Friday, April 27, 2012

Antara Sifat - Sifat Nabi Muhammad

Sebenarnya amat banyak sifat - sifat mulia yang dimiliki Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wasallam yang perlu kita contohi agar kehidupan kita memperoleh kejayaan, kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Antaranya ialah seperti berikut:- 

1) Berjalan dengan sopan.

2) Kaya Jiwa.

"Bukanlah kekayaan itu disebabkan kaya harta benda, tetapi kekayaan yang sejati ialah kaya jiwa."
(Riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Turmuzi dan Ibnu majah daripada Abu Hurairah)

3) Memuliakan tetamu

4) Sentiasa bercakap baik

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia mengatakan yang baik atau diam" 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

5) Baik Sangka
Sabda Nabi S.A.W :
"Janganlah berburuk sangka, kerana berburuk sangka itu ialah sedusta-dusta percakapan". 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

"Kaum lelaki yang paling dibenci Allah ialah orang yang paling menaruh dendam kesumat".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

6) Membalas pemberian orang
Al-Rubayyi binti Mu'awwidz bin 'Arfa' r.a. bercerita:
"Aku mengadap Nabi s.a.w dengan membawa segugus kurma yang baru masak dan mentimun yang berbulu halus. Kemudian baginda memberikan kepadaku perhiasan dan emas sepenuh telapak tangan". (Diriwayatkan oleh 'Alio bin Hujr daripada Syarik daripada 'Abdullah bin Muhammad bin 'Uqail yang bersumber daripada al-Rubayyi binti Mu'awwidz bin 'Arfa r.a.)

7) Tidak mengulangi pengalaman buruk dua kali.

8) Sanggup menanggung Kesusahan

9) Menutup Aurat

10) Pemalu

Abu Sa'id al-Khudri r.a. meriwayatkan:
"Nabi s.a.w. sangat pemalu melebihi anak dara pada pingitannya. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya menerusi perubahan air mukanya." 

11) Menyukai Pakaian Jenis 'Gamis'

12) Menyukai pakaian yang berlengan panjang

13) Menyukai pakaian berwarna putih

14) Bersifat Adil dan bertanggungjawab

15) Membalas kejahatan dengan kebaikan

Nabi s.a.w pernah bersabda:
"Hubungkanlah (kasih sayang) terhadap orang yang memutuskan hubungan terhadap dirimu, berbuat baiklah kepada orang yang berbuat jahat kepadamu, dan katakanlah yang benar sekalipun mengenai dirimu." 

16) Rajin Berusaha

17) Bersifat Amanah dan benar (Siddiq)

18) Jujur dan Amanah dalam berniaga

19) Memberi upah kepada Pekerja dengan segera

Nabi s.a.w pernah bersabda:
"Berilah upah buruh sebelum kering peluhnya, dan beritahulah upah tersebut ialah hasil kerjayang" 
 
20) Berpakaian Kemas ketika solat

21) Mencintai kesihatan 

22) Pembersih
Nabi s.a.w pernah bersabda:
"Kebersihan itu sebahagian daripada iman" (Riwayat Muslim)

"Islam itu bersih, oleh itu bersihkanlah diri kamu, kerana sesungguhnya tidak masuk syurga melainkan orang yang suci lagi bersih." (Riwayat al-Tabrani)

Demikianlah sebahagian daripada sifat - sifat Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad Salallahu 'Alaihi Wassalam. Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan kita, Nabi Muhammad Salallahu 'Alaihi Wassalam. Semoga kita semakin mengenali kekasih Allah :')

Thursday, April 26, 2012

Kejarlah 5 perkara Penting dgn mengamalkan 5 perkara

5 perkara penting dalam hidup:-

1) Wajah yang cantik
2) Duit yang banyak
3) kesihatan yang baik
4) Anak yang cerdik dan berjaya macam kita
5) Tidur yang nyenyak tanpa gangguan

Senang jer tuk mendapatkannya, hanya 50 minit setiap hari. 

Sabda Nabi Muhammad Sallahu 'Alaihi Wasallam,
"Siapa yang tingalkan solat subuh tiadalah nur diwajahnya,
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat, 
dan barangsiapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,
dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yang bermanfaat.
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak"

Dengan itu, janganlah di tinggalkan perkara yang wajib ini demi kebaikan di dunia dan di akhirat.

"Rugilah bagi mereka yang berusaha untuk dