Allah S.W.T berfirman dalam surah az-Zukhruf, ayat 67 yang bermaksud: "Pada hari itu sahabat - sahabat karib sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang - orang yang persahabatannya berdasarkan tawqa (iman dan soleh).."
Justeru itu, kita sendiri hendaklah menjadi sahabat yang baik kepada rakan - rakan kita, dan berharap mereka juga benar - benar jujur dan ikhlas untuk berkawan dengan kita.
Berikut ada beberapa tips sebagai panduan untuk kita amalkan dalam bersahabat:
Petikan majalah iman - Sumber: Ukhuwah Islamiah (Dr. Abdullah Nasir Ulwan)

1. Memberitahunya bahawa kita kasih dan suka kepadanya.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya." (HR Abu Daud).
2. Apabila berpisah dengan sahabat maka hendaklah kita mendoakan sahabat kita tanpa pengetahuannya.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya," (HR Muslim).
3. Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria." (HR Muslim).
4. Segera bersalaman ketika bertemu.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud).
5. Sentiasa menziarahi sahabat kita.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan bertambah kasih sayang antara kamu."
6. Memberi hadiah.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang." (HR Thabrani).
7. Membantu sahabat - sahabat dalam kesusahan.
Rasulullah S.A.W. bersabda: "Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama dua bulan." (HR Hakim).

No comments:
Post a Comment