Wednesday, March 28, 2012

Beza Ciptaan Allah dan ciptaan Manusia... (Wasai Dadap)

Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji - pujian tertentu hanya bagiMu Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian Alam. Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, semoga rahmat dan sejahtera di limpahkan ke atas Nabi - nabi dan rasul - rasul, keluarga terdekat dan sahabat - sahabat sekalian. Amin~

Wasai dadap yang kedua, Allahuakbar! cantiknya.. :')

24.03.2012 - Kami bertujuh, Suzi, Safwan, Wadud, Steve, Mirul, Peah dan Abang Azlan pergi ke Wasai Dadap yang terletak di Kilanas around pukul 7.30 pagi. Inilah kali kedua kami (Aku, peah, Mirul, Abang Azlan, Steve dan Wadud) pergi ke sana untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah.

Sesampai di sana, bermulalah ekspedisi kami. Pokok - pokok buluh yang tinggi menyambut kedatangan, menceriakan senyuman. Gelak tawa jelas kedengaran, hepi giler dengan kisah yang akan di ukir. Perjalanan yang di iringi deru air yang deras daripada wasai yang berhampiran serta pokok - pokok yang menghijau melalaikan diri. Bau embun menusuk ke hidung, segarnyerr~~ CiptaanMu tiada tandingannya :).

Mirul - adek saya - posing di wasai pertama :)

Dua kali kami berbalik ke tempat asal kerna terlupa jalan untuk ke wasai yang ke-5. Ternyata kami tersesat! Takpe, sempat lah jugak aku mengambil beberapa photo untuk tatapanku di masa tua kelak (insyaAllah~).

Akhirnya, mission accomplished!! Wasai kedua!! Dah tak larat nak meneruskan perjalanan ke Wasai Ke-5, picnic kat Wasai 2 pun kira ok lah ^_^).

Peah - adek saya jugak - terus mencuci tangan dengan air yang jernih

MasyaAllah, Allahuakbar, Lailahaillallah! Indahnya ciptaanMu.. Walau sepintar mana seorang manusia mencoba untuk mencipta air terjun namun takkan mampu mereka mencipta yang sempurna seperti ini.. Walau secerdik mana seorang manusia mencoba untuk mencipta pohon - pohon yang hijau namun takkan mampu mereka mencipta serangga - serangga dan binatang - binatang yang turut tinggal dan menikmati rezeki buah yang Engkau sering ciptakan seiring dengan pokok - pokok. Manakan dapat seorang insan di bandingkan dengan Tuhan yang Maha Kuasa. Terima Kasih Allah, kerna memberikan ku nikmat mata untuk melihat keindahan alammu :').

Do you see the ray of light kat belakang peah? MasyaAllah!
kalau kamu melihat dengan mata sendiri tentu kamu terpegun dengan keindahannya di tambah dengan percikan air terjun yang sejuk menyegarkan muka

Niat di hati tak nak ikut serta bermain - main dengan yang lain, namun air yang jernih serta air terjun yang megah melambai - lambai ternyata mengugat iman.. Akhirnya aku ikut terjun jugak! Biarlah habis basah baju dan tudung aku. Setelah puas bermain di wasai tersebut, berenang - renang dan ber'shower' di bawah air terjun, kami pun balik dengan hati gembira.

Aku biarkan tudungku dan bajuku yang basah kering secara semula jadi, biar 'evaporate' sendiri. Tiba - tiba teringat detik aku balik daripada mandi di swimming pool.
Ternyata berbeza!

Mandi kat swimming pool: Badan rasa melekit, rambut menjadi keras dan melekat, kalau tak mandi terus, confirm demam n den confirm terasa gatal - gatal.

Mandi kat wasai: Badan terasa segar seperti bekas mandi dengan shampoo badan, rambut lembut like after we put serum on it (boleh buat iklan selepas mandi wasai! tak caye? Cubalah sendiri :D), dah rasa bersih buat apa nak mandi lagi XDD.

Sempurnanya ciptaanNya.. Aku terpegun, terpana dan kagum dengan perasaan yang ku alami ketika itu.

Allahuakbar! Subhanallah! Alhamdulillah! Lailahaillallah!
Engkaulah Tuhan yang Maha Besar,
Engkaulah Tuhan yang Maha Kuasa,
yang mempunyai Kudrat untuk mencipta segalanya,
yang mempunyai Kuasa untuk mentiadakan atau mengadakan.

Engkaulah Tuhan yang satu,
Engkaulah Tuhan yang patut di sembah,
Hanya kepadaMu kami memohon ampun,
Hanya kepadaMu kami memohon kemaafan..

Ampunkanlah dosa - dosa hamba - hambaMu,
baik yang besar ataupun yang kecil..
Ampunkanlah segala kesilapan - kesilapan kami,
kelalaian dan kesalahan - kesalahan kami.

Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di Akhirat,
dan peliharalah kami daripada azab api neraka..
Segala puji - pujian hanya bagiMu, Tuhan yang mentadbir seluruh alam.
Amin Amin Amin ya Robbal Alamin~

Ya Ukhti, Ya Akhi.. Bersyukurlah di atas segala nikmat yang telah diberikanNya. Bersyukurlah di atas deria - deria yang di pinjamkanNya. Dan bersyukurlah di atas apa yang telah berlaku kepadamu, yang baik mahupun yang buruk. Alhamdulillah 100x~

Alhamdulillah, kita masih hidup!

