Saturday, October 12, 2013

Kerja yang Mencabar "Guru"

Bismillahhirrahmannirrahim..

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.. 

Segala puji-pujian hanya bg Allah, Tuhan yang satu, yang Maha Mengasihani dan Maha Menyayangi. Selawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Semoga Allah sentiasa memberkati kita dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan dan semoga niat kita semuanya dilakukan demi Allah dan demi mendapatkan redha serta ampunan-Nya aamiin.. 

Guru, pekerjaan yang di pilih bagi segelintir masyarakat di dunia. Pekerjaan mulia yang dengannya jika di lakukan dengan baik dan penuh dedikasi akan menjadi penyelamat ketika di akhirat nanti, insya Allah.. Bukanlah saya bermaksud untuk mengatakan bahawa pekerjaan lain tidak mulia. Bahkan Semua pekerjaan yang halal adalah mulia di sisi Allah asalkan niat di hati demi Allah.  

Sebelum menghuraikan dengan lebih lanjut tentang pekerjaan seorang guru adalah lebih baik saya menghuraikan dengan ringkas tentang "Kerja sebagai Ibadah". Mungkin sesetengah orang Islam menganggap bahawa ibadah adalah solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, naik haji, berselawat dan bertahlil sahaja. Sedangkan pada hakikatnya, pekerjaan seharian kita juga termasuk dalam kategori ibadah. 

Di dalam Al-Quran sendiri mengatakan bahawa umat islam di nasihatkan untuk bekerja dan sentiasa ingat akan Allah.

Surah Al Jumuah, ayat 10 bermaksud:
"Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing - masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak - banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)."

Pengertian 'kerja sebagai ibadah':-
"Tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah"

Walau dengan hanya menyapu sampah diluar rumah demi kebersihan dan niat kerana Allah (Sabda Rasulullah S.A.W, "Kebersihan itu adalah separuh daripada iman") adalah dikira ibadah juga apatah lagi kerja kita baik sebagai guru atau polis atau askar atau pembantu rumah dan lain - lain lagi. 

Berikut adalah ciri - ciri kerja yang di anggap ibadah:

1) Niat kerana Allah

2) Berteraskan iman dan taqwa

3)Tidak meninggalkan yang wajib

4) Bekerja untuk keperluan diri. 
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud "Jika seseorang di antara kamu pada tengahari mengambil kayu di belakangnya, sehingga dia dapat bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta - minta maka yang demikian adalah lebih  baik baginya dari meminta - minta kepada orang lain sama ada diberi atau tidak kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah, mulailah daripada yang terdekat"

5) Bekerja untuk keperluan keluarga. 
Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah sangat cintakan kepada orang mukmin yang bekerja"

6) Bekerja untuk keperluan masyarakat. Seperti yang di ketahui, tidak semua manusia mahir dalam setiap bidang, Atas sebab itu, kemahiran individu dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat (fardhu kifayah) sebagaimana Firman Allah yang bermaksud, "Bertanyalah pada orang yang lebih tahu jika kamu tidak mengetahui".

7) Bekerja untuk memakmurkan bumi Allah. Pekerjaan yang kita lakukan mempunyai hubung kait yang rapat dengan unsur kehidupan manusia di dunia selain memelihara segala nikmat Allah yang dikurniakan di muka bumi ini.

Berbalik kepada tajuk sebenar, marilah kita sama - sama menghayati pekerjaan yang mencabar sebagai seorang guru. Mengajar sangat senang tetapi membuatkan students faham sangatlah challenging (mencabar). Di tambah lagi dengan karenah students yang suka menangguh kerja sekolah dan kerja rumah serta karenah students yang suka menganggu kelas. 

Kesabaran dan keprihatinan terhadap students adalah sangat - sangat di titikberatkan. Sabar dengan karenah students yang kadang tidak hormat dengan guru dan sabar dengan karenah ibu bapa yang sering menyalahkan guru jika anak mereka tidak dapat markah yang tinggi ketika peperiksaan. 

Kajian mengatakan bahawa kebanyakkan orang - orang yang menghidap penyakit darah tinggi terdiri daripada guru - guru. Ini disebabkan oleh bebanan kerja yang bukan sahaja membuat lesson plan, alat bantu mengajar malahan admin work serta melayan karenah pelajar - pelajar yang ramainya mencecah 100+ orang. Ibu yang mempunyai tiga orang anak kadang merasakan sangat susah untuk menjaga, sedang  seorang guru yang menjaga beratus - ratus anak murid tentu sahaja merasa beban dan tanggungjawab yang sangat berat. 

Jika saya hendak menghuraikan apakah kerja - kerja seorang guru memang boleh jadi satu buku. Yang penting mendidik anak menjadi seorang yang berguna dan berilmu terlalu banyak halangan dan ujian malah ramai yang menganggap pekerjaan sebagai guru tidak berbaloi dengan gaji yang rendah. Kenapalah manusia suka memikirkan tentang ganjaran dunia sedang di akhirat nanti duit dan harta tidak akan dapat menolong kita. Terlalu senang dengan bahagia dunia sehingga lupa yang ganjaran akhirat lebih berguna.

Demi untuk menyemarakkan semangat juang para guru - guru, ingatlah selalu akan hadith di bawah ini:-

"Setiap amal akan putus apabila seseorang meninggalkan dunia kecuali doa anak yang soleh, harta yang diwakafkan dan ilmu yang di ajarkan"

Andai semua guru ingat bahawa amal yang takkan putus ialah ilmu yang bermanfaat yang di ajarkan kepada murid - murid mungkin ramai guru - guru akan berlumba - lumba membuat yang terbaik demi Allah. Dengan menitipkan di dalam hati bahawa segala pekerjaan di buat untuk keampunan Allah in shaa Allah pekerjaan mencabar sebagai seorang guru boleh dipikul. Ingat "Selepas kesusahan pasti akan di susul dengan kesenangan", bersusah - susah dahulu bersenang - senang kemudian.

Akhir kata dari saya, terima kasih kepada Guru - guru yang telah banyak mengajar erti kehidupan kepada saya. Jasamu akan tetap di kenang, semoga Allah sentiasa melindungi & memberi Rahmat kepada guru - guru Aamiin ya robbal Alamiin.. 

"We use Numbers in measurements of time, length, weight, speed, height and many more. But I can never use Numbers in measuring the kindness, knowledge & effort that my Teachers put in for me. Thank you Teacher, you are the best" (Nad, 2013)




No comments: