak, mendengar pun tidak, kasih kepada ilmu pun tidak.... MALAH GOLONGAN INI MEMUSUHI salah satu, atau keempat-empat golongan di atas, mereka tidak ada pimpinan untuk dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah, yang HAQ dan yang BATHIL....

Sekian semoga post ini dapat memberikan kesedaran kepada sesiapa yang membaca, Amin~ Jika ada salah dan silap dalam apa yang di sampaikan, berikanlah teguran :).

Thursday, June 21, 2012

Ayuh Renovate!


Hati
Dikala hatiku masih berbolak balik,
Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti,
Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin,
Aaaarrggh, lemahnya diriku kerna sering tertewas!

Hati,
Kerapuhan hati kian meningkat,
Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembunyi dihatiku,
Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan hati ini,
Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya..

Hati,
Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,
Ku tetapkan hati,
Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,
Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih..

Hati,
Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya,
Agar sentiasa terpelihara,
Kerna, terlalu lemah untukku memeliharanya..

Ya Allah,
Sesungguhnya aku mengerti,
Hati ini hanya untukMu,

Ya Allah,
Hanya padaMu lah aku berserah,
Hanya padaMu, selayak - layaknya hati ini kembali,
Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi..

Ya Allah, 
kepadaMu aku bersandar 
agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu

***************************************************************************************

Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. 
Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri. 
Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan.
Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.
Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran. 
Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. 

***************************************************************************************

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:


  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah doa itu senjata bagi orang Mukmin.
  • Sibukkan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakkan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya. 
  • Luahkan perasan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati. 


Monday, June 4, 2012

Hati Series

Hati.. adalah raja sekalian anggota.

Jika Hati kita baik maka baiklah sekalian anggotanya. 

Apakah yang dimaksudkan dengan ayat tersebut di atas? Adapun, hati kitalah yang mengerakkan kita untuk melakukan segala-galanya. Jika hati kita terjaga, maka terjagalah jugak segala perbuatan kita. Langkah kaki kita. Tangan kita. Percakapan kita. Pemikiran kita. Dan Segala yang kita lalui in our everyday life. Jika tidak, maka sebaliknya lah juga keadaannya. 

Kita pohonkan kepada Allah S.W.T untuk sentiasa memberikan kita petunjuk, untuk sentiasa menetapkan hati kita kepada jalan Allah yang benar, untuk sentiasa menjaga hati kita daripada noda hitam. 

Semoga blog posts yang tersenarai di bawah ini akan meningkatkan lagi keimanan kita. Allahumma Ameen~





5. Ikhlas


Semoga bermanfaat untuk semua. 

Thursday, May 31, 2012

Do not be afraid of facing difficulties..


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya.." (Al-Baqarah, 286)

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmu-lah engkau berharap." (Asy-Syarh, 5 - 8)

Tuesday, May 29, 2012

Jangan Jadi Pemuja Dunia


Di dunia yang serba ada dan dilengkapi dengan keindahan serta harapan yang menggunung sentiasa membuatkan kita terlupa bahawa... "Dunia hanyalah perhiasan yang sementara sahaja"

Jangan jadi pemuja Dunia.. Jangan jadi insan yang mencintai Dunia lebih daripada cinta kepada Allah.. Ingatlah akan kematian yang tidak diketahui bila ketibaannya..

Wahai Umat Islam.. Jangan sekali - kali terpedaya dengan kegiatan yang mendatangkan dosa dan maksiat. Jangan sekali - kali menjadi mangsa fesyen yang semakin membuka aurat..
Jangan sekali - kali menjadi manusia yang tamak menginginkan benda yang lebih canggih sedangkan diri sudah mempunyai benda yang sama..

 Ingatlah hanya kepadaNya lah kita kembali maka usahakanlah dengan bersungguh - sungguh untuk menyempurnakan kehidupanmu di sana nanti. 

