"Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seoalah-olah engkau akan mati esok hari"
Monday, March 12, 2012
10 Pesanan Imam Hasan Al-Basri
Imam Hasan Al-Basri, seorang ulama terkemuka dalam peradaban Islam. Beliau di lahirkan di Madinah sewaktu Zaman Pemerintahan Umar Al-Khattab pada tahun 21 Hijrah atau 642 Masihi, dan pernah berguru dengan beberapa sahabat Nabi S.A.W. Ulama hebat ini meninggal dunia dalam usia 89 Tahun di Basrah, Iraq, pada hari Jumaat, 5 Rejab 110 Hijrah (728 Masihi). Sepanjang hayatnya banyak pesanan beliau yang boleh ditatap dan dijadikan renungan. Antaranya:
1. Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh, kerana aku juga pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku akan sedikitlah orang yang memberi peringatan.
2. Sesiapa yang banyak bercakap, akan banyaklah pembohongannya. Mereka yang banyak hartanya nescaya banyak dosanya. Orang yang buruk tingkah lakunya akan menyeksa diri sendiri.
3. Allah menjadikan pemimpin yang adil sebagai penolong mereka yang dianiaya, membuat pembaharuan pada kerosakan, menjadi kekuatan pada orang yang lemah, pembela buat mereka yang di zalimi, dan penghibur bagi yang berduka.
4. Siapa yang mengenal Tuhannya, dia akan mencintai-nya. Siapa yang mengenal dunia, dia akan dikuasai oleh kemewahan dunia. Bagaimanapun orang mukmin tidak akan bermain-main dengan dunia sehingga dia lalai. Dan, apabila dia bertakafur, hatinya sedih.
5. Apabila kamu tergelincir, kembalilah, apabila kamu menyesali sesuatu, jangan di ulangi, apabila kamu tidak tahu, bertanya, dan apabila kamu marah, maka tahanlah kemarahanmu.
6. Perasaan takut sehingga tenteram lebih baik daripada perasaan tenteram yang kemudian menimbulkan rasa takut.
7. Banyak berduka lebih mendekatkan diri untuk beramal soleh.
8. Baik atau buruk seseorang itu bergantung pada hatinya. Andai hatinya bersih, tercermin pada perbuatannya. Andai hatinya kotor, terpapar pada perlakuannya.
9. Tiada saat indah bagi seorang mukmin melainkan saat bertemu dengan Allah. Kematian adalah detik yang amat menggembirakan, menyenangkan, membahagiakan, membanggakan dan luhur.
10. Mati itu membuka kekurangan duni. Kerana itulah ia tidak meninggalkan orang berakal akan kegembiraan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment