Monday, August 11, 2014

Travelog DAY ZERO : ALLAH MAHA PERANCANG

Bismillah hir Rahman nir Rahim..

Manusia hanya mampu merancang. Selebihnya Allah yang menentukan.

Seringkali kata - kata itu aku dengar, baca dan kadang aku sendiri yang mengatakan. Dan sekarang barulah aku ingin mengongsikan sedikit pengalaman yang telah banyak mengajar aku erti kebenaran kata - kata tersebut. Bermulalah kisah perjalananku......

Pernah terlintas dalam fikiran untuk pergi travelling to UK semata - mata untuk menghadiri graduation adik kesayangan. Namun masa berlalu dengan pantas dan terlalu banyak halangan yang di hadapi. Ternyata untuk mengambil cuti sangat sukar sekali di tempat aku bekerja. Tambahan lagi kakak - kakak tidak mampu untuk mengambil cuti pada masa yang ditetapkan. Manakala Ibu sibuk dengan bisnes sendiri. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak melancong ke Negeri Barat itu. Daripada seorang diri lebih baik stay in the country. Or so I thought... 

Aku Redha dengan ketentuanNya. Mungkin belum tiba saatnya untuk aku melangkah keluar daripada Negeri sendiri. Mungkin adalah lebih baik aku berada di rumah daripada aku melihat dunia. Allah Maha Mengetahui akan apa sahaja yang lebih baik untuk hambaNya. "Its ok, be happy"

Akan tetapi... kata - kata Adik membuatkan aku rasa bersalah. Kalau tahu kami sekeluarga tak dapat nak pergi UK, dia boleh tempah tiket untuk balik Brunei lebih awal daripada yang ditetapkan. Fikir punya Fikir. Aku setuju untuk pergi ke sana walau terpaksa melancong seorang diri. Lagi sekali senangnya fikiran berubah, sedang sebelum itu aku yakin untuk tidak melancong. 

Memang betul Hati dapat di bolak balikkan dengan sewenang - wenangnya jika Allah mengkehendaki. Perasaan yang timbul juga datangnya dari hati. Mungkin sahaja hari ini engkau terasa sedih dan lemas dengan masalah yang timbul dan esok hari engkau mendapat khabar gembira yang membuatkan engkau lupa akan hal kelmarin. 

Di Dunia ini bukan untuk selamanya..
Segalanya mempunyai tempoh masa..
Dan rasa jugak mempunyai had masa..
Sedih bukan selamanya..
Bahagia bukan selamanya..
Kecewa bukan selamanya..
Cinta bukan selamanya...
kena ingat hanya di akhirat nanti barulah kekal segalanya.. 

Mengetahui akan hal itu, dapatlah kita ringkaskan bahawa segala rasa hanya sementara. Pernah tak mendengar pepatah ini? 

"A lemon juice is never delicious if you can only taste the sweetness without its sourness"

Masam Manis kehidupan. Jika hanya manis dapat di rasa, kita tidak akan menghargai hidup. Dan Allah tidak akan menciptakan "masam" kehidupan tanpa "manis"nya. Setiap sesuatu pasti ada pasangan. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tiba - tiba teringat akan situasi ketika berada di Kolej. Seringkali murid - murid bercerita dan bertanya akan pendapat dan nasihat apabila mereka menghadapi masalah. Dari situ dapatlah aku perhatikan betapa ramainya yang melihat masalah seperti satu perkara yang akan di hadapinya sepanjang kehidupan. Hinggakan ada yang berfikir bahawa dia akan selama - lamanya mendapat masalah demi masalah tanpa henti. 

Allah tidak kejam! Allah tidak zalim hingga membiarkan hambaNya merasa masalah setiap hari tanpa memberikan ruang untuk bernafas dan bergembira. Pernah tak dalam satu hari itu setiap perkara yang kita lakukan hanya membuatkan kita sedih? Tidak! Mungkin di dalam satu hari ada beberapa perkara yang membuatkan kita terasa sedih namun bukan setiap saat hingga 24 jam kita akan merasa kesedihan malah kadang akan diberikan sesuatu yang lebih baik yang sangat tidak di sangka.

Jadi, kenapa berfikir masalah tidak akan hilang? Kenapa membiarkan masalah menelan kita? Kenapa biarkan masalah menjadi penghalang dan penutup kegembiraan kita? 

Jangan biarkan kesedihan menghantui dan merosakkan kebahagiaan. Bergembiralah dan bersyukurlah walau dengan sedikit pemberian dan walau sekecil mana satu perkara itu. Belajarlah daripada kanak - kanak yang lebih menghargai hidup. Betapa cantiknya dan comelnya mereka tertawa melihat bunga dan hidupan liar, berlari - lari gembira mengejar belon, tersenyum riang ketika di beri gula - gula dan aiskrim. Belajarlah dari mereka yang lebih menghargai kehidupan ini. 

Tidak cukupkah untuk kita bersyukur kerana diberikan nikmat dan anugerah di dalam hidup ini? Terlalu muliakah kita untuk tidak bersyukur padaNya? Terlalu hebatkah kita sehingga sombong untuk bersyukur padaNya? Perlukah kita diberikan harta kekayaan, isteri yang cantik, suami yang kacak, pangkat yang tinggi, keturunan yang baik dan taat untuk bersyukur?? Adakah benar setelah kita diberikan semua itu barulah kita akan bersyukur? Sungguh... Betapa jauhnya kita daripada para soleh solehah jika itu lah yang kita fikirkan selama ini. Bersyukurlah kerna diberikan nafas untuk terus hidup... 

