Sunday, August 10, 2014

SERULAH KEPADA KEBAIKAN







بسم الله الرحمن الرحيم 

Segala puji-pujian hanya bagi Allah S.W.T, Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Selawat dan Salam buat junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W, kaum kerabat dan sahabat2 baginda serta para solehin yang terdahulu. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat untuk kita dan semua kaum muslimin dan muslimat sejagat. Allahumma Ameen..

Bertemankan cadbury chocolate drink dan komputer riba yang sering menjadi mangsa pencetus idea, jari jemari semakin pantas menekan keyboard. Apakah yang mengerakkan hati kecil ini untuk kembali semula ke blog yang telah lama di tinggalkan? Setentunya Allah S.W.T, Pencipta sekalian umat, Pemberi Ilmu dan Ilham, Pemberi Hidayah dan Petunjuk serta Yang Maha Kuasa atas segala ketentuan dan takdir. Alhamdulillah, Allah berikan peluang untuk saya mengongsikan sedikit ilmu dan pengalaman yang telah berputar di sekeliling kehidupan saya. Dan Alhamdulillah, Allah telah takdirkan untuk kamu membaca blog ini yang mudah - mudahan dapat memberikan manfaat buat semua termasuk saya sendiri. Semoga tulisan ini membuka minda dan mengerakkan hati pembaca dan semoga kita sama - sama bermuhasabah diri dalam pencarian menuju Redha Allah. 

"Ya Allah, Ya Tuhan kami yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Kurniakanlah kami kebaikan di Dunia dan di Akhirat,

Jauhkanlah kami daripada Api Neraka,

dan Masukkanlah kami dalam golongan hamba-hambaMu yang menghuni syurgaMu

dan yang mendapat Redha KeampunanMu

serta mendapat zuriat keturunan yang soleh dan solehah" 

Aamiin ya robbal alamiin...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

SERULAH KEPADA KEBAIKAN

Daripada Anas r.a., dia berkata : Kami bertanya, 

"Ya Rasulullah, kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan kami tidak akan mencegah kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran."

Maka Nabi S.A.W bersabda, 

"Tidak, bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya, dan cegahlah daripada kemungkaran, meskipun kalian belum meninggalkan semuanya."

(Riwayat Tabarani)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Pernah tak terlintas dalam fikiran bahawa diri terlalu banyak berdosa dan tak layak untuk menegur?
Pernah tak terasa janggal untuk menegur orang berbuat baik kerana diri terasa hina?
Pernah tak terasa nak menegur namun terpaksa berdiam kerana teringat akan situasi sendiri?
Pernah, pernah dan pernah!

Jujur saya katakan, itulah yang saya rasakan sebelum saya membuat keputusan untuk meneruskan perjuangan baik ini. Iaitu misi menyebarkan ilmu kefahaman Islam buat "Meraih cinta yang Hakiki"...

Diri sendiri bukanlah orang alim ulama, layakkah saya membawa hadith dalam nasihat - nasihat saya?
Diri sendiri belum cukup faham dengan Islam, layakkah saya untuk memberi ilmu yang sedikit ini?
Diri sendiri belum cukup bertaubat, layakkah saya untuk menegur orang supaya bertaubat?
Diri sendiri belum cukup iman, layakkah saya untuk memberi nasihat tentang iman?
Dan bermacam - macam persoalan tentang "KELAYAKKAN" yang bermain dalam fikiran. 
LAYAKKAH SAYA?

ALLAH Dengar. ALLAH Faham. ALLAH Tahu. Kita DOA & PINTA. ALLAH Beri Jawapan.

Walaupun soalan itu tidak pernah saya suarakan secara zahir dengan mendalam kepada siapa - siapa.
Namun jawapannya ternyata sudah ada di depan mata. 

HARI RAYA bersama AN-NISAA telah memberikan jawapan yang sangat jelas untuk saya :')

Ana July a.k.a Nyut2 telah menghadiahkan buku yang berjudul "PUJUKLAH HATI - by BONDA NUR". Sebuah buku motivasi yang banyak bercerita tentang hati. Hati yang memang diketahui sangat susah untuk dikendalikan. 

Hati...
Mudah Merajuk
Mudah Marah
Mudah Sedih
Mudah Kecewa
Mudah Gembira
Mudah Terharu
Hati..
Menjadi pengukur diri sendiri..
Orang lain tidak mengetahui..
Namun sendiri tahu akan rahsia diri..
Dimana kah letaknya Allah dalam hati?
Sejauh manakah perjalanan kita untuk Akhirat nanti?
Bersediakah kita untuk mati?
Semuanya boleh di cari...
di dalam Hati...

Hati...
Berhati - hatilah dengan hati...
Pujuklah hati..
Untuk kembali...
Ke jalan Taubat pada Ilahi..
Ke jalan yang lebih di Redhai...
Pujuklah hati...

Bicara ilmiah bersama AN-NISAA membuka minda yang setelah sekian lama tertutup. Sungguh.. sedih rasanya apabila menyedari betapa ruginya masa dipersiakan kerana sering memikirkan soal "LAYAK". 

Pembaca dan Sahabatku, Silalah buang ke tepi persoalan "LAYAK" itu 
dan terapkan dalam minda untuk sentiasa berjuang DEMI ALLAH. 
Sentiasa MENYERU KEPADA KEBAIKAN walaupun kita 
bukan Ustazah atau Ustaz atau yang berkelulusan doktor 
atau bukan yang berkelulusan tinggi atau bukan yang kaya 
atau berpangkat Kaunsellor. 
Tepis ketepi semua perkara - perkara yang membolehkan kita "menelan liur" daripada menasihati. 
Sebarkanlah... 
Yang baik - baik di sebarkan, yang jahat - jahat di tegah. 

Jika kita hendak mengira kelayakkan dan hanya alim ulama sahaja yang boleh menyebarkan, maka berapa ramaikah alim ulama di dalam dunia ini yang mampu menyebarkan keindahan islam? Jika kita hendak tunggu hingga kita mempunyai kelulusan Ijazah bahagian Agama maka sampai bilakah hendak menyimpan ilmu dan kedekut untuk berkongsi ilmu?

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W sabdanya

"Sesiapa yang ditanyakan kepadanya mengenai sesuatu ilmu (agama) lalu ia meyembunyikannya nescaya Allah mengekang mulutnya dengan kekang dari Api Neraka pada Hari Qiamat kelak" 

(Riwayat Abu Daud dan Termizi)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Hadith tersebut menerangkan akan balasan yang buruk buat mereka - mereka yang menyembunyikan ilmu Agama. 

Memang tidak dapat dinafikan kadang terlintas dalam fikiran, bukan tidak mahu menyampaikan namun ilmu terlalu sedikit. Belum cukup bersedia untuk memperbincangkan soal agama kerana takut di soal lebih lanjut oleh yang mendengar. Wahai sahabatku, renungkanlah hadith di bawah..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Dari Abu Bakrah r.a., dari Nabi S.A.W sabdanya

"Hendaklah orang yang hadir (mendengar hadis ku) menyampaikannya kepada orang - orang tidak hadir kerana sesungguhnya diharap orang yang disampaikan hadis itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham daripada yang menyampaikannya" 

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Menyampaikan ilmu Agama adalah menjadi tugas kepada sesiapa yang mengetahui. Dan boleh jadi orang yang mendengar akan ilmu itu lebih faham lagi mengenai ilmu yang kita sampaikan. Maka terjadilah situasi "Win-Win", Kita memberi ilmu, kemudian perbincangan tentang ilmu akan memperkembangluaskan lagi ilmu kita. Daripada menyimpan ilmu yang akan membolehkan kita terlupa kerana tidak di amalkan atau tidak di sebut - sebut.

Ruginya sahabat - sahabat islam yang lupa tentang islam yang sering mementingkan persahabatan dan persatuan "Cintailah saudara - saudaramu sepertimana engkau menyintai dirimu".
Jika benar kamu cinta akan Allah, Rasul2 Allah dan Islam maka serulah sekalian umat untuk kebaikan.

Jangan hanya mementingkan diri sendiri untuk berusaha menjadi baik sedang saudara sekeliling masih di dalam lumpur. Kejamnya kita. Begitukah ajaran Islam? Membiarkan mereka menempah Neraka?
Tidak! Tidak sama Sekali!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W sabdanya

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak orang - orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala - pahala mereka dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang - orang yang menurutnya dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa - dosa mereka" 

(Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Lihatlah betapa Allah Maha Pemurah. Dengan hanya menyeru kepada kebaikan kita boleh mendapat pahala. Dengan hanya niat yang baik kita boleh mendapat pahala. Dengan hanya amalan yang sedikit dan berterusan kita boleh mendapat keampunanNya maka tidakkah itu mengerakkan hati kita untuk berusaha lebih gigih lagi demi cintaNya? Jika kita tidak mampu untuk bersolat sunat tahajjud setiap malam, membaca Al-Quran 30 juz setiap hari, berdzikir 1000 kali setiap malam. Tidak mengapa! Sedikit demi Sedikit. Mula lah dengan menyeru kepada kebaikan.

Ingat! Seru kepada kebaikan dan coba untuk perbaiki diri!
Tidak mengapa jika ketika menyeru kita masih terkapai - kapai.
Tidak salah jika ketika kita menyeru kita masih berbuat dosa
Setiap manusia tidak akan lari daripada membuat dosa
Maka sertailah dengan Istighfar setiap kali terjerumus dalam lembah dosa

Bukan bermaksud membenarkan semua untuk menyeru kepada kebaikan dan membiarkan diri sendiri membuat dosa yang berterusan. Tentu sahaja teguran dan seruan yang kita berikan itu bukan hanya untuk orang lain tetapi untuk kita sendiri jugak.
Seru dan Usaha sendiri!
Jangan biarkan diri menyeru membuta tuli...
Jangan biarkan diri menyeru tanpa memperbaiki diri...

Serulah sahabatku...
Serulah yang engkau cintai kepada kebaikan..
Jika benar engkau cinta, jangan tendang dia ke neraka
Jika benar engkau cinta, pimpinlah dia ke syurga
Jika benar engkau cinta, jangan terusan membiarkan dia berdosa
Jika benar engkau cinta, jangan biarkan dia hanyut dalam alam maya
Berpijaklah di dunia nyata..
yang mana akhirat nanti akan tetap menjadi rumah kita.

Akhir kata, Alhamdulillah... Tulisan Bonda Nur telah banyak memberi pengajaran buat saya. Semoga di berikan kesempatan untuk bertemu penulis yang telah membuka mata hati dan membuatkan hati keras ini terharu menghayati nukilan jiwanya sendiri. Alhamdulillah.... Kisah persahabatan bersama AN-NISAA memang sentiasa menjadi motivasi dan inspirasi hidup ini. insya ALLAH.. Mudah-Mudahan ukhwah ini akan diberkati dan dirahmati ALLAH selalu serta Mudah - Mudahan kami akan sentiasa bersama di JANNAH nanti. AAMEEN.. :')
Thank you Nonie, Zira & Nyut2 for always being there to support me with touching words, motivations, wise words as well as for sharing happiness and sadness together. Betullah kata pepatah "Bersatu kita Teguh, Bercerai kita Roboh". Uhibbuki Fillah :)

- THALIBAH NAZAHAH -


No comments: