Thursday, November 15, 2012

Salam Maal hijrah 1434H


Ya Allah Dikaulah Tuhanku selamanya.
Pada tahun baru ini daku bermohon kepada-Mu,
 Semoga dijauhi daripada syaitan dan kuncu-kuncunya 
Dan daku memohon pertolongan-Mu
 Supaya daku terpelihara daripada nafsu amarah dan jahat, 
Serta bimbinglah daku
 Akan perkara yang dapat menghampirkan daku dengan-Mu,
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Salam Maal Hijrah to semua. Semoga tahun ini dirahmati & diberkati Allah serta d berikan hidayah dan petunjuk selalu menuju ke jalan yang Benar. Mudah2an kita menjd lebih baik lg daripada Tahun yang sebelumnya Aaminn..

Berhijrah menjadi yang lebih baik tak pernah senang. Perjalanan mana yang tak mempunyai liku-liku? perjalanan mana yang tak mempunyai simpang yang menyesatkan?  Namun jika diri ingat bahawa "Allah sentiasa ada", insya Allah, Dia, Tuhan yang Maha Mengetahui, Maha Mengasihi akan membantu di setiap perjuanganmu untuk mencari Redha-Nya, Ampun-Nya dan Rahmat-Nya.

Sejauh mana pun kaki melangkah
Kadang kita tersasar mencari - cari
Ingatlah Allah sentiasa ada
Dan tak pernah meninggalkan kita
Dia tunggu.
Dia rindu.
Sentiasalah berusaha demi-Nya.

Berhijrahlah menjadi yang lebih baik. Jangan biarkan diri bergelumang dalam dosa, tertawa riang dengan maksiat sedangkan diri tahu neraka tempat dituju jika terus-terusan tidak berubah. Sampai bila diri mahu menjadi begini? berjalan tanpa arah tuju? merasakan kosong? berlayar tnpa kemudi? Peringatan ini bukan untuk diri sendiri sahaja tapi untuk teman2 yang sentiasa mendampingi dan untuk hamba2 Allah yang ditakdirkan membaca post ini. Semoga mendapat pengajaran dan hidayah dariNya jua. Aamiin..



4 comments:

Anonymous said...

saya setuju dengan kata-kata anda.. memeang kita perlu perbaiki diri kita.. tapi andai ada insan seagama kita yang masih bermegah-megah dengan kemaksiatan yang dia lakukan, bagaimana pula.. hati ini sudah tak tertahan menanggung rasa bersalah kerana bersubahat dengan nya... saya rasa, iman saya lemah sangat-sangat kerana tidak mampu menegur hambaALLAH tersebut..

Unicorn fx said...

Alhamdulillah, terima kasih kerana memberi komen yang memang menjadi persoalan untuk ramai hamba Allah yang ingin berubah.

Teguran tak semestinya secara direct kadang boleh jgk kita menegur dgn 'indirect way' seperti teguran Sayyidina Hassan dan Sayyidina Husein semasa melihat seorang nenek tua berwudhu dengan cara yg salah.

Sebelum menegur, berdoalah pdNya.. Mintalah kekuatan untuk menegur, kehalusan bahasa yang membuatkan insan itu faham akan apa yang disampaikan dan kelembutan hati agar terbuka hati insan tersebut untuk berhenti drpd melakukan maksiat.

Yang paling penting, hendaklah menegur pada masa yang sesuai dan bertepatan. Fahamilah sifatnya, tegurlah dia seperti kita mahu diri kita ditegur. And jangan bagi dia rasa down selepas menegur, everybody has an ego problem that kita perlu jaga :)

Menegur seseorg tak pernah senang apatah lagi jika orang tersebut adalah yg paling rapat dengan kita. tapi.. perlu ingat, jika kita betul2 sayang dengan orang tersebut tegurlah dia sebelum semakin tersesat.

Berikut adalah link kisah "sayyidina hassan & sayyidina husein". Semoga komen ini boleh membantu Ukhti. Mudah2an Allah sentiasa memberikn kita hidayah & petunjuk untuk ke jalanNya yang benar. Dan mudah2an di kurniakan kesabaran dan kekuatan dalam mengharungi hidup ini, Aamiin..

http://www.cahayakebenaran.com/?p=290

Jangan menyerah kalah, Ya Ukhti. If our niat betul, lillahi ta'ala. Insya Allah, He will help us in whatever that we do.

Anonymous said...

Terima kasih atas nasihat yang diberi.. memang benar buan mudah untuk menegur seseorang.. tapi saya masih lagi ada perasaan takut sekiranya teguran saya membuat dia semakin jauh hati dengan saya.. saya bukan ingin mencari salah dia.. saya cuma dia berubah menjadi baik.. saya terus terang.. depan kami semua.. dia menunjukkan sikap yang sangat baik.. menegur orang solat.. menegur dari segi agama.. saya tak nafikan.. dia pandai dalam bab-bab sebegitu.. tapi bila dia melakukan sesuatu yang sanagt buruk.. kami terasa.. yang kami tak boleh nak rapat dengan dia.. apatah lagi.. dia selalu mencari salah kami.. sedangkan salah sendiri.. dia tak pernah nak betul kan.. yang paling sedih.. teguran solat kepada kami.. tidak lekang dibibirnya.. tapi solat diri sendiri tidak pernak buat.. kami cuba berbincang sepakat untuk menegur dia.. tapi.. kami takut.. dia akan terasa hati.. sebab sebelum ini.. dia pernah menyatakan.. andai dia terasa.. dia akan ambil masa untuk get along dengan kita orang.. so, sejak dari itu, kami semua tidak berani untuk menegur sedikit pun salah dia.. sebab takut dia sensitif.. macam mana? Saya dah mati akal.. tak tahu nak buat apa lagi.. rakan-rakan yang lain pun sama.. saya dan hamba ALLAH itu, tidak rapat.. mungkin akan rasa janggal bila saya menegur dia..

Unicorn fx said...

Jika takut utk menegur hamba Allah tersebut, ukhti boleh cari people yg lebih arif dan sesuai untuk menegurkan sikapnya. pilihlah orang yang di hormatinya atau yang memang mempunyai perwatakan/aura yang digeruni.

Selain itu melalui sindiran. Mungkin ukhti boleh berbincang dengan kawan2 untuk sepakat melakonkan drama yang menjurus kepada sindiran ttg sikap yg perlu dia ubah.

Sbnrnya byk cara yg boleh kita lakukan utk menegur org. Melalui laman FB boleh jgk if you have fb dia. Tapi masalah dgn "indirect teguran" ni, kdg tak sampai to the person yang sebenarnya nak ditegur.

Kalau "indirect way" pun tak dapat, ukhti boleh lah cuba tegur directly. Mmg lumrah satu teguran, kdg diterima, kdg tak dpt diterima org. Tapi at least, kita dah menjalankan tugas kita sebagai seorang kawan yg prihatin terhadap well being of a friend. Jangan memulakan perbualan dgn teguran sebaliknya mulakan perbualan dgn topik2 yg mbuatkan dia rasa hepi & selesa dgn ukhti. Carilah masa yg sesuai utk ukhti meluahkan yg terbuku dlm hati. Mudah2an ukhti diberikan kekuatan dan petunjuk bagi cara yang terbaik menegur kawan ukhti tersebut, Aamiin..