Tuesday, March 13, 2012

5 Sifat Negatif Bawa Kemusnahan

Bismillahirrahmannirrahim~ 
(Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)

Berlalulah sudah bulan Februari and now almost ke pertengahan bulan March. Tak sangka masa berlari dengan pantasnya. Pejam Celik, Pejam Celik, tak lama lagi Bulan Ramadhan kan kunjung tiba :) bulan yang di nanti-nantikan. Mudah2an Allah mengurniakan kita umur yang panjang untuk menebus segala dosa - dosa yang telah di lakukan, Amin~~

Memang tidak dapat di nafikan berubah menjadi muslimah adalah satu proses yang sangat sukar.. Tambahan lagi, pergaulan bersama kawan - kawan dan keluarga kadang mampu melalaikan manusia. Semua itu hanyalah ujian semata - mata. Mampukah kita bertahan dan bersabar untuk menghadapi dugaan ini? Mampukah kita mempertahankan agama Islam di Zaman yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal? Jika sekiranya setiap cabaran itu kita hadapi dengan hati yang sabar dan berlandaskan islam, InsyaAllah, Jannahlah yang dijanjikan untuk kita :).

Untuk renungan bersama, petikan ini di ambil daripada salah satu majalah yang sangat bermanfaat untuk Muslimin dan Muslimat. Bacalah dan semoga petikan ini dapat memberi manfaat kepada si pembaca. Amin~

5 Sifat - Sifat Negatif yang membawa Kemusnahan:-

1. Terlalu Cintakan Dunia
Sifat ini bukan sahaja dianggap satu maksiat besar, tetapi juga yang melahirkan maksiat-maksiat lain. Sabda Rasulullah S.A.W : "Mencintakan dunia itu adalah pokok segala kesalahan." 

'Dunia' yang dimaksudkan di sini ialah kehidupan dunia yang tidak dikaitkan dengan urusan akhirat, sebaliknya hanya memuaskan hawa nafsu dan syahwat. Contohnya, gilakan kuasa, status, kedudukan, gelaran, pengaruh dan sebagainya. Bagaimanapun, tidaklah menjadi kesalahan jika kita cintakan 'dunia' seperti ilmu, amal kebajikan malah keperluan-keperluan kehidupan lain yang disalurkan ke arah memberi manfaat kepada kehidupan di dunia dan akhirat. 

Secara terperinci, 'dunia' dijelaskan dalam surah Ali Imran: "Dijadikan pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu; wanita, anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga)."

2. Terlalu Cintakan Kekayaan
Secara fitrah, manusia memang mencintakan kesenangan hidup atau kekayaan. sifat terlalu cintakan kekayaan bagaimanapun, akan menjauhkan seseorang daripada berbuat baik dan berakhlak mulia. Malah dia akan cenderung melakukan kemaksiatan seperti menipu, menindas, berbohong dan sebagainya. Seorang yang terlalu cintakan kekayaan boleh melakukan kemaksiatan tanpa had!

3. Kedekut
Daripada sifat terlalu cintakan kekayaan, timbul juga sifat kedekut. Harta yang diperolehi tidak dibelanjakan kepada yang hak atau disimpan sehingga tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa, hatta pemiliknya. 

Sabda Rasulullah S.A.W; "Orang yang dermawan itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia, dekat dengan syurga, tetapi jauh dari neraka. Manakala orang yang kikir itu jauh dari Allah, jauh dari manusia sekalian, jauh dari syurga, tetapi dekat dengan neraka. Orang jahil yang dermawan lebih dicintai allah daripada orang alim yang kikir. Ingatlah penyakit yang paling parah sekali ialah kikir."

4. Terlalu Cintakan Pengaruh
Sifat terlalu cintakan pengaruh boleh membawa kemusnahan yang lebih besar berbanding sifat terlalu cintakan kekayaan. Pengaruh bermaksud membina status seseorang dalam fikiran orang lain agar mereka memandang tinggi, mematuhi dan tunduk sehingga mereka boleh digunakan untuk kepentingan dirinya. Ini boleh dicapai apabila orang percaya bahawa dia mempunyai kualiti sempurna, walaupun itu tidak semestinya benar. Contohnya orang itu dikatakan berilmu tinggi, alim, baik, segak, kuat dan pelbagai ciri kesempurnaan yang membolehkannya mempengaruhi orang lain. Sifat ini bukan sahaja membawa kemusnahan kepada dirinya kerana tidak boleh dikritik tetapi juga mengheret mereka yang dipengaruhi ke lembah kehancuran juga.

5. Angkuh
Jika seseorang merasakan dirinya hebat dan orang lain juga sama atau lebih hebat daripadanya, maka dia tidak dianggap angkuh. begitu juga jika dia menganggap orang lain keji, dan dia juga sama keji atau lebih keji lagi. keangkuhan timbul apabila seseorang berasa dirinya bernilai, begitu juga orang lain, tetapi nilainya lebih tinggi lagi. Perasaan begini akan membuat dia berasa gembira, dirinya lebih hebat, dan orang lain hina, serta melahirkan perlakuan-perlakuan yang angkuh. Sifat buruk ini boleh timbul dari perasaan bangga dengan keturunan, kecantikan diri, kekuatan tubuh, kekayaan serta ramai pengikut, kawan dan saudara mara.

10 Pesanan Imam Hasan Al-Basri

Imam Hasan Al-Basri, seorang ulama terkemuka dalam peradaban Islam. Beliau di lahirkan di Madinah sewaktu Zaman Pemerintahan Umar Al-Khattab pada tahun 21 Hijrah atau 642 Masihi, dan pernah berguru dengan beberapa sahabat Nabi S.A.W. Ulama hebat ini meninggal dunia dalam usia 89 Tahun di Basrah, Iraq, pada hari Jumaat, 5 Rejab 110 Hijrah (728 Masihi). Sepanjang hayatnya banyak pesanan beliau yang boleh ditatap dan dijadikan renungan. Antaranya:

1. Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh, kerana aku juga pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku akan sedikitlah orang yang memberi peringatan.

2. Sesiapa yang banyak bercakap, akan banyaklah pembohongannya. Mereka yang banyak hartanya nescaya banyak dosanya. Orang yang buruk tingkah lakunya akan menyeksa diri sendiri.

3. Allah menjadikan pemimpin yang adil sebagai penolong mereka yang dianiaya, membuat pembaharuan pada kerosakan, menjadi kekuatan pada orang yang lemah, pembela buat mereka yang di zalimi, dan penghibur bagi yang berduka.

4. Siapa yang mengenal Tuhannya, dia akan mencintai-nya. Siapa yang mengenal dunia, dia akan dikuasai oleh kemewahan dunia. Bagaimanapun orang mukmin tidak akan bermain-main dengan dunia sehingga dia lalai. Dan, apabila dia bertakafur, hatinya sedih.

5. Apabila kamu tergelincir, kembalilah, apabila kamu menyesali sesuatu, jangan di ulangi, apabila kamu tidak tahu, bertanya, dan apabila kamu marah, maka tahanlah kemarahanmu.

6. Perasaan takut sehingga tenteram lebih baik daripada perasaan tenteram yang kemudian menimbulkan rasa takut.

7. Banyak berduka lebih mendekatkan diri untuk beramal soleh.

8. Baik atau buruk seseorang itu bergantung pada hatinya. Andai hatinya bersih, tercermin pada perbuatannya. Andai hatinya kotor, terpapar pada perlakuannya.

9. Tiada saat indah bagi seorang mukmin melainkan saat bertemu dengan Allah. Kematian adalah detik yang amat menggembirakan, menyenangkan, membahagiakan, membanggakan dan luhur.

10. Mati itu membuka kekurangan duni. Kerana itulah ia tidak meninggalkan orang berakal akan kegembiraan.

Thursday, March 1, 2012

Taklimat Relief

01.03.2012 - What a busy day, today -_-; ... Ahaaa! Jus kidding! >_<). Early in the morning, went to hospital with mummy n daddy, bought veggies in Pasar Burong n lastly shopping at Soon Lee! Did it end there? No! Afternoon.. went to BPL n then barutah balik rumah makan2.. Not until my stomach growling bruth i realised dat it was empty all this time! Hmm.. I wonder was it because of my forgetfulness dat i forgot to eat? Or... is it becos.. my natural sense of 'filling fuels into d almost - empty tank' is receeding? Whatever the reason is, I need to make sure that my eating schedule is fix.

Anyway, while i was driving along gadong area.. I was thinking.. What a nice day today :). Feel so blessed by Allah ^_^) Alhamdulillah~~ The sky is so blue, with cotton candy-like clouds and birds were soaring through the sky, free of disturbance. I smiled at none but the beautiful view. (^_____^). Allahuakbar! This is the world you created and in it live millions n zillions of life, who else to thank if not for Allah who created this. Thank you Allah for giving me the chance to live in this world. "Semoga kami kembali di sisimu dalam keadaan yang soleh dan solehah serta terhapus segala dosa, Amin~~".

Mr Brown - Caramel Macchiato
Mango Pudding

Tengok tu! Soddaappp~~ of cos the pictures taken from google sal malas kn mengambar td hee. But but, the combination of both sungguh menjilat jari~ Nanti th mencuba resepi Mango pudding ^o^). Menikmati hidangan wif mama n sisters d dapur td, syokk.. Nikmat Dunia :).

Anyway, Kemarin tym leap date, 29.02.2012 ku dtg taklimat relief. The taklimat was refreshing n inspiring. Kata cikgu sana, "If kamu nda mau n nda sanggup, boleh kamu reject this offer. Kami inda kn memblacklist kamu" "Just remember, tani mengajar ani demi Allah. Lillahi Ta'ala"... They were saying that some of relief teachers nda besyukur dpt d job n dey even complained about elaun bth kuar n so on. Aku tak menafikan dat i was also one of the graduates yg ikut emotional bila elaun guru relief aher keluar even though i wasn't a relief teacher. I felt the pain n sorrow of relief teachers when they couldn't get a permanent teaching job eventhough they have taught for 3 years or more. Tapi after months of thinking... we shouldn't be like that..

Setiap kerja harus di lakukan dengan ikhlas. I should be training myself to love the job even if it pays less. Being a teacher ani taught me a lot of things.. To be patient, calm at handling student, dedicated to ur job and most important of all, trust students will do better no matter how bad they started! Believe that students can do better if we, teachers, put efforts in making them feel loved n cared! Walaupun the student was labelled as "trouble-maker" tapi we must do our best spaya dat nickname inda mengaffect the way we treat them. Susah kn buat catu? True~ Ingat Allah! Demi Allah! Setiap kebaikan di balas dengan kebaikan n more, setiap kejahatan akan di balas dengan kejahatan yang setimpalnya. So be good to ur students n insyaAllah, u'll be rewarded wif good things eg. students dpt good results! Isn't dat wat we, teachers, should aim for? All this talk is just a reminder for myself. Ganbatte Nad! InsyaAllah i can do this! InsyaAllah I can work without much complain n demi Allah!! Ganbatte!!! 

Monday, February 27, 2012

-- My DiaRiEs n My PaSt --

Bismillahirrahmannirahim~ Segala puji-pujian hanya bagi-Mu, Tuhan sekalian Alam. 
Yang menghidupkan kami dan mematikan kami seperti yang Engkau kehendaki. 

Hari ani ku luangkan dengan mengupdate blog and mempost2 jua. Lapas atu terdetik hatiku kn membaca diary-diary ku yg dulu. Beguna jua pnya diary ani, i tot it was a hobby yg useless XD. Cuaca hari ani sungguh indah... Titisan hujan yang menitis bagaikan mutiara yg gugur dr langit. Rahmat Allah, Allahuakbar, Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah.. Selesa dengan kesejukkannya, aku mula membaca nukilan hatiku yang lalu. Satu persatu ku teliti, tiada satu perkataan pun ku tinggalkan. Aku hayati perasaan ku dulu, aku selami "diriku" yang telah lama pergi.. 

Mudah2an aku tidak berubah menjadi "Aku" yang dahulu. 
Mudah2an aku sentiasa berada di jalan yang benar walaupun ujian demi ujian tiba. 

"Ya Allah Ya Tuhanku, Teguhkanlah hatiku dan penuhkanlah dadaku dengan Iman serta berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi segalanya demi kebaikan dunia dan Akhirat, Amin Amin ya Robbal Alamin~ "

Tani sebagai hamba Allah jangan jemu dan bosan untuk meminta padaNya, kerana hanya Dia yang Maha Kuasa dan Maha Pemberi mampu untuk memberi kita rahmat, berkat dan nikmat dunia dan Akhirat. Jangan berputus asa dengan doa yang belum di makbulkan, percayalah dan yakin bahawa Dia akan memperkenankan doamu selagi engkau tidak jemu meminta :)

:: Diaryku di Tahun 2009 n 2010 :: 
Full of complains, Full of sadness n sorrow, Full of Negativity n Full of Emptiness n Loneliness.. MasyaAllah, ani lah aku dahulu. Nda sangka betapa Daifnya aku. Nda sangka betapa jahilnya aku. N nda sangka betapa kasihannya "Aku". 

Mementingkan diri sendiri, menelan kesedihan yang nda pasti datangnya dari mana. Menangis kerana dunia yang di sangka kejam.. 

Bila ku selak balik diaryku, aku semakin takut, aku takut menjadi yang dulu. Nauzubillah... Jauhkanlah semua itu. 

Akan ku simpan diary2 ku ani sebagai panduanku n reminder untukku tidak mengulang kembali kesilapan2 yg lalu :). Semua yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. Maka ingatlah kawanku, jangan mengulangi kesilapan yang lalu. Tiada yang lebih bodoh selain orang yang tidak belajar melalui kesilapannya. 

Di tahun inilah banyak mengajarku erti persahabatan, erti kegagalan dan erti  kehidupan. Kefahaman semuanya datang dari Allah jua, Alhamdulillah Ya Allah~

:: Diaryku di Tahun 2011 ::
Lebih kurang sama dengan Diaryku dahulu.. Namun di saat inilah perubahan semakin ketara terjadi pada diriku. Alhamdulillah Ya Allah. Alhamdulillah :') atas izin dan kehendakMu jua aku berubah. Dan atas izin dan kehendakMu jua aku mula melihat kebenaran yang selama ini terlindung dari mata kasarku. Alhamdulillah 100x~

Ya Allah, 
Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
Terimalah amalan-amalanku walaupun ianya tidak sesempurna amalan kekasih2Mu..

Ya Allah, Ya Tuhanku
Pimpinlah aku sepertimana Engkau memimpin hamba-hambaMu yang Soleh..
Janganlah Engkau membiarkan aku jauh dari sisiMu..
Janganlah Engkau membiarkan aku tersesat setelah Engkau memberikanku hidayah..
Berikanlah aku petunjuk agar aku sentiasa berada di jalanMu yang Benar... Ya Allah..

Ya Allah, Ya Tuhanku..
Aku memohon ampun kepadaMu.. Ku kucupkan dahiku ke bumiMu yang Indah..
Aku sujud hanya kepadaMu, Tuhan yang menciptaku dan sekalian Makhluk..
Aku memohon ampun di atas segala dosa - dosa yang telah ku lakukan..
di atas segala perbuatan yang mengundang murkaMu..

Ampunkanlah aku Ya Allah, Ampunkanlah dosa - dosaku...
Tanpa cintaMu, aku bagaikan burung yang patah sayap..
Tidak mampu melakukan apa-apa... Hanya mampu berharap..
Ampunkanlah dosa - dosa ku yang lalu, sekarang dan di masa akan datang...
Teguhkanlah iman kami, teguhkanlah hati kami
dan kuatkanlah kesabaran kami demi jalanMu yang Benar dan SyurgaMu yang Indah.

Hanya kepadaMu kami meminta,
Tuhan yang Maha Mendengar, Maha Melihat
dan Maha Mengetahui akan asal usul hambaNya,
rintihan hati hambaNya dan keluhan jiwa hambaNya.

Segala Puji hanya bagiMu, Tuhan yang mencipta sekalian Alam.
Amin Amin Amin ya Robbal Alamin~~ :')

:: DOA perlu DIRUTINKAN :: (Imam Muda Asyraf)

-- Rusydee Artz --


Doa senjata Mukmin. Itu yang biasa kita dengar dan ramai mengakuinya. Tetapi malangnya amat sedikit yang meyakininya. Allah SWT telah berfirman dalam surah Ghafr (al-Mukmin), ayat 60 yang bermaksud: Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina".

Sejauh mana pentingnya doa dalam kehidupan seorang Muslim?
Doa melambangkan akidah seseorang. Semakin kuat keyakinan seseorang, semakin banyak permintaannya terhadap Allah SWT. Tidak ada manusia yang tidak mempunyai masalah. Tidak ada manusia yang boleh berdikari tanpa pergantungan kepada Allah. Oleh demikian, orang yang paling hebat akidahnya adalah orang yang paling hebat pergantungannya kepada Allah. Pergantungan ini dapat dilihat pada doa yang melambangkan seseorang tidak bergantung kepada pertolongan manusia yang lain. Pada masa yang sama membuktikan keyakinan seseorang bahawa Allah SWT itu hampir dan pasti akan mengabulkan setiap doa yang dipohon. Kata Imam Ibn Ataillah: "Tatkala Allah membukakan mulut anda dengan bermohon kepada-Nya maka ketahuilah, sesungguhnya Allah berkehendakkan doa anda diperkenankan." Maka doa perlu dirutinkan dalam hati dan pergerakan manusia. Bukannya sekadar diupacarakan atau sekadar dimajliskan. 

Amalan berdoa selalu dikaitkan dengan cara menadah tangan. Tidakkah hal ini boleh dianggap menyempitkan ruang lingkup amalan berdoa? 
Apabila di sebut doa, maka simbol dan isyarat selalunya digandingkan dengan menadah tangan. Hal ini satu tanda bagaimana permintaan seorang hamba yang merendah diri kepada Tuhan yang Maha Memiliki. 

Namun doa tidak hanya terhad dalam bentuk mengangkat tangan. Sememangnya terdapat amalan Nabi S.A.W menadah tangan ketika berdoa sebagaimana sewaktu peristiwa memohon hujan selepas solat istisqa dan qunut nazilah. Namun, ada juga amalan Nabi S.A.W yang berdoa tanpa menadah tangan seperti doa harian ketika makan, bersama dengan isteri, naik kenderaan, masuk tandas dan sebagainya. 

Begitu juga arahan Nabi S.A.W kepada para sahabat untuk melakukan solat dua rakaat apabila mahu menyelesaikan sesuatu permintaan. Ia sebagai isyarat bahawa ketika di dalam solatlah kamu boleh berdoa. Bahkan dikhabarkan kepada kita makna 'solat' dari sudut bahasa itu sendiri adalah 'doa'. Sebab itulah Nabi bersabda supaya berdoa ketika sujud kerana pada waktu tersebut adalah waktu seorang hamba berada paling hampir dengan Allah SWT.

Sesetengah individu ada ketika berasa kurang yakin doanya tidak dimakbulkan oleh Allah. Bolehkah seseorang bersikap demikian? 

Ramai orang yang tidak sabar dalam berdoa. Bahkan hasil itu mahu sahaja diperolehi dengan segera. Sedangkan Allah sudah menjanjikannya, bukan hasil yang dilihat oleh Allha. Tetapi sejauh mana sikap 'meminta-minta' kepada Tuhan itulah yang diperhatikanNya. 

Bukankah Allah SWT sudah meletakkan garis panduan jangka waktu atau 'expired date' bagi doa? Allah sendiri yang menjanjikan permintaan hamba-Nya pasti diperkenankan. Cuma waktunya masih dirahsiakan.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab sahihnya suatu hadis daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Tidaklah seseorang Muslim berdoa kepada Allah sesuatu doa yang tidak mengandungi dosa atau memutuskan hubungan 'rahim', melainkan Allah akan memberikan kepadanya menerusi satu dari tiga cara, iaitu; diperkenankan apa yang dimintanya atau disimpan-Nya untuknya diakhirat kelak, atau Dia menghindarkan dirinya sesuatu keburukan yang setimpalnya. Para Sahabr pun berkata: 'Kalau begitu kita perbanyakkan berdoa!' Nabi S.A.W menjawab :'Allah SWT lebih banyak memberikan ganjarannya.'"

Jelas di sini, Allah pasti memakbulkan. Persoalan bila dan bagaimana adalah hak Allah. Bukankah 'Pemurah' nya Allah kerana secara berterus terang berjanji Ia akan memakbulkan doa hamba-Nya. Bahkan 'Pemurah' nya Allah berlanjutan sehingga ke akhirat kelak. Tidak dapat di dunia. Maka akhirat itu tempatnya. Negeri mana yang lebih beruntung perolehannya jika dinilai dengan negeri akhirat?

Sebab itu, usah terburu-buru mengharap termakbulnya doa. Kerana sesiapa pun tidak akan selesa apabila ia diminta secara terburu-buru. Lebih lagi meminta kepada Tuhan Semesta Alam. Ingat Nabi S.A.W pernah berpesan: "Akan dikabulkan doa salah seorang dari kalian selama ia tidak terburu-buru, dengan ia berkata: 'Aku telah berdoa, aku telah meminta, tetapi aku tidak melihat ada yang mengabulkannya! Kemudian ia putus asa dan akhirnya meninggalkan doa," (Sahih Bukhari & Muslim).

Dr. Yusuf al-Qardawi pernah berkata: "Penerimaan Allah terhadap sesuatu doa ada syarat-syaratnya. Dari satu segi yang lain, makbulnya doa ada jangkamasanya, ada waktunya tertentu. Allah SWT akan makbulkan doa orang pada waktu yang dikehendakiNya dan cara yang dikehendakiNya."

Realitinya, doa adalah sebahagian daripada fitrah manusia yang memerlukan Tuhan. Doa adalah cara terbaik berhubung dengan Allah. Oleh itu, dari mempertikaikan pelbagai perkara tentang doa, lebih baik kita teladani hadis ini:
"Tiada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah selain daripada doa."
(Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan al-Hakim serta disahihkannya)

"Ada ketikanya, Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan." 
 - Imam Muda Nazrul (IM musim ke 2) -

Harus di ingati jugak, solat adalah suatu kaedah yang menghala pada apa yang kita mahukan dalam hidup. Seseorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardu yang diwajibkan keatasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya. Tanpa solat wajib lima waktu, apalah doa? 

Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah dia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, ALLAH berfirman, "Periksalah, adakah hamba-KU itu mempunyao sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardhunya?" Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain." (Riwayat at-Tirmidzi).

Solat pasti tidak akan merugikan masa, harta dan pengorbananmu tetapi hidup tanpa solat pasti rugi serugi-ruginya!

ADAB Bercakap


Lidah merupakan satu kenikmatan besar yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambaNya. Padanya terdapat kebaikan dan manfaat yang banyak jika digunakan dengan baik. Dan padanya juga terdapat bahaya yang besar bagi sesiapa yang tidak menggunakannya ke jalan yang benar. 

Lidah boleh diumpamakan sebagai pedang yang tajam. Ketajaman lidah mengalahkan ketajaman pedang yang yang mampu membelah besi dan sangat kuat mengalahkan cuka yang merosakkan madu yang manis. Kata - kata mampu melukakan hati yang rapuh ini. Oleh kerana banyak dosa dan penyakit hati bakal timbul disebabkan lidah, maka jalan terbaik adalah berdiam diri. 

Berikut ini dikongsikan beberapa adab ketika berbicara...

1) UCAPAN BERMANFAAT
Anda mempunyai dua pilihan ketika bercakap dengan orang lain, mengucapkan sesuatu yang baik atau memilih untuk diam. Rasulullah S.A.W bersabda, "Barangsiapa mengaku beriman kepada Allah dan hari Pembalasan hendaknya dia berkata yang baik atau memilih untuk diam." (Riwayat al-Bukhari).

2) UMPAMA SEDEKAH
"Setiap tulang itu memiliki kewajiban bersedekah setiap hari. Di antaranya, membenarkan orang lain membonceng di atas kenderaannya, membantu mengangkatkan barang orang lain ke atas tunggangannya, atau sepotong kalimah yang diucapkan dengan baik dan santun." (Riwayat al-Bukhari).

3) MENJAUHI BICARA YANG SIA-SIA
Sebaiknya hindari pembicaraan yang berasaskan dosa dan sia-sia. "Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh jaraknya dariku pada hari Kiamat adalah para penceloteh lagi banyak bicara." (Riwayat at-Tirmidzi).

4) TIDAK TERPERANGKAP GHIBAH
".. Dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagiaan yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."

5) BERHENTI MENGADU DOMBA
Hudzaifah r.a meriwayatkan saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, "Tak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

6) BERHENTI BERBOHONG
"Sesungguhnya kejujuran itu mendatangkan kebaikan, dan kebaikan itu akan berakhir kepada syurga. Dan orang yang sentiasa berlaku jujur nescaya tercatat sebagai orang yang jujur. Dan sesungguhnya kebohongan itu mendatangkan kejelekan, dan kejelekan itu hanya akan berakhir dengan neraka. Dan orang yang suka berbohong nescaya tercatat di sisi Allah sebagai seorang yang pendusta." (Riwayat al-Bukhari).

7) MENGHINDARI PERDEBATAN
Sebaiknya jauhilah perdebatan yang boleh mengundang perbalahan, meskipun kita berada di pihak yang benar. Sebab Rasulullah S.A.W telah menjamin sebuah istana di syurga bagi mereka yang mampu menahan diri. "Aku menjamin sebuah istana di halaman syurga bagi mereka yang meninggalkan perdebatan meskipun ia berhak untuk itu." (Riwayat Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani).