"Jangan sekali - kali kamu terpedaya oleh kegiatan orang - orang kafir (yang bergerak) di seluruh negeri. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat kembali mereka ialah neraka Jahanam. (Jahanam) itu seburuk - buruk tempat tinggal" (Ali imran, 196 - 197)

Renung - renungkanlah..

Sunday, May 27, 2012

Volcanic Lightning

Lately, this topic "Volcanic Lightning" intrigues me. The work of nature dan kehebatan kekuasaan Allah sentiasa membuatkan saya terpana. Subhanallah, memang akal manusia tidak mampu untuk memahami ilmu yang luas dan manusia hanya mampu memperolehi sedikit daripada pengetahuan Allah S.W.T. 

Volcanic Lightning is a type of Lightning that is formed in a volcanic eruption. Seperti Lightning yang biasa kita lihat dan amati ketika hujan lebat, Volcanic Lightning mempunyai konsep yang sama. Ianya terjadi disebabkan oleh static that comes from ash and rocks evoke by the volcanoes. Akan tetapi, naturally, ash dan rocks are neutral and so it is not possible to create big voltage from neutral matter walaupun they are colliding and sliding with each other. In volcanic eruptions' case, disebabkan oleh temperature yang panas maka some of the rocks and ashes produced are positively and negatively charged which in turn will create a lightning just like the one we studied in physics. Semua ini hanyalah teori saintis - saintis and they hope that they can find a better explanation for this. Persoalannya, where is the background electric field that charges the particles came from? Here's some spectacular pictures of Volcanic Lightning, "Beautiful yet deadly"











Saturday, May 26, 2012

Nukilan hati..

Tika dunia semakin kelam, tika hati semakin gelap..
Engkau sinari hati dengan cahaya hidayah..
yang meresap, melekat di dalam jiwa..
Engkau datangkan sahabat yang menyentuh kembali..
Tentang hati yang dulu tersesat, layarnya tidak berkemudi..


Aku di buai indahnya mimpi, akan dunia yang akan pergi..
Aku di buai indah duniawi, yang nanti pergi takkan kembali..
Saat itu, terasa dunia sepi tanpa siapa, aku menyendiri..
Merasakan dunia yang semakin menghimpit diri.. menyesakkan hati..

Waktu tak mengenal siapa, waktu tak mengenal mangsa..
Aku sedar aku yang alpa, aku sedar dunia itu fana..
yang hanya hadir buat sementara..

Terimalah taubatku.. Terimalah amalanku..

Ingin aku kembali padaMu dengan hati yang gembira..
Ingin aku kembali padaMu dengan hati yang bahagia..

Wahai diri, jagalah hati... sucikanlah segala noda dan dosa..
Wahai diri, jagalah pandangan.. peliharalah yang dilihat mata..
Wahai diri, jagalah aurat.. engkau sembunyikanlah mahkota..
Wahai diri, jagalah kelakuan.. hormat dan bersopan santunlah sentiasa..

Rakanku, pesanan ini bukan hanya untukku..
Pesanan ini bukan hanya untuk kepentinganku..
Namun untuk dirimu yang sering mencari ketenangan..
yang sering mencari jawapan.

Engkau selalu menanyakanku..
"Bilakhn aku kan merasa bahagia?"
Jawapanku.. "Ketika hati dipenuhi cinta terhadapNya.
Bila hati dipenuhi iman untuk mencari keredhaan dan keampunanNya..
Bila hati dipenuhi kesabaran untuk menempuh dugaan demiNya..
Tuhan yang Maha Esa yang mencipta alam dan sekalian makhluk. "

Rakanku, pesanan ini bukan hanya untukku..
Pesanan ini bukan hanya untuk hayatanku..
Namun untuk dirimu yang sering mencari cinta "dunia"
dan yang sering mencari kebahagiaan sementara di dunia..