Tuesday, March 27, 2012

Amalan ketika datang Haid


Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh~

Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat - sahabatnya.

Ramai wanita sama ada yang baru sahaja memeluk agama Islam atau yang sudah berugama Islam dari sejak kecil lagi sering mengutarakan tentang amalan - amalan apakah yang dapat di lakukan ketika datang Haid. Jelas sekali, wanita - wanita Islam mengetahui bersolat, berpuasa dan berwudhu' tidak dibenarkan ketika datang haid. Namun adakah ini bermakna wanita "bercuti" daripada melakukan amalan - amalan lain? Adakah ini bermakna wanita hanya perlu tidur, makan dan lalai daripada mendalami agama Islam ketika datang haid?
Jawapannya: Tidak! Tidak sama sekali!

Perlu di ingati salah satu syarat wudhu' adalah "suci daripada haid dan nifas", manakala, salah satu syarat bagi bersolat pulak ialah, "berwudhu' (suci daripada hadas kecil dan hadas besar). Maka secara automatik, berwudhu' ketika datang haid tidak sah, bersolat, berpuasa dan tawaf pulak adalah di larang.

Berbalik kepada topik yang sebenar, apakah 'amalan-amalan yang dapat dilakukan ketika datang haid'? Terlalu banyak! Islam tidak membataskan muslimah untuk berhenti beramal kerana didatangi haid. Berikut adalah 10 amalan - amalan yang boleh di lakukan bagi mengisi "kekosongan" di hati :-

1) Perbanyakkan Zikir kepada Allah dan selawat ke atas Nabi - Nabi, Rasul - Rasul, keluarga serta sahabat - sahabat sekalian.

2) Mendengar Ceramah dan Mendengar bacaan Al - Quran.

3) Mengamalkan sifat - sifat yang terpuji, seperti sabar, syukur, ikhlas, tawakal, redha, mengingati mati dan lain - lain lagi sifat terpuji.

4) Bersedekah dan tolong menolong antara sesama keluarga, sahabat - handai serta mukmin mukminah sekalian.

5) Membaca tafsir Al - Quran dan hadith - hadith yang sahih.

6) Menjaga batas seharian; menjaga pandangan dan pendengaran serta zina.

7) Menyebarkan artikel - artikel yang berguna kepada orang - orang islam bagi memberi peringatan kepada kita sendiri dan orang lain.

8) Menghindari diri daripada sifat dusta, mencela perkataan orang, memuji diri dan melaknat, pemarah, dengki, bakhil, kasihkan kemegahan, kasihkan dunia, membesarkan diri, merasai diri lebih sempurna, menunjuk-nunjukkan amalan dan lain - lain sifat yang di murkai Allah.

9) Senyum dan berkata - kata manis dengan orang sekeliling.

10) Membersihkan rumah dan halaman rumah sambil berzikir. Dan lain - lain lagi..

Terlalu banyak amalan - amalan baik yang di boleh di lakukan oleh perempuan - perempuan yang datang haid.

Bukankah kebanyakkan amalan - amalan yang di sebutkan di atas lebih kurang sama dengan amalan yang di lakukan ketika perempuan tidak datang haid? Memang betul!

Islam melarang perempuan yang datang haid untuk berwudhu, solat, puasa dan tawaf sahaja. Maka amalan - amalan yang lain boleh di lakukan selagi hayat di kandung badan. Semoga artikel ini bermanfaat bagi yang membaca.

Akhir kata, semoga Allah memberikan pahala atas ilmu yang di tuntut dan semoga kita mendapat ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat, Amin Amin ya robbal Alamin~





Monday, March 26, 2012

7 cara Bersahabat kerana Allah



Allah S.W.T berfirman dalam surah az-Zukhruf, ayat 67 yang bermaksud: "Pada hari itu sahabat - sahabat karib sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang - orang yang persahabatannya berdasarkan tawqa (iman dan soleh).."

Justeru itu, kita sendiri hendaklah menjadi sahabat yang baik kepada rakan - rakan kita, dan berharap mereka juga benar - benar jujur dan ikhlas untuk berkawan dengan kita.

Berikut ada beberapa tips sebagai panduan untuk kita amalkan dalam bersahabat:

1. Memberitahunya bahawa kita kasih dan suka kepadanya.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya." (HR Abu Daud).

2. Apabila berpisah dengan sahabat maka hendaklah kita mendoakan sahabat kita tanpa pengetahuannya.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya," (HR Muslim).

3. Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria." (HR Muslim).

4. Segera bersalaman ketika bertemu.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud).

5. Sentiasa menziarahi sahabat kita.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu."

6. Memberi hadiah.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang." (HR Thabrani).

7. Membantu sahabat - sahabat dalam kesusahan.
Rasulullah S.A.W. bersabda: "Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan." (HR Hakim).

Petikan majalah iman - Sumber: Ukhuwah Islamiah (Dr. Abdullah Nasir Ulwan)



Sunday, March 25, 2012

23 Tips mendidik Anak



Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarokatuh~

Cuaca yang redup meningkatkan keinginanku untuk membaca majalah. Satu artikel yang menarik perhatianku dan membuka hatiku untuk menshare is "23 tips mendidik Anak" drpd majalah i .

