Monday, October 7, 2013

Kaifa Iman?

Bismillahirrahman nirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullah hi wobarokatuh..

Ya ukhti, ya Akhi.. Kaifa Iman.. (^_^). Apabila blog telah lama ditinggalkan kini persoalan iman di ajukan. Telah lama saya ingin mengarang sesuatu namun ilham dan masa tidak bertemu. Kadang keinginan untuk mengemas kinikan blog di halang dek kesibukan yang kunjung tiba. Now, terfikir pulak.. Kerja takkan pernah habis dan sayalah yang sepatutnya mencari masa untuk membuka kembali ruang untuk berfikir... ruang untuk bernafas.. dan ruang untuk muhasabah diri sendiri. Semoga post ini akan memberikan manfaat kepada semua Aamiin.. 

Pertama - tama, persoalan yang perlu di ajukan buat kita semua, buat kawan - kawan, saudara jauh & dekat serta orang sekeliling adalah keteguhan iman di dada. Apakah yang telah terjadi dengan iman kita selama masa berlalu? Adakah diri semakin ingat padaNya? Adakah diri terasa semakin dekat denganNya? Adakah hari - hari di penuhi dengan rasa syukur terhadap kurniaanNya atau dipenuhi dengan kesedihan terhadap hidup yang semakin susah di hadapi? Adakah terlihat akan kebaikan orang sekeliling ataupun terasa akan kezaliman manusia sekeliling? Adakah diri semakin hari semakin positif? Begitulah cara.. untuk mempersoalkan tentang iman di dada. Semakin meningkat? Seperti biasa? atau Semakin turun? 

Cara untuk kita mengenal diri adalah dengan mengenal tahap keimanan kita. Semak balik sejauh mana kita sudah melangkah. Ingat, kebahagiaan hidup bukan terletak pada status, kerjaya & harta sebaliknya pada kebahagiaan rohani.. yang terbitnya dari hati yang sering mengingati Allah. percayalah.. hati lebih tenteram dengan zikrullah :)

Apakah dia tahap keimanan? dan bagaimanakah caranya untuk kita mengetahui kita berada di tahap yang mana satu? 

5 tahap keimanan:-
1) Iman Taqlid

  • Iman 'pak turut'.
  • pegangan Islamnya tidak kuat dan prinsip Islamnya tidak kukuh.
  • Dia tidak ada alasan yang kuat mengapa dia beriman.
  • Dia ada dalil-dalil akal dan Al-Quran/as-Sunnah untuk membuktikan keyakinannya.
  • Mengikut qaul yang lebih jelas,Iman Taqlid ini tidak sah.Segala amal ibadat orang yang beriman Taqlid adalah tertolak dan tidak mendapat pahala di sisi Allah Taala.


2) Iman Ilmu

  • Iman berdasarkan Ilmu.
  • Iaitu seorang yang telah mempelajari tentang Allah,Malaikat2,Rasul2 dan Nabi,Kitab2,hari Qiamat dan lain-lain yang diwajibkan mengimaninya.
  • Iman dan keyakinannya berasa dan kuat bertunjang pada akal.
  • Iqtikadnya disertai dengan dalil-dalil yang kuat serta pegangan yang kukuh.
  • Dia tidak mudah goyang atau terpengaruh dengan ideologi lain.
  • Tetapi orang yang beriman Ilmu,tidak takut akan Allah Taala dan mudah berbuat derhaka kepada-Nya.
  • Mereka juga hanya mampu memperkatakan Islam,tetapi tidak mampu berbuat atau mengamalkannya.jadi,Iman Ilmu belum lagi dapat menyelamatkan seseorang itu dari neraka Allah.


3) Iman 'Ayyan

  • Hasil daripada tarbiyah dan mujahadah yang bersungguh-sungguh orang yang beriman 
  • Ilmu akan meningkat kepada Iman 'Ayyan.
  • Imannya bertempat di hati,bukan lagi di fikiran.
  • Hati orang-orang yang beriman 'Ayyan sentiasa mengingati Allah, ibadahnya khusyu' dan ia sentiasa merasa kebesaran Allah Taala.
  • Pabila disebut nama Allah, gementar hatinya.
  • Semua perintah Allah Taala dipatuhi dengan penuh rela dan kesungguhan.
  • Ia terlalu sensitif dengan dosa serta sangat berakhlak dengan Allah dan manusia.
  • Setiap ujian dihadapi dengan penuh sabar.
  • Ia juga sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Taala.
  • Orang yang berada di peringkat Iman 'Ayyan tidak lama dihisab di Akhirat dan ia mudah masuk Syurga.