Ingatlah..
Yang Kekal hanyalah Allah Yang Maha Agung..
Yang tetap Pasti ialah kita akan kembali kepada Allah Yang Maha Esa..
Berusahalah untuk akhirat, agar kita sama - sama
Tergolong dalam golongan orang - orang yang Beruntung nanti..
Agar kita tergolong dalam golongan orang - orang
yang tersenyum bahagia nanti.. 
Sama2lah kita merenungkan dan menghayati..

Friday, May 25, 2012

Pandang Apa yg disampaikan..

Apabila ada sahabat - sahabat yang post ilmu Akhirat, janganlah kamu berkata:-

"Eh, ya sendiri nda mengamalkan, ada hati plak nak tegur orang"

"Eh, ya cematu jua dulu, kan tunjuk baik lah ni, camapaa"

"Eh, ya nda jua tutup aurat, sembahyang pun inda. Kan ngubah perangai orang lah, ceramin dulu muka aa"

Wahai Sahabat - janganlah dilihat siapa yang menghantar, lihatlah apa yang dia hantar. Dia tak amalkan, biarlah kita yang mengamalkannya. Dia tak nak menjadi orang yang baik, biarlah kita yang menjadi orang yang baik. Dia tak nak mengubah dirinya, biarlah kita sahaja yang berubah.

"janganlah kamu memandang kepada orang yang menyampaikan tetapi pandanglah kepada apa yang disampaikan"

Janganlah sibuk menilai dosa orang lain, dosa kita sendiri pun tak tertanggung. Istiqomah dan muhasabahlah diri kita bersama - sama. :)


Thursday, May 24, 2012

Kejayaan bukan percuma..


Ku bertanya pada diri
Apa nak jadi bila besar nanti
Oh jawabnya I wanna be somebody

Bila ku sedar kemampuan
Tak sebijak persis insan lain
Membuat citaku tak kesampaian

Mujurlah sempat ku kikis sikap itu
Masa depanku aku yang menentukannya
Kejayaan bukan percuma
Malas usaha kelompang jiwa

Telah ku bukti pada semua
Bersungguh pasti kan berjaya
Ku kini mampu melakukannya

Jangan jemu pada Ilmu
Dengannya kita akan dimulia
Jadilah orang berguna

Tuhan tidak akan mengubah nasib kita
Selagi tak usaha kepada yang lebih baik
Jika tak tahu bertanya orang bijaksana
Setelah berjaya, janganlah sombong dan alpa

Saat ini aku bertanya
Adakah kegagalan itu hina?
Oh.. kerananya I've become a somebody

Monday, May 14, 2012

Gardens of Marqueyssac


Gardens of Marqueyssac – The Marqueyssac gardens is located in France. The charm of the terrace gardens has delighted its visitors for the last three centuries and Marqueyssac has become one of France’s most beautiful Italian-style gardens. The gardens of Marqueyssac castle consist of over six kilometres of shaded alleys, edged by 150,000 hand-pruned, one hundred year-old box-trees, rockeries, waterways, grassy clearings, dry-stone huts, rotunda, a Gothic chapel, and playgrounds for the children.

Source: Google images
In front of the 18th century chateau, the main terrace is arranged in a geometric pattern which symbolises the symmetry of the two main bodies of the castle. Built with great simplicity, the chateau is topped by a roof made of limestone slabs, typical of Périgord.

Source: Google images

Source: Google images
The spectacular bastion terrace is made up of numerous box-trees four gardening employees of the estate, with cypress trees also giving structure to the landscape. The box-trees are all sculpted in curves to mimic the roundness of the surrounding hills and it can be rather enjoyable to get lost along the winding paths of this green labyrinth.

Source: Google images
Julien de Cerval dedicated the last 30 years of his life to create a haven of peace in Marqueyssac by transforming the estate he inherited in 1861 into a beautiful residence and a utopian garden. He was a passionate gardener and a great expert of Italian-style gardens and agronomy, which he marvellously recreated in Marqueyssac, with its terraces and ornamental trees such as cypress, elm, Judas, umbrella and lime. Julien de Cerval designed this garden for his own personal enjoyment, to write poems in it amongst this romantic site dominated by a soft, fresh green and the delicate perfume of box-trees, santolina, rosemary and lavender.

Source: Google images
Visitors can stroll around the gardens without a guide thanks to illustrated signs and panels which provide information throughout the park. It is also possible to follow a guide for no extra cost between the months of April and September. The domain also features a boutique and a “salon de thé” (open from Easter to the end of October) which both offer spectacular views over Beynac Castle.

Saturday, May 12, 2012

Sakit Ujian keimanan

Bismillahirrahmannirrahim

"Setiap penyakit yang didatangkan Allah kepada kita umat Islam semuanya adalah ujian terhadap keimanan kita kepada - Nya. Ujian itu sama ada besar atau kecil bertujuan menghapuskan dosa jika kita bersabar"

Semua penyakit yang didatangkan Allah mempunyai ubat kecuali penyakit tua atau sampai ajal seseorang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Mereka bertanya : Ya Rasulullah saw, apakah kami berubat? Baginda menjawab: Ya, Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan" (Riwayat Abu Sunnah).

Sementara itu, Allah juga memberi ganjaran kepada orang yang menziarahi orang sakit. Daripada Thauban, Nabi saw bersabda yang bermaksud; "Orang yang menzirahi orang sakit sentiasa berpeluang 'memungut' ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang," (Hadis riwayat muslim). 

Dalam keadaan pesakit terlantar di katil hospital atau rumah, mereka akan rasa dihormati jika ada saudaranya, kaum kerabatnya dan kawan serta kenalannya datang menziarah. Kunjungan itu akan mengurangkan bebanan perasaan serta mengurangkan rasa sakitnya. Tetapi seandainya tidak ada keluarga dan kawan menziarahi, dia akan terasa terasing, sedih dan pilu. Ini akan menambahkan lagi bebanan rasa sakitnya. Oleh itu, menziarahi orang sakit sangat digalakkan oleh Islam. 

Cegahlah segala penyakit, sebab itu lebih utama daripada mengubatinya.

Dalam kehidupan umat Islam, sesudah nikmat iman, tidak ada pemberian Allah yang lebih baik daripada nikmat kesihatan. 
Oleh itu, jika menghidap penyakit segeralah diubati supaya tidak melarat dan mendatangkan lebih banyak mudarat. 

Apabila kita sedang sakit, bersabar dan bertawakal sambil berikhtiar untuk berubat. Penyakit datang dengan tiba-tiba, sedangkan penyembuhannya memerlukan waktu yang lama. 

Harus diingat doktor hanya mampu mengubati sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah. Maka perbanyakkanlah doa untuk diberikan perlindungan daripada penyakit yang mengaibkan dan berbahaya. 

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada mati sebab jatuh ke dalam telaga, mati akibat runtuhan, tenggelam, kebakaran dan aku berlindung daripada di binasakan oleh syaitan ketika hendak mati, aku berlindung kepada-Mu, dan aku berlindung daripada mati kerana sengatan binatang yang bisa".

Friday, May 11, 2012

Islam and Mathematics



"In History, there are no less than 34 scholars who guided the development of mathematics for five centuries"

If we can be like the previous scholars, never separate Islam and knowledge, I'm sure that we can be just as great as they are.

Wednesday, May 9, 2012

Ikhlas...



Ikhlas...
Buah untuk iman.. Ramuan untuk Ibadah yang sempurna.. 

Ikhlas..
Untuk mengharapkan ridhaNya.. untuk memurnikan ketaatan kepadaNya... 

Ikhlas..


Katakanlah: "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta Alam" (Al-An'am : 162)

"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus" (Al-Bayyinah : 5)

Rasulullah S.A.W bersabda "Ikhlaslah dalam beragama; cukup bagimu amal yang sedikit" 

Rasulullah S.A.W "Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali dilakukan dengan ikhlas dan mengharap ridhaNya"

Monday, May 7, 2012

Suara.. Anugerah Allah :')

Suara.. nikmat dan kurniaan Allah kepada manusia..
beruntunglah siapa yang dikurniakan suara..
bersyukurlah atas nikmatnya..

Suara... nikmat dan kurniaan Allah kepada manusia..
beruntunglah siapa yang memiliki suara yang lunak dan merdu..
bersyukurlah atas nikmatnya...

Suara.. gunakanlah dengan sebaiknya..
bukan digunakan untuk menerjah manusia..
bukan digunakan untuk mencela manusia..
bukan digunakan untuk menyeksa manusia..
bukan digunakan untuk menyakiti manusia..

Suara.. gunakanlah untuk membaca kalamNya..
gunakanlah untuk berzikir kepadaNya..
gunakanlah untuk berkata2 yg baik demi cintaNya..
gunakanlah untuk berdakwah demi redhaNya..
dan gunakanlah untuk memuji2Nya...

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Aziz.. Alhamdulillah.. Terima kasih atas kurniaanMu. Terima kasih atas nikmatMu.. dan Terima kasih atas hidayahMu. Aku memohon kepadaMu, jgnlah Engkau biarkan aku tersesat setelah Engkau memberikanku hidayah, Amin...

Warkah ini dikarang ketika aku merindui pelajar yang pernah aku ajar selama 3 minggu menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Masin. Alhamdulillah, segala yang di rancang Allah adalah yang terbaik untuk manusia, terutama sekali umat Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam..

3 minggu mengajar seorang budak yang kurang upaya, tuli dan bisu, yang hanya mampu memberikan isyarat apabila dia tidak memahami pelajaran yang di sampaikan. Rasa terharu sangat2 apabila melihat dia bersungguh2 untuk belajar. Sedangkan kita, manusia yang dikurniakan semua deria penglihatan, pendengaran, rasa dan suara, malas hendak maju ke hadapan. Tidakkah kita malu?

Dia akan mengangguk jika dia faham, dia akan berkerut apabila sebaliknya.. Kadang dia ikut serta senyum yg mengambarkan dia ketawa apabila kawan2nya membuat lawak. Di saat itu, terlintas lah dalam fikiran, Allah kurniakan kita anugerah tapi terlalu sedikit kita bersyukur. Astaghfirullah...

Janganlah biarkan setiap anugerah yang Allah kurniakan itu, kita pergunakan untuk benda2 yang tidak baik. Janganlah biarkan setiap anugerah yang Allah kurniakan itu, kita menyalah gunakan untuk perkara2 yang tidak disukaiNya. Bersyukurlah dan betaubatlah... hanya kepadaNya kita semua kembali. Apakah yang akan di jawab oleh semua anggota yang kita pinjam nanti?

Pesanan buat perempuan:-
Wahai perempuan.... jagalah suaramu.. janganlah engkau sengaja mengalunkan dan melunakkan suaramu di depan lelaki yang dapat engkau kahwini. Janganlah engkau sengaja menarik perhatian lelaki dengan melantangkan suaramu. Sesungguhnya, perempuan yang dibenci Allah adalah perempuan yang suka berteriak - teriak. 

Wahai perempuan... jagalah suaramu.. Biarlah suaramu itu engkau gunakan untuk berzikir kepadaNya, untuk membaca kalamNya dengan alunan yang merdu demi cintaNya. untuk mengatakan yang baik - baik kepada kedua ibu-bapamu dan keluargamu, bukan mengatakan yang baik kepada boyfriendmu untuk menambah lagi dosa maksiat.. Bertaubatlah... 

Renung-renungkanlah.. Jika tibanya saat anugerah suara hilang dan kembali kepadaNya, maka apakah ketika itu barulah engkau mula untuk berubah? Biarlah perubahan yang menjurus kepada redhaNya itu terjadi sebelum engkau di timpa musibah. 

"Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah Ya Allah... Terima Kasih atas semua anugerahMu dan nikmatMu. Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji tertentu hanya bagiMu :') "

Friday, April 27, 2012

Antara Sifat - Sifat Nabi Muhammad

Sebenarnya amat banyak sifat - sifat mulia yang dimiliki Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wasallam yang perlu kita contohi agar kehidupan kita memperoleh kejayaan, kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Antaranya ialah seperti berikut:- 

1) Berjalan dengan sopan.

2) Kaya Jiwa.

"Bukanlah kekayaan itu disebabkan kaya harta benda, tetapi kekayaan yang sejati ialah kaya jiwa."
(Riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Turmuzi dan Ibnu majah daripada Abu Hurairah)

3) Memuliakan tetamu

4) Sentiasa bercakap baik

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia mengatakan yang baik atau diam" 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

5) Baik Sangka
Sabda Nabi S.A.W :
"Janganlah berburuk sangka, kerana berburuk sangka itu ialah sedusta-dusta percakapan". 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

"Kaum lelaki yang paling dibenci Allah ialah orang yang paling menaruh dendam kesumat".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

6) Membalas pemberian orang
Al-Rubayyi binti Mu'awwidz bin 'Arfa' r.a. bercerita:
"Aku mengadap Nabi s.a.w dengan membawa segugus kurma yang baru masak dan mentimun yang berbulu halus. Kemudian baginda memberikan kepadaku perhiasan dan emas sepenuh telapak tangan". (Diriwayatkan oleh 'Alio bin Hujr daripada Syarik daripada 'Abdullah bin Muhammad bin 'Uqail yang bersumber daripada al-Rubayyi binti Mu'awwidz bin 'Arfa r.a.)

7) Tidak mengulangi pengalaman buruk dua kali.

8) Sanggup menanggung Kesusahan

9) Menutup Aurat

10) Pemalu

Abu Sa'id al-Khudri r.a. meriwayatkan:
"Nabi s.a.w. sangat pemalu melebihi anak dara pada pingitannya. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya menerusi perubahan air mukanya." 

11) Menyukai Pakaian Jenis 'Gamis'

12) Menyukai pakaian yang berlengan panjang

13) Menyukai pakaian berwarna putih

14) Bersifat Adil dan bertanggungjawab

15) Membalas kejahatan dengan kebaikan

Nabi s.a.w pernah bersabda:
"Hubungkanlah (kasih sayang) terhadap orang yang memutuskan hubungan terhadap dirimu, berbuat baiklah kepada orang yang berbuat jahat kepadamu, dan katakanlah yang benar sekalipun mengenai dirimu." 

16) Rajin Berusaha

17) Bersifat Amanah dan benar (Siddiq)

18) Jujur dan Amanah dalam berniaga

19) Memberi upah kepada Pekerja dengan segera

Nabi s.a.w pernah bersabda:
"Berilah upah buruh sebelum kering peluhnya, dan beritahulah upah tersebut ialah hasil kerjayang" 
 
20) Berpakaian Kemas ketika solat

21) Mencintai kesihatan 

22) Pembersih
Nabi s.a.w pernah bersabda:
"Kebersihan itu sebahagian daripada iman" (Riwayat Muslim)

"Islam itu bersih, oleh itu bersihkanlah diri kamu, kerana sesungguhnya tidak masuk syurga melainkan orang yang suci lagi bersih." (Riwayat al-Tabrani)

Demikianlah sebahagian daripada sifat - sifat Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad Salallahu 'Alaihi Wassalam. Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan kita, Nabi Muhammad Salallahu 'Alaihi Wassalam. Semoga kita semakin mengenali kekasih Allah :')