Artikel ani beguna untuk ibu - ibu n bakal ibu - ibu, n mayb beguna untukku jua nanti apabila jodohku tiba ^_^). Enjoy reading, hope ianya memberikan manfaat kepada semua, Amin~

*****************************************************************************************

Sesungguhnya anak itu bagaikan mutiara yang sedia untuk diwarnai. Jika pilihan warnanya hitam, maka hitamlah ia, namun jika putih, maka putihlah ia... Justeru, biasakanlah anak - anak dengan hal - hal yang baik, kerana kebiasaan anak itu menjadi seorang muslim sejati yang soleh mahupun solehah. Namun jika sebaliknya, ibu bapa itu sendiri akan memikul beban dan dosa..

Hayati 23 tips berikut, semoga kita menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab dan berjaya menanamkan adab dalam diri anak - anak.

1. Hendaklah mendidik anak makan makanan dengan tangan kanan, membaca bismillah, mengambil makanan yang lebih hampir, dan hormatilah orang yang lebih tua.

2. Makan dengan penuh sopan dan tidak tergesa - gesa. Kunyah dengan cermat dan elakkan bajunya kotor terkena makanan.

3. Latih anak agar tidak bermewah - mewah ketika makan. Elakkan makan berlebihan dan jangan membazir.

4. Jika anak anda lelaki, elakkan memakaikan anak pakaian yang berwarna - warni dan dibuat dari sutera. Perlu ditegaskan, sutera itu hanya untuk kaum wanita.

5. Jauhkan anak dari teman - teman yang sudah biasa hidup bermegah - megah dan bersikap angkuh. Jika hal ini dibiarkan, dikhuatiri kelak anak akan bersikap demikian. Ingatlah, pergaulan yang jelek akan mudah menpengaruhi anak.

6. Harus ditanamkan rasa cinta kepada Al-Quran dan buku - buku pelajaran. Selain itu juga dedahkan anak dengan hadis - hadis Nabi, ilmu agama dan lain - lain. Serta biasakan anak menghafal nasihat - nasihat baik dan sejarah orang - orang soleh. Ia dapat mengasah jiwanya agar sentiasa mencintai tokoh - tokoh agama dahulukala.

7. Jika anak melakukan perbuatan terpuji dan berakhlak mulia jangan lupa untuk memujinya atau memberi penghargaan yang dapat membahagiakannya.

8. Jika dia mengulangi perbuatan buruk itu, jangan memarahinya di hadapan khalayak. Cuba untuk menasihati dan usah terlalu kerap melemparkan kemarahan, kerana kemarahan itu akan menyebabkan dis lali terhadap teguran.

9. Seorang ayah hendaklah menjaga tutur katanya ketika berkomunikasi di hadapan anak. Jangan memalukannya dengan kata - kata yang kasar kecuali pada saat - saat tertentu.

10. Sementara ibu, perlu tanamkan sifat hormat terhadap ayah dalam diri anak - anak.

11. Jangan biasakan anak tidur siang kerana ia akan menyebabkan anak berasa malas dan lesu, kecuali atas sebab - sebab tertentu.

12. Jangan biasakan anak bersikap terlalu berahsia. Sebaiknya kongsikan dengan ibu bapa jika mereka menghadapi sebarang masalah.

13. Biasakan anak bersenam di waktu pagi, ia dapat membantu anak menyingkir perasaan malas.

14. Melarangnya dari bersikap membangga diri jika menerima sesuatu yang baru dari ibu bapa. Biasakan anak bersikap tawaduk, lemah lembut dan menghormati temannya.

15. Cegah anak dari mengambil sesuatu barang yang bukan miliknya.

16. Jauhkan dia dari kebiasaan menguap dan meludah di merata - rata tempat.

17. Mencegahnya dari banyak berbicara, kecuali yang bermanfaat atau berzikir kepada Allah.

18. Cegah anak dari banyak bersumpah, baik sumpah yang benar atau dusta agar hal tersebut tidak menjadi kebiasaan.

19. Cegah anak daripada mengeluarkan kata - kata kesat seperti mencaci dan melaknat.

20. Tanamkan sifat berani, sabar dan berkeyakinan tinggi. Pujilah anak jika dia berbuat baik, kerana ia akan mendorong anak untuk terus bersikap demikian.

21. Berikan anak mainan atau hiburan yang positif untuk menghilangkan keletihan selepas selesai belajar.

22. Jika usia anak telah mencapai tujuh tahun maka perintahkan mereka untuk berwudhu dan bersolat.

23. Biasakan anak - anak untuk bersikap taat kepada orang tua, guru, pengajar (ustaz) dan orang yang lebih tua darinya.



Thursday, March 22, 2012

Islam Awareness Week

Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarokatuh~

22.02.2012 (Thursday) - Around 9am+ ku n Nyut2 smpai k UBD, Student Centre, bejanji sama Nonie kn liat Ceramah "Facebook: Jannah atau Jahim" sempena 'Islam Awareness Week' yg kana held di UBD. Prasanku lah.. (kalau ku nda silap jua) baru last year kali ni kana adakan IAW ani, sal selama ku dsana nda pernah ku tau pun ada dis awareness week. Tp Alhamdulillah, ahernya Pihak UBD membuka mata and terbuka hati untuk membuat event yang bermanfaat ani. Sapa yang nda datang rugilah. Banyak informasi2 n ilmu2 yg berguna dapat di pelajari di sana. Aku pun ter"WoW" n ter"RupaNya" dengan all the informations yg ku baru tau (^O^). (sagai jua udah tu aa XD).

