Tuesday, October 15, 2013

BIAR....


BIAR



“Biar aku berbicara denganmu tanpa  suara dari kejauhan dulu..
Biar aku menjagamu tanpa menjagamu..
Biar aku memerhatimu tanpa memerhatimu..
Biar aku biarkanmu terbang bebas dulu sebelum aku jumpa kamu dan kamu jumpa aku..
Biar kamu tahu nanti jika benar semua biarku ini mampu membawa kamu bertemu aku,itu ‘sesuatu’ yang datangnya dari yang Maha Tahu..

Biar aku membelaimu dengan sentuhan doa dulu kerana bagiku itulah satu-satunya telefon hatiku yang menghubungkan aku dengan Dia & kamu walaupun yang bersuara hanya aku..
Biarkan aku dengan biarku kerana walau dalam biar,aku tetap jaga & ‘sedar’ dengan semua Qada’ & Qadar..” 

- Dr.Anwar Fazal Abu Bakar -

Pada yang belum berjumpa, jangan putus asa dan jangan pernah putus doa. Buat mereka yang sudah ada yang 'berkenan', sapalah dia dengan cara yang betul & jika dia bersetuju, teruslah disapa walinya. Jangan tunggu lama - lama, mahu bercinta dulu kononnya. Jaga - jaga. Nikmat selepas perkahwinan tak akan dirasa sepenuhnya jika kamu sudah tahu & alami semua sebelumnya. Yang rahsia itu yang buat kamu nanti teruja. 

Untuk semua yang mengagumi & meminati 'dia' dari jauh, harap untuk sentiasa menjaga diri dan hubungan dengan Allah. Semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik. Yang dengannya mendapat kebahagiaan dunia & akhirat Aamiin...

1 comment:

Steve said...

Alhamdulillah...

I'm proud of you. I'm proud of what you've become. You're in good hands.

Be yourself. Keep smiling.

Semoga Allah membalas segala kebaikan mu terhadap ku.