Life can offer you so many things so be grateful for being alive

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4 hari sebelum actual day melancong barulah cuti kena approve. Keesokkan hari baru nak tempah tiket. Yang mana aku terpaksa melalui beberapa transit untuk tiba ke destinasi. 

Brunei -> KL -> Paris -> UK
UK -> rome -> Dubai -> KL -> Brunei

Semuanya tidak dirancang! Niat di hati hanya untuk pergi melawat adik dan menemani adik yang keseorangan di negeri sana. Pernah terlintas di fikiran untuk melawat negeri luar tetapi tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk belayar tanpa teman. Sungguh Allah Maha Perancang. 

Takut. Kaku. Gementar.

Segala macam imaginasi bermain dalam fikiran. Tapi perlukah aku untuk bersangka buruk akan perkara - perkara yang berlaku pada diriku sedang aku tahu bahawa Allah akan sentiasa melindungiku. Perlukah aku berfikiran negatif sedangkan aku sentiasa ingat akan kata-kataNya.. Betapa dekatnya Dia... dan pertolonganNya lebih dekat lagi pada hamba-hambaNya yang meminta padaNya. Hanya perlu Yakin & Doa! 

Tawakal tu alAllah la hawla wala quwata illa billah... Doa yang tidak pernah ditinggalkan untuk menjaga diri.

Bukankah semua rasa itu terbitnya dan hadirnya kerana Allah yang menciptakan? Maka padaNya lah kita meminta untuk di berikan kekuatan serta keberanian untuk menghadapi rintangan serta meminta perlindungan dari segala bencana dan malapetaka. Di lubuk hati perlu di tanamkan keyakinan yang tinggi terhadap perlindungan Allah maka Allah akan memberikan jalan dalam setiap kesusahan, perlindungan dalam setiap bala bencana. Berbaik sangkalah pada Allah..

Sehari sebelum melancong, aku tetap menjalankan tugasku di tempat kerja. Apabila di imbas kembali, terasa malu jugak kerana terlalu banyak mengeluh. Astaghfirullah hal 'azim.. Kurangkan keluh kesah dan lebihkan kepada bersyukur. Ujian... datang dari mana - mana. Ganjaran.. datang dari kesabaran menghadapi ujian.

Berfikir sejenak akan hidup sebelum aku mendapat pekerjaan. Iaitu saat aku masih bertungkus lumus untuk menimba ilmu hingga ke menara gading. Terlalu banyak perkara yang terjadi hingga kadang membuatkan jiwa lemas. Namun sekarang aku lebih dewasa, lebih mengerti erti kehidupan dan manisnya ganjaran setelah berakhirnya satu perjuangan. Menimba ilmu bukanlah hingga Ijazah (Degree) sahaja. Ianya berlarutan hingga kita menutup mata. Dan salah satu ganjaran jerih payah aku belajar ialah menjejakkan kaki ke Negeri Barat. Mudah - Mudahan diberi peluang dan dipanggil untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekkah nanti. Aamiin ya robbal alamiin..

Tiadalah sesuatu itu terjadi melainkan Allah telah merancangnya terlebih dahulu di dalam kitab Lauh Mahfuz..
Tiadalah sesuatu itu dapat di laksanakan melainkan Allah mengkehendakinya..
Dan tiadalah sesuatu yang di rancang itu dapat di jalankan melainkan Allah membenarkannya..
Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah.....
Alhamdulillah kerana memberikan aku peluang ke sana...
Alhamdulillah kerana mengajar aku banyak perkara dari pengalaman..
Alhamdulillah kerana sentiasa memberikan hidayah petunjuk..
Alhamdulillah kerana ditemukan dengan insan - insan yang di sayangi dan dihargai..
Alhamdulillah kerana sentiasa di lindungi walau aku hanya insan biasa yang sering lupa..
Alhamdulillah kerana memberikan aku hidup yang penuh makna dan sangat berharga..
Alhamdulillah ya Allah ya Rahman ya Rahim....

Janganlah kita melihat sesuatu perkara itu sebagai perkara yang remeh temeh tanpa mengaitkan dengan Tuhan yang mencipta alam semesta dan kita. Lihat. Dengar. Rasa. Fahami. Dan Ingati. Tiada yang lain yang berhak di sembah melainkan Allah.. Dan Allah Maha Merancang dan Maha Mengetahui akan perkara - perkara yang baik untuk hamba - hamba Nya.

Semoga pengalaman ini bermanfaat buat yang membaca. Aamiin..

- Thalibah Nazahah - 

1 comment:

Adyn Adynda said...

After reading this post, I feel u Nad :') <3 <3 <3 Rancangan dan ketentuanNya begitu sempurna sehingga kita sendiri baru realise apa yang kita perlukan sebenarnya sesudah satu2 perkara itu terjadi :)

About

Close your Eyes and Listen to the sound of the Wind, Birds and Waves. Now, Open your Eyes and Close your Ears, Look at the views of Sunset and Sunrise. MasyaAllah.. Beautiful Dunya. Alhamdulillah~ you're here because of Allah. Allahuakbar!

About Me

My photo
Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri