Wednesday, February 1, 2012

Jawapan Allah ketika kita membaca Al- Fatihah & Bicara Akal dan Hati mengenai Kasih dan Cinta

Bismillahirrahmannirrahim..



Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memiliki Keindahan Alam, Tuhan yang menciptakan setiap yang ada di dunia baik d bumi dan di langit, Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pengampun. Selawat dan salam atas Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W (Allahumma solli 'ala saidina muhammad), para sahabat2, kaum kerabat serta pejuang2 istiqamah yang menuruti baginda hingga ke hari kiamat..

Assalamualaikum Warahmatullahiwa Barakatuh..

Untuk memberkati hari ini, sama2lah kita membaca Al-Fatihah, dan bermohon padaNya semoga di berkati selalu, di ampunkan dosa, di sayangi selalu, di cukupi kekurangan diri, di tinggikan darjat, di berikan rezeki, di tunjukkan jalan yang benar, di sehatkan selalu dan sekali lagi, di maafkan atas dosa - dosa yang telah di lakukan, Amin ya Robbal Alamin~ (Thanks to Novelis 'seandainya' - Rys Areesa for sharing d meaning of ayat yg we lafazkan during solat http://rysareesanasir.blogspot.com/2012/01/dugaan-paling-manis.html?spref=fb )

Sudah menjadi kebiasaan kita sebagai seorang Muslim untuk membaca Al - Fatihah di setiap majlis - majlis, pembukaan sebelum belajar, ketika memulakan pekerjaan dan macam - macam lagi. Alhamdulillah, semoga kerja2 kita diberkati Allah selalu, Amin ya robbal Alamin~ Namun, adakah kita benar - benar memahami maksud ayat yang sering kita lafazkan ini? Terlintaskah di fikiran apakah erti yang kita sebut - sebut dan amalkan ini? Memang sungguh sukar bagi kita yang bukan berbangsa Arab untuk memahami setiap perkataannya kerana kita hanya mampu membaca. Adalah lebih baik bagi setiap muslim untuk mendalami ayat - ayat suci Al-Quran dan pada yang bukan berbangsa Arab, cobalah membaca tafsiran Al-Quran.. InsyaAllah, Dengan memahami Kalam Allah, kita akan merasa lebih dekat dengan-Nya.

Berikut adalah petikan yang di ambil daripada fanpage: Lelaki soleh idaman wanita Solehah. Semoga kita sama - sama dapat memanfaatkan post ini.

ALLAH MENJAWAB BILA KITA MEMBACA AL-FATIHAH :-

Apabila hamba-KU mengucapkan: Alhamdulillahi rabbil 'alamin (Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam)

AKU menjawab: hamdani 'abdi (hambaku memujiku)

Apabila hamba-KU mengucapkan: Arrahmanirrahim (Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)

AKU menjawab: 'Atsna alayya 'abdi (hambaku menyanjungiku)

Apabila hamba-KU mengucapkan: Maliki yaumiddin (Maha Penguasa hari kemudian)

AKU menjawab: Majjadani abdi (hambaku mengagungkanku)

Apabila hamba-KU mengucapkan: iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in (kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami minta pertolongan)

AKU menjawab: Hadza bayni wa bayna abdi, wali abdi wa saala (inilah bahagianku dan bahagian hambaku yang di mintanya)

Apabila hamba-KU mengucapkan: Ihdinash siratal mustaqim, siratal ladzina an'amta 'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladh-dhaalin (pimpinlah kami ke jalan yang lurus, yakni jalan yang tidak Engkau murkai dan tidak pula jalan orang yang sesat)

AKU menjawab: Hadza li abdi, wali 'abdi ma saala (inilah bahagian hambaku, untuk apa yang dimintanya)

Ingatlah, Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar. Di setiap amalan - amalan yang engkau lakukan hendaklah demi mengejar cinta-Nya. Janganlah terpedaya dengan indah dunia yang serba sementara ini.. "Kejarlah kebahagiaan akhirat, maka kebahagiaan dunia akan mengejarmu" InsyaAllah~

Di teruskan dengan Bicara mengenai Akal dan Hati berkenaan Kasih dan Cinta..

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal: Assalamualaikum, sahabat.
Hati: Waalaikumsalam..
Akal: Apa khabar iman anda?
Hati terdiam..
Akal bertanya sekali lagi..
Akal: Apa khabar iman anda?
Hati: Kurang sihat mungkin
Akal: Mengapa?
Hati: Aku merindui dia segenap jiwaku..
Akal: Dia yang mana, sahabatku?
Hati: Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal: Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati: Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal: Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati: Tapi.. Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal: Apa makna cinta?
Hati: Kasih dan Sayang.
Akal: Bagiku cinta itu gila.
Hati: Mengapa pula?
Akal: Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati: Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal: Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati: Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal: Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati: Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal: Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi..
Hati: Jadi.. Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal: Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati: Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan Malam! Tegas hati..
Akal: Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal: Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala..
Akal: Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambaNya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
Hati mulai menangis.. Sepi.. Kesal..

Kita mudah terlupa, cinta dan perasaan sebenarnya milik Allah Ta'ala. Bukan milik insan yang sering melupakan kewujudan Allah Ta'ala, Yang Maha Besar, Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.. Bagi yang belum berkahwin, carilah seorang insan yang mencintaiNya, kerana sesungguhnya kamu akan lebih bahagia dengan orang yang sebegitu daripada orang yang mencintaimu! Cintailah orang yang mendekatkanmu denganNya dan jauhkanlah orang yang menjauhkan engkau drpdNya..

Akhir sekali, mudah2an novel yang ku karang tika ini boleh menolong kawan2 sedikit sebanyak tentang islam, Amin ya robbal alamin~ n Mudh2an novelku kan siap sebelum 2013 menjelma :).

1 comment:

Unknown said...

assalmualaikum mbk ijin share boleh?
dan novelnya namanya apa?
klu boleh izin share di youtube
ku bljar buat video2 brmanfaat.