Anyway, Ceramah "Facebook: Jannah atau Jahim" telah menampar diriku secara halus >_<). Stat th ku ni mengedit2 my FB, Mudh2an Allah mengampunkan segala kesalahan dan kesilapan lalu, Amin ya Robbal Alamin~ Beware dengan apa yang tani buat arah FB and even blog, takut2 terumpat, terfitnah n tersebar perkara2 maksiat. Kalau kn marah, cukuplah marah dlm hati saja, jgn smpai urg lain tau kita sbnrnya marahkn a person which org atu pun kenal jua. Sama lh dgn mengumpat secara nda langsung tu namanya.

Facebook bleh d gunakan secara baik dat is by menyampaikan dakwah2, nasihat2 n so on. I'm sure kalau tiba2 tani berubah n menyampaikn dakwah, urg lain kn terkejut kali dgn perubahan mendadak. Tidak bermakna tani menyampaikn dakwah atu, we r telling ppl dat we are better than them. Sekadar kn mau share ilmu, bukankah sharing ilmu atu berpahala? Kalau sekiranya ada yg menerima nasihatmu n den ikut berubah jua, Alhamdulillah, Allah memberikannya Hidayah. Mudah2an tani n dat person sentiasa di kurniakan hidayah, Amin~~

Selepas kami abis mendgr ceramah, terasa macam power up! Maksudku, terasa macam keinginan untuk berubah semakin betambah! tambahan lagi, sekeliling kawasan student centre di kunjungi ramai muslimin dan muslimah yang memakai baju "manis mata memandang", inda menjolok mata dan kemas. Aku? .. Aha... baju kurung + tudung yg inda brapa labuh XD. walau penampilanku terasa asing, tapi tujuanku tetap sama macam durang... Keinginan untuk mendalami Islam :).

Mula - mula, kami k Bengkel Al-Quran, Bagus idea durg! membuat bengkel spaya if ada urg mau tau durg punya bacaan ok ka inda, bleh datang kesana untuk minta tasmi' (check) bacaan. In dat bengkel banyak buku2 yang syok sulnya di baca. Salah satunya "Ensiklopedia Islam" (kalau ku nda silap jua tajuknya aa yg penting Ensiklopedia atu lurus :D). N den dapat hadiah gula2!! Alhamdulillah~ Kebetulan jua kmi 3 lapar dat tym, rezeki yang dtg dari Allah ^^,). N den kmi meliat2 display model pasal Nabi Muhammad S.A.W, sekali ngam time atu c Sut kana tarik jadi Hakim! (Happening bnr eyh XD). Ahernya, aku n C Nonie mendgr penerangan drpd org yg in charge d sana about Nabi Muhammad S.A.W, Astaghfirullah... banyak dah peristiwa2 n sejarah2 Nabi aku lupa. Nasib baik jua ku datang ke IAW atu, dpt meremind aku n skaligus menambah ilmu jua :).

After that, kmi jalan2 around dat area, n ngambil Quiz arah booth Bazilah n Aaliyah, dapat gula2 g!! Alhamdulillah!! Next, ke booth muslims inventions. Di sinilah meningkatkn semangatku! sebelum atu, nda terdetik hatiku kn mencek booth aa, skali buku yg tabal menarik perhatianku. Buku apa kn ni? ku n Nonie, meliat2, meyelak2 mukasurat. Eyh, ada trigonometry, Algebra n Science lah~ rupa2nya... anilah buku yang mengcompile semua ciptaan2 org2 Islam dulu2.

"1001 inventions - muslim heritage around the world"
(O_O)

Membuka mata banar eyh~ handal jua org islam ani.. N den org yg in charge d sana bercerita lh sedikit sebyk pasal dat book; wat muslims have invented. GPS yg menggunakan ilmu bintang, Algebra n so on membuatkn ku iski kn membali dat book. However, kat brunei takde ler.. isk3x.. Alamat aku kena pegi UK lah ni -_-; .. Den dat guy tanya, kenapa nowadays Muslim kana ucap semakin mundur? n semakin nda byk tokoh2 handalan sedangkan dlm sejarah pernah kana buat "Zaman kegemilangan Orang Islam" n even smpai sekarang nda pernah kana buat "Zaman kegemilangan Orang Putih" or anything similar. Aa aa lah, kenapa ye? Ternyata smpai masa ani, Islam yg dulu di pandang tinggi oleh mana2 masyarakat.

"Muslims sekarang ani... I'm not saying all plg, selalunya belajar atas dasar mau mendapat gaji yg besar, belajar atas dasar mau markah yg tinggi di mata org lain n atas dasar mau berlawan dgn org lain.. Nda pernah terlintas dlm fikiran, belajar sebab wajib untuk mendapatkan pahala, dan demi Allah! inda salah tani aim to get a better job so dat tni mau kana pay more, p tani spatutnya mau kana pay more atu spaya tani dpt menolong masyarakat n menyumbangkn sedekah utk mereka2 yg memerlukan n yg pling penting, sebnrnya tani mau mendapatkn keredhaan Allah dan keampunanNya.. Sebab tujuan tani now mostly keduniaan, ilmu kurang berkat n so tokoh2 islam nda byk lg d dunia ani. Yg pernah menginvent2 new stuff atu durg muslim ulama2 n alim2, belajar demi Allah n bekerja demi Allah" (Kata dat guy, paraphrased by Nad :D). So true~~ :'(

Ya Explain lagi yg tokoh2 islam dulu, handal dlm ugama, n secara tiba2 ku ingat kata2 c Tikah, my fren. Katanya, pernah seorang muslim ani kana ajar Al-Quran, hadith2, makna2nya n den menghafal 30 juz dr damit smpai umurnya 17 tahun bruth ya stat blajar Maths. Dlm masa yg singkat ya dpt master Maths atu smpai org lain segan kn iya. (aku lupa namanya, toingg). Ternyata ajaran2 Ugama Islam melembutkan hatinya n meningkatkan memorinya untuk memahami, menghafal dan menghayati pelajaran lain. Maritah tani stat menghafal Al-Quran n Mencek meaningnya apa, atas tujuan mendalami Islam dan mendekatkan diri dengan Allah, bukan berniat untuk show off eyh. Atu nda pedah2 tu.

Ah! Barutah ku ingat sumting, for those yang ada anak or yg sedang mengandung, didiklah anak mengikut ajaran Agama Islam. Di setiap yang di suruh dan di langgar ada hikmah di sebaliknya.

1) Anak haruslah di susui ibu dengan susu dada sehingga dia berumur dua tahun. (kalau lebih lagi bagus ;D). Dalam surah Al- Baqarah, ayat 233:

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, bagi yang ingin menyusui secara sempurna. Dan kewajiban Ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut. seseorang tidak dibebani lebih dari kesanggupannya. Jangalah seorang ibu menderita karena anaknya, dan jangan pula seorang ayah menderita karena anaknya. ahli waris pun berkewajiban seperti itu pula. Apabila keduanya ingin menyapih dengan persetujuan dan permusyawaratan antara keduanya, maka tidak ada dosa atas keduanya. dan jika kamu ingin menyusukan anakmu kepada orang lain, maka tidak ada dosa bagimu memberikan pembayaran dengan cara yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan"

Dalam perjalanan kn ke Student Centre, dalam kereta, terdangar lah jua ceramah pasal menyusui anak smpai berumur dua tahun ani. Now most of us menyusui anak dengan susu botol wic spaya sanang lah konon2nya. Tapi... tahukah kamu, susu ibu mempunyai byk nutrients berbanding susu formula? tahukah kamu susu ibu menjadikan minda seorang anak lebih cerdas berbanding susu formula ciptaan manusia? Anyway...

2) After anak berumur dua tahun, better kamu separate durg k bilik lain. Durg sepatutnya ada bilik dah after umur durg dua tahun. Kenapa tu nah? Takut apa saja yg kamu lakukan dengan ur husband or wife terikut2 leh dat budak kecik. umur durg 2 tahun, pndai dah mimicking wateva yang parents buat.

3) Ajar durg bacaan - bacaan Al-Quran. Biasakan durg dengan membaca doa - doa pendek, sebelum dan selepas makan, sebelum dan selepas keluar tandas n so on. Jangan fikir mengajar ajaran agama islam ani tym umur durg masih 5 tahun is too soon... Ajaran ABC n English should be yg secondary, bukan yg primary seperti ajaran tani masa ani.. Ajaran Ugama Islam yang mementingkan sikap yang baik membolehkan kanak2 berfikir dengan lebih matang, lebih mementingkan perasaan orang lain dan lebih mementingkan kemurkaan Allah. Bukankah mengajar mereka tentang Allah, Rasul2, Malaikat2, Al-Quran dan Kiamat adalah lebih berguna drpd ilmu dunia yang sementara? Ajar dulu Ugama baruth mengajar yg lain2 atu.. Ajar dua2 pun bleh, tapi mesti titik beratkan ajaran Ugama.

Fuhh.. Nmpknya ku berckp dengan panjang lebar.. Tapi yang pentingnya today, ku byk belajar from IAW d UBD, i hope nextyear ada lagi. kalau boleh, setiap 3 bulan ka ada IAW.. Ada hikmah di sebalik ku tiba2 mengancel bejln dgn my sis today :). Rupanya.. pasal ilmu yang datangnya dari Allah jua.. :')

ya Allah, ya Tuhanku, terima kasih atas segala yang telah engkau berikan pada kami,
Kami memohon ampun atas segala dosa yang telah kami lakukan,
Kami memohon di kurniakan hidayah dan petunjuk untuk sentiasa beramal kepadaMu,
Kami memohon agar di terima segala amalan2 kami,
Dan Kami memohon agar di masukkan dalam golongan org2 yg menghuni syurgaMu..
Amin Amin ya Robbal Alamin~


Below are videos for IAW n "1001 inventions - muslim heritage"






Link
Aher kata, Thanks to those yg menjayakan "Islamic Awareness Week", kamu semua have done a great job! Teruskan usaha dalam menyebarkan Agama Islam yang Indah :). Mudah2an tani semua sentiasa di berkati Allah dan di redhai Allah, Amin ya robbal Alamin~

N to my lovely, sweetest Friends, Nyut2 n Nonie, Love both of u~ Thanks membawa ku k IAW, membuka mataku n menyedarkanku dari keindahan dunia ^_^), Mudah2an tani di berikan kekuatan dan kesabaran hati dalam menempuh ujian2 dan mudah2an tani (termasuk all muslimin n muslimah sekalian) tergolong dalam golongan mereka2 yang menghuni syurgaNya, Amin~~