4) Iman Haq

  • Seseorang yang mencapai Iman Haq,mata hatinya melihat Allah Taala.
  • Ertinya setiap kali melihat kejadian dan kebesaran Allah Taala,hati dan fikirannya tertumpu kepada Allah.
  • terasa takut dan hebat kepada Allah setiap masa.
  • Hatinya tidak lekang mengingati Allah dan sentiasa karam serta khusyu' dalam kesyahduan cinta pada Rabb.
  • Hatinya tidak terpaut dengan dunia dan ia tidak dapat dilalaikan oleh nafsu mahupun Iblis laknatullah.
  • Mereka yang beriman 'Ayyan digelar Muqarrobin oleh Allah Taala,yakni orang yang hampir dengan-Nya.


5) Iman Hakikat

  • Inilah peringkat iman yang paling sempurna dan tertinggi yang dimiliki oleh Rasul2, Nabi2,khulafa' ar-Rasyideen serta wali-wali besar.
  • Mereka akan ditempatkan oleh Allah Taala di dalam Syurga yang paling tinggi.
  • Hidup mereka setiap masa asyik dangan ibadah.
  • Ibadah mereka cukup hebat, solat sunat paling kurang 300 rakaat sehari semalam.
  • Budi serta akhlak adalah yang terbaik dan paling terpuji.
  • Allah Taala akan menurunkan barakah di mana sahaja mereka berada.
  • Mereka digelar golongan 'superscale' Akhirat.Hidup dalam Syurga yang maha Indah lagi maha lazat.Allah mengurniakan yang sedemikian itu sebagai membalas cinta dan pengorbanan hakiki yang cukup besar semata-mata kerana Allah !

Di manakah tahap keimanan kita ?Sama-samalah kita sentiasa memuhasabah diri serta mempertingkatkan keimanan kita dengan mengerjakan amalan kebaikan dengan bersungguh-sungguh,iltizam dan istiqomah.Berbahagialah dengan berita gembira dari Allah Taala dalam surah Ali Imran, ayat 139 :

Maksud :Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah(pula) kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.




Keteguhan hati, Kesabaran Jiwa terbitnya kerana iman..
Ketaatan, Ketakwaan terhadap Allah S.W.T..
Doa yang tidak henti - henti..
Istiqomah dengan amalan yang mengharapkan keampunan Allah S.W.T
Cinta yang berputik terhadap Pencipta yang Maha Pengasih lg Maha Penyayang..
Syurga yang di impikan.. Neraka yang ditakuti..
Begitulah fikiran seorang hamba yang ingin dekat denganNya..

Ketakutan pada ajal yang tidak diketahui akan tibanya..
Ketakutan pada seksa Allah S.W.T atas dosa yang dikerjakan..
Senyum apabila teringat janji Allah yang kita mampu menjadi bidadari syurga..
Gembira mendengar berita indah dari kalam Allah..
Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah.. 
Kami memohon agar diri sentiasa di berikan hidayah & petunjuk yang lurus..

Ya Allah, Dzat yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 
Aamiin ya robbal Alamiin.. 

Jika hati semakin rasa gelisah dengan dunia, muhasabah diri sendiri. Selak semula iman di hati. Di sanalah yang dapat mengubah segala - galanya.. 

Di akhiri dengan Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Robbana aatina fiddunya hasanah. wa fil akhirati hasanah waqina azabannar. wassalallahu 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wasallim. walhamdulillah hi robbil alamiin.. 

1 comment:

zazelnachbar said...

BetMGM - Casino & Hotel - Jackson, OK Hotel
Book your stay at the 제이티엠허브출장안마 BetMGM Casino & Hotel in 아산 출장샵 Jackson, OK with JT-R & JT 인천광역 출장샵 Marriott, a premier Integrated Entertainment Resort & 전주 출장마사지 Casino 포항 출장마사지 located in the beautiful