Bismillahirrahmannirrahim
"Setiap penyakit yang didatangkan Allah kepada kita umat Islam semuanya adalah ujian terhadap keimanan kita kepada - Nya. Ujian itu sama ada besar atau kecil bertujuan menghapuskan dosa jika kita bersabar"
Semua penyakit yang didatangkan Allah mempunyai ubat kecuali penyakit tua atau sampai ajal seseorang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Mereka bertanya : Ya Rasulullah saw, apakah kami berubat? Baginda menjawab: Ya, Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan" (Riwayat Abu Sunnah).
Sementara itu, Allah juga memberi ganjaran kepada orang yang menziarahi orang sakit. Daripada Thauban, Nabi saw bersabda yang bermaksud; "Orang yang menzirahi orang sakit sentiasa berpeluang 'memungut' ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang," (Hadis riwayat muslim).
Dalam keadaan pesakit terlantar di katil hospital atau rumah, mereka akan rasa dihormati jika ada saudaranya, kaum kerabatnya dan kawan serta kenalannya datang menziarah. Kunjungan itu akan mengurangkan bebanan perasaan serta mengurangkan rasa sakitnya. Tetapi seandainya tidak ada keluarga dan kawan menziarahi, dia akan terasa terasing, sedih dan pilu. Ini akan menambahkan lagi bebanan rasa sakitnya. Oleh itu, menziarahi orang sakit sangat digalakkan oleh Islam.
Cegahlah segala penyakit, sebab itu lebih utama daripada mengubatinya.
Dalam kehidupan umat Islam, sesudah nikmat iman, tidak ada pemberian Allah yang lebih baik daripada nikmat kesihatan.
Oleh itu, jika menghidap penyakit segeralah diubati supaya tidak melarat dan mendatangkan lebih banyak mudarat.
Apabila kita sedang sakit, bersabar dan bertawakal sambil berikhtiar untuk berubat. Penyakit datang dengan tiba-tiba, sedangkan penyembuhannya memerlukan waktu yang lama.
Harus diingat doktor hanya mampu mengubati sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah. Maka perbanyakkanlah doa untuk diberikan perlindungan daripada penyakit yang mengaibkan dan berbahaya.
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada mati sebab jatuh ke dalam telaga, mati akibat runtuhan, tenggelam, kebakaran dan aku berlindung daripada di binasakan oleh syaitan ketika hendak mati, aku berlindung kepada-Mu, dan aku berlindung daripada mati kerana sengatan binatang yang bisa".
No comments:
Post a Comment