I wanna share blog post dr Nonie jua about IAW to those yg membaca dis blog post hee :)
A beautiful thursday indeed - by Adyn Adynda

Monday, March 19, 2012

Merezz 2012 ^_^

Assalamualaikum~

19.03.2012 - Today d first time in 2012 merezz banarrr.. Pagi2 round 8+ am hiking d shahbandar wif Suzi smpai 9 pondok! Pastu Swimming d Anggerek 10 round!! N den k Mall jalan2. At first kami (aku, suz n Jiah, adek suz) kn meliat wayang antu "Woman in Black" tp nda jadi sal c Suz ada klas tusyen at 6 ... or was it 7pm? >_<). Msg durg c Steve n Wadud dey couldn't join melepak cos durg ada klas n guess what?? Wat a coincidence! C Sut msg btnya wether i'm free or not. So aku apa lg menjamput ya k Mall lah meliat wyg (mcmtah Mall atu aku punya kn menjamput2 org segala XD).

Neways, ahernya ku tinggalkn c Suz hahaha! Sanddiii~ Nadalah, c Suz jalan sama adinya, Jiah, and aku jalan2 sama c Sut laa. Before dat msg c Bqah wether ya mau join mewayang or not. But turns our ari ani ramai org busy kecuali kmi XDDD. Btw, I saw "bunga Biqah" arah Trail d Shahbandar!!! When I saw d purple flower, I was so excited!! Walaupun at first ku ngaleh naik bukit aa -_-; . I tot these type of flowers arah siring jlnraya ja turns out ada jua d utan ani :DD. Hepi meliat bunganya walaupun dalam dua buting ja ku teliat huhu.

Mcm terdivert th jua cetaku ani aa huhuu. Tym d Mall, ku n Sut decided liat ceta katun "The Lorax" Movie. Wanted kn meliat ceta antu n Turns out meliat ceta katun. What a weird change of taste O_o). But I didn't regret watching it!!

The Movie is trying to make ppl be aware of what deforestation can do to the world. Air Pollution! Less Oxygen! N den it shows that greedy ppl can do stuff that actually hurts the world just for the sake of Money. Dalam Al-Quran byk kali mengatakan, jangan tamak! pastu jangan merosakkn dunia! Ahernya kn merugikn tani jua. Tapi of cos.. as u can see in this harsh reality, which not all people read and understand the content of Al-Quran yg byk mengajar, ders a lot of ppl yg menghancurkn dunia untuk mengejar kebahagiaan Duniawi saja.. Menyedihkan.. They cut down trees legally n even illegally, wifout thinking dat dey might be killing d innocent animals n might even be the cause of the extinctions of animals :(. Yth! bebalik to d Movie, bnr2 touching lah n happy ending of cos :D. For those yg "Go - Green" better watch this!

History of The Lorax:
The Lorax ani sbnrnya from a children's book written by Dr. Seuss in 1971. It chronicles the plight of the environment and the Lorax, who speaks for the trees against the greedy Once-ler. As in most Dr Seuss works, most of the creatures mentioned are original to the book. Now, ya kana released on 2nd March, 2012 which ngam2 tym 108th Bday c Seuss yg dh mati tym umurnya 87 in 1991.

Quote from the movie:
"Unless someone like you cares a whole awful lot, nothing is going to get better. it's not." Dr. Seuss.




Sebenarnya dapat di lihat realiti kehidupan masani, D Earth is too old dah.. bila tiba masanya, akan datanglah hari kiamat.. Seperti kalam Allah : -

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. (Ar-Ruum:41)

Marilah tani sama - sama bantu - membantu dalam menyelamatkan dunia yang semakin tua ini. Sama - sama "recycle, reuse and reduce". Ingatlah, di antara kemurahan Allah dan kebaikan-Nya kepada seluruh umat manusia ialah Allah telah menciptakan bumi ini dalam dua hari dan memberikan makanan di dalamnya dalam empat hari untuk sesiapa yang memerlukannya. Kita sepatutnya bersyukur dapat hidup di dunia ini dan menikmati keindahan alam serta menghayati rezeki makanan yang diberikan-Nya. Perlu di ingati lagi, Allah melarang kita untuk melakukan kerusakan di bumi:

"Dan janganlah kamu berbuat kerusakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan. "(Al-'A`raf 7:74)

Maka mengapa tidak ada di antara umat-umat sebelum kamu orang yang mempunyai keutamaan yang melarang (berbuat) kerusakan di bumi, kecuali sebagian kecil di antara orang yang telah Kami selamatkan. Dan orang-orang yang zalim hanya mementingkan kenikmatan dan kemewahan. Dan mereka adalah orang-orang yang berdosa. (Ash-Shu`ara' 26:151)

Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuatbaiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerusakan. (Al-Qasas 28:83)


Tuesday, March 13, 2012

5 Sifat Negatif Bawa Kemusnahan

Bismillahirrahmannirrahim~ 
(Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)

Berlalulah sudah bulan Februari and now almost ke pertengahan bulan March. Tak sangka masa berlari dengan pantasnya. Pejam Celik, Pejam Celik, tak lama lagi Bulan Ramadhan kan kunjung tiba :) bulan yang di nanti-nantikan. Mudah2an Allah mengurniakan kita umur yang panjang untuk menebus segala dosa - dosa yang telah di lakukan, Amin~~

Memang tidak dapat di nafikan berubah menjadi muslimah adalah satu proses yang sangat sukar.. Tambahan lagi, pergaulan bersama kawan - kawan dan keluarga kadang mampu melalaikan manusia. Semua itu hanyalah ujian semata - mata. Mampukah kita bertahan dan bersabar untuk menghadapi dugaan ini? Mampukah kita mempertahankan agama Islam di Zaman yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal? Jika sekiranya setiap cabaran itu kita hadapi dengan hati yang sabar dan berlandaskan islam, InsyaAllah, Jannahlah yang dijanjikan untuk kita :).

Untuk renungan bersama, petikan ini di ambil daripada salah satu majalah yang sangat bermanfaat untuk Muslimin dan Muslimat. Bacalah dan semoga petikan ini dapat memberi manfaat kepada si pembaca. Amin~

5 Sifat - Sifat Negatif yang membawa Kemusnahan:-

1. Terlalu Cintakan Dunia
Sifat ini bukan sahaja dianggap satu maksiat besar, tetapi juga yang melahirkan maksiat-maksiat lain. Sabda Rasulullah S.A.W : "Mencintakan dunia itu adalah pokok segala kesalahan." 

'Dunia' yang dimaksudkan di sini ialah kehidupan dunia yang tidak dikaitkan dengan urusan akhirat, sebaliknya hanya memuaskan hawa nafsu dan syahwat. Contohnya, gilakan kuasa, status, kedudukan, gelaran, pengaruh dan sebagainya. Bagaimanapun, tidaklah menjadi kesalahan jika kita cintakan 'dunia' seperti ilmu, amal kebajikan malah keperluan-keperluan kehidupan lain yang disalurkan ke arah memberi manfaat kepada kehidupan di dunia dan akhirat. 

Secara terperinci, 'dunia' dijelaskan dalam surah Ali Imran: "Dijadikan pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu; wanita, anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga)."

2. Terlalu Cintakan Kekayaan
Secara fitrah, manusia memang mencintakan kesenangan hidup atau kekayaan. sifat terlalu cintakan kekayaan bagaimanapun, akan menjauhkan seseorang daripada berbuat baik dan berakhlak mulia. Malah dia akan cenderung melakukan kemaksiatan seperti menipu, menindas, berbohong dan sebagainya. Seorang yang terlalu cintakan kekayaan boleh melakukan kemaksiatan tanpa had!

3. Kedekut
Daripada sifat terlalu cintakan kekayaan, timbul juga sifat kedekut. Harta yang diperolehi tidak dibelanjakan kepada yang hak atau disimpan sehingga tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa, hatta pemiliknya. 

Sabda Rasulullah S.A.W; "Orang yang dermawan itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia, dekat dengan syurga, tetapi jauh dari neraka. Manakala orang yang kikir itu jauh dari Allah, jauh dari manusia sekalian, jauh dari syurga, tetapi dekat dengan neraka. Orang jahil yang dermawan lebih dicintai allah daripada orang alim yang kikir. Ingatlah penyakit yang paling parah sekali ialah kikir."

4. Terlalu Cintakan Pengaruh
Sifat terlalu cintakan pengaruh boleh membawa kemusnahan yang lebih besar berbanding sifat terlalu cintakan kekayaan. Pengaruh bermaksud membina status seseorang dalam fikiran orang lain agar mereka memandang tinggi, mematuhi dan tunduk sehingga mereka boleh digunakan untuk kepentingan dirinya. Ini boleh dicapai apabila orang percaya bahawa dia mempunyai kualiti sempurna, walaupun itu tidak semestinya benar. Contohnya orang itu dikatakan berilmu tinggi, alim, baik, segak, kuat dan pelbagai ciri kesempurnaan yang membolehkannya mempengaruhi orang lain. Sifat ini bukan sahaja membawa kemusnahan kepada dirinya kerana tidak boleh dikritik tetapi juga mengheret mereka yang dipengaruhi ke lembah kehancuran juga.

5. Angkuh
Jika seseorang merasakan dirinya hebat dan orang lain juga sama atau lebih hebat daripadanya, maka dia tidak dianggap angkuh. begitu juga jika dia menganggap orang lain keji, dan dia juga sama keji atau lebih keji lagi. keangkuhan timbul apabila seseorang berasa dirinya bernilai, begitu juga orang lain, tetapi nilainya lebih tinggi lagi. Perasaan begini akan membuat dia berasa gembira, dirinya lebih hebat, dan orang lain hina, serta melahirkan perlakuan-perlakuan yang angkuh. Sifat buruk ini boleh timbul dari perasaan bangga dengan keturunan, kecantikan diri, kekuatan tubuh, kekayaan serta ramai pengikut, kawan dan saudara mara.

Monday, March 12, 2012

10 Pesanan Imam Hasan Al-Basri




Imam Hasan Al-Basri, seorang ulama terkemuka dalam peradaban Islam. Beliau di lahirkan di Madinah sewaktu Zaman Pemerintahan Umar Al-Khattab pada tahun 21 Hijrah atau 642 Masihi, dan pernah berguru dengan beberapa sahabat Nabi S.A.W. Ulama hebat ini meninggal dunia dalam usia 89 Tahun di Basrah, Iraq, pada hari Jumaat, 5 Rejab 110 Hijrah (728 Masihi). Sepanjang hayatnya banyak pesanan beliau yang boleh ditatap dan dijadikan renungan. Antaranya:

1. Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh, kerana aku juga pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku akan sedikitlah orang yang memberi peringatan.

2. Sesiapa yang banyak bercakap, akan banyaklah pembohongannya. Mereka yang banyak hartanya nescaya banyak dosanya. Orang yang buruk tingkah lakunya akan menyeksa diri sendiri.

3. Allah menjadikan pemimpin yang adil sebagai penolong mereka yang dianiaya, membuat pembaharuan pada kerosakan, menjadi kekuatan pada orang yang lemah, pembela buat mereka yang di zalimi, dan penghibur bagi yang berduka.

4. Siapa yang mengenal Tuhannya, dia akan mencintai-nya. Siapa yang mengenal dunia, dia akan dikuasai oleh kemewahan dunia. Bagaimanapun orang mukmin tidak akan bermain-main dengan dunia sehingga dia lalai. Dan, apabila dia bertakafur, hatinya sedih.

5. Apabila kamu tergelincir, kembalilah, apabila kamu menyesali sesuatu, jangan di ulangi, apabila kamu tidak tahu, bertanya, dan apabila kamu marah, maka tahanlah kemarahanmu.

6. Perasaan takut sehingga tenteram lebih baik daripada perasaan tenteram yang kemudian menimbulkan rasa takut.

7. Banyak berduka lebih mendekatkan diri untuk beramal soleh.

8. Baik atau buruk seseorang itu bergantung pada hatinya. Andai hatinya bersih, tercermin pada perbuatannya. Andai hatinya kotor, terpapar pada perlakuannya.

9. Tiada saat indah bagi seorang mukmin melainkan saat bertemu dengan Allah. Kematian adalah detik yang amat menggembirakan, menyenangkan, membahagiakan, membanggakan dan luhur.

10. Mati itu membuka kekurangan duni. Kerana itulah ia tidak meninggalkan orang berakal akan kegembiraan.

Thursday, March 1, 2012

Taklimat Relief

01.03.2012 - What a busy day, today -_-; ... Ahaaa! Jus kidding! >_<). Early in the morning, went to hospital with mummy n daddy, bought veggies in Pasar Burong n lastly shopping at Soon Lee! Did it end there? No! Afternoon.. went to BPL n then barutah balik rumah makan2.. Not until my stomach growling bruth i realised dat it was empty all this time! Hmm.. I wonder was it because of my forgetfulness dat i forgot to eat? Or... is it becos.. my natural sense of 'filling fuels into d almost - empty tank' is receeding? Whatever the reason is, I need to make sure that my eating schedule is fix.

Anyway, while i was driving along gadong area.. I was thinking.. What a nice day today :). Feel so blessed by Allah ^_^) Alhamdulillah~~ The sky is so blue, with cotton candy-like clouds and birds were soaring through the sky, free of disturbance. I smiled at none but the beautiful view. (^_____^). Allahuakbar! This is the world you created and in it live millions n zillions of life, who else to thank if not for Allah who created this. Thank you Allah for giving me the chance to live in this world. "Semoga kami kembali di sisimu dalam keadaan yang soleh dan solehah serta terhapus segala dosa, Amin~~".

Mr Brown - Caramel Macchiato
Mango Pudding

Tengok tu! Soddaappp~~ of cos the pictures taken from google sal malas kn mengambar td hee. But but, the combination of both sungguh menjilat jari~ Nanti th mencuba resepi Mango pudding ^o^). Menikmati hidangan wif mama n sisters d dapur td, syokk.. Nikmat Dunia :).

Anyway, Kemarin tym leap date, 29.02.2012 ku dtg taklimat relief. The taklimat was refreshing n inspiring. Kata cikgu sana, "If kamu nda mau n nda sanggup, boleh kamu reject this offer. Kami inda kn memblacklist kamu" "Just remember, tani mengajar ani demi Allah. Lillahi Ta'ala"... They were saying that some of relief teachers nda besyukur dpt d job n dey even complained about elaun bth kuar n so on. Aku tak menafikan dat i was also one of the graduates yg ikut emotional bila elaun guru relief aher keluar even though i wasn't a relief teacher. I felt the pain n sorrow of relief teachers when they couldn't get a permanent teaching job eventhough they have taught for 3 years or more. Tapi after months of thinking... we shouldn't be like that..

Setiap kerja harus di lakukan dengan ikhlas. I should be training myself to love the job even if it pays less. Being a teacher ani taught me a lot of things.. To be patient, calm at handling student, dedicated to ur job and most important of all, trust students will do better no matter how bad they started! Believe that students can do better if we, teachers, put efforts in making them feel loved n cared! Walaupun the student was labelled as "trouble-maker" tapi we must do our best spaya dat nickname inda mengaffect the way we treat them. Susah kn buat catu? True~ Ingat Allah! Demi Allah! Setiap kebaikan di balas dengan kebaikan n more, setiap kejahatan akan di balas dengan kejahatan yang setimpalnya. So be good to ur students n insyaAllah, u'll be rewarded wif good things eg. students dpt good results! Isn't dat wat we, teachers, should aim for? All this talk is just a reminder for myself. Ganbatte Nad! InsyaAllah i can do this! InsyaAllah I can work without much complain n demi Allah!! Ganbatte!!!