8) TIDAK MEMOTONG PERBUALAN
Suatu hari seorang Arab Badui datang menemui Rasulullah S.A.W, kemudian dia terus memotong dan mencelah perbicaraan baginda dan bertanya tentang hari kiamat. Namun Rasulullah tetap melanjutkan bicaranya sehingga selesai. Selepas itu barulah baginda berbalik kepada si penanya tadi. (Riwayat al-Bukhari). 

Ternyata Islam mengajar umat - umatnya untuk bersopan-santun dan beradab walaupun ketika bercakap. Sunnah Nabi Muhammad S.A.W bukan sahaja untuk kebaikan di akhirat malahan ianya menjurus kepada kebaikan di dunia juga. Jika semua manusia di dunia ini mengamalkan sifat -sifat Nabi setentunya Dunia akan aman dan makmur tanpa perbalahan, perkelahian, kemiskinan, kesombongan dan lain - lain. Hebatnya dan Indahnya Islam :') . Beruntunglah sesiapa yang mendalami Islam dan sentiasa mempraktikkannya tanpa jemu - jemu; ganjarannya kebahagiaan di Dunia dan di Akhirat. 

Sama - samalah kita memperbaiki diri sendiri demi mengejar kebahagiaan Duniawi dan Ukhrawi.

----- petikan majalan i -----


"Kita selalu alpa, kita selalu lupa. Kita ingat kerja, kita kuat bercanda. Kita lupa kita hamba, kita menjauh dari Dia. Kita cariNya di saat hiba, kita lupa di saat suka. Lalu Dia duga, kita tersungkur putus asa. Mula salahkan diri, mula mengadu pada manusia. Mengapa kau tak ruju', kembali pada Dia? Sedang dia selalu di sisi dekat denganmu? Makin kau jauh, makin Dia dekati."

~ nukilan syabab musafir kasih~
----- Lukisan Rusydee Artz -----

Saturday, February 25, 2012

Apakah TERLARANG BERCINTA sebelum NIKAH?

Apakah TERLARANG BERCINTA sebelum NIKAH? (petikan drpd majalah i)

Berciuman dan berpelukan cinta berahi antara pasangan di tepi jalan ataupun di khalayak ramai adalah perkara biasa di dunia Barat. Hidup bagaikan suami isteri tanpa kahwin adalah fenomena yang tidak asing. Memiliki anak tanpa perkahwinan bukanlah sesuatu yang ganjil.

Perkataan cinta agak abstract. Ia boleh di padankan kepada banyak perkara; cinta Allah, cinta keluarga, cinta negara, cinta seni dan selainnya. Cinta ertinya kasih, sayang dan ingin bersama. Cinta atau kasih, bercinta atau berkasih sayang antara lelaki dan wanita yang ingin hidup bersama, itu normal. Cuma yang rumit, bagaimana mengawal dan menguruskan cinta.

Melihat kerosakan masyarakat kini, maka ada yang 'kuat agamanya' menyalahkan cinta. Lantas, jatuh cinta kepada seseorang yang boleh dikahwini dianggap sebagai satu dosa. Pasti jika seseorang yang kuat agamanya jatuh cinta, atau berbicara tentang cintanya itu dianggap sebagai sesuatu yang pelik dan telah hilang kekuatan iman.

Anti Cinta

Maka tidak pelik jika ada yang bertanya: apa hukum bercinta? Jika ada ustaz yang kata 'haram, punca syaitan dan budaya Barat maka sempitlah perasaan golongan hangat bercinta khusus yang masih muda. Mungkin ada yang akan kata dalam dirinya: ' nanti tua sikit baru boleh aku kuar agama.' ini kerana susah dia hendak meninggalkan cinta kepada kekasih yang diidami sebagai isteri. Mungkin ada yang kuar agama terlajak akan berkata: 'kahwin teruslah. cinta hanya lepas kahwin.' Tapi, si anak muda ini belum bekerja, belum mampu menyediakan belanja sebagai suami. Jika meminang pun, tentu bapa pasangan membantah. hanya yang ada setakat ini 'cinta'. Sama juga yang sedang bertunang belum nikah sebab hendak selesaikan urusan belajar ataupun selain. dalam tempoh itu mereka bercinta pastinya. Berutus sura, email dan sms. Isinya mengambarkan cinta. Jika bercinta haram melainkan setelah kahwin, maka tentu mereka semua hambar.

Jatuh Cinta

Jika kita teliti nas-nas Islam, tiada dalil yang Allah dan Rasul-Nya mengharamkan mencintai seseorang yang ingin kita jadikan pasakan hidup. Bahkan al-Quran mengiktiraf cinta tersebut. Ini kerana jatuh cinta antara jantina yang berbeza adalah fitrah manusia. Ia bukan diada-adakan. Lihat firman Allah mengenai lelaki yang jatuh cinta kepada janda yang masih dalam edah kematian suami : (maksudnya)

"Dan tidak salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran) untuk meminang perempuan (yang dalam edah kematian suami), atau tentang kamu menyimpan dalam diri (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan mengingati mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersunguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis edah yang ditetapkan itu, dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam dada kamu, maka beringat-ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar". (Surah Al Baqarah: 235)

Ayat di atas membicarakan larangan meminang wanita dalam edah kematian suami sebelum tamat edahnya. Ini kerana hukum edah mempunyai banyak maslahah termasuk membabitkan perasaan keluarga bekas suami. Namun Allah tetap tidak melarang sindiran yang mempunyai maksud ingin meminang, juga tidak salah keinginan yang tersimpan dari perasaan yang selalu teringatkannya. Itu semua tanda 'jatuh cinta'. Cumanya, Allah memerintahkan agar mengikut peraturan yang ditetapkan.

Dua Kekasih

Nabi S.A.W tidak pernah membantah orang bercinta, sebaliknya cuba memastikan pasangan yang bercinta berakhir dengan perkahwinan. Seorang gadis yatim dipinang oleh dua orang lelaki. Seorang miskin dan seorang lagi kaya. Si gadis memilih yang miskin sedangkan penjaganya memilih yang kaya. Apabila hal ini diberitahu kepada Nabi S.A.W, baginda bersabda: "Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah" (riwayat al-baihaqi dan ibn Majah, sahih).

Kata al-Imam al-Munawi (meninggal) mengulas hadis ini: "Maksudnya ubat paling berkesan yang dapat merawati kerinduan ialah nikah. Ia adalah penawar yang tiada gantiannya jika ada jalan untuk mendapatkannya" (al-Taisir bi Syarh al-Jami' al-Safhir, 2/584, Riyadh" Maktab al-imam al-syaifii'').

Justeru itu, Nabi S.A.W memberikan pilihan untuk isteri memutuskan perkahwinan yang berlaku atas perasaan benci. "Seorang gadis dara datang kepada Nabi S.A.W memberitahu bahawa bapanya mengahwinkannya sedangkan dia tidak suka. Maka, Nabi S.A.W memberikan pilihan kepadanya (sama ada untuk meneruskan atau menolaknya)." (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

Haram?

Menyimpan rasa cinta antara lelaki dan perempuan tidaklah dilarang dalam agama ini. Di samping ia boleh berlaku di luar kawalan insan, ia adalah fitrah antara lelaki dan perempuan. Ia tidak songsang. Melafazkan rasa cinta seperti Mughith ungkapkan kepada Barirah juga tidak terlarang. Bercinta seperti gadis yatim itu juga tidak dilarang. Puisi dan lagu citna yang sopan juga tidak dilarang. Jadi apa yang di larang?

Hanya yang dilarang adalah perbuatan zina. Kedua, -walaupun dosanya tidak seperti zina- perbuatan yang mendekati zina. Adapun bercinta yang masih mempunyai jarak antara lelaki dan wanita adalah fitran insaniah. Menghalang fitrah itu boleh memberikan kesan yang buruk dalam jiwa manusia.

Islam tidak sempit. Ia tidak menghalang fitrah. Cinta yang membawa kepada perkahwinan adalah satu kebaikan. Jadi, jangan kata Islam mengharamkan perasaan cinta antara lelaki dan wanita. Katakanlah Islam mengharamkan zina dan mendekati Zina!

 "Selagi belum akad, selagi itulah ada jarak pemisah di antara kita. Selagi itulah ada murka Allah di dalam hubungan kita,"

"Kenapa hubungan di antara kita tidak kekal lama? Akhirnya putus jua?" Silalah tanya diri anda sendiri. Anda ada jawapannya. Bukan kerana tidak sefahaman, bukan kerana tidak sepadan, tapi kerana ada murkaNya di situ kerana membiarkan hubungan tidak berakad berpanjangan berlarutan bertahun-tahunan.
 ---- Rusydee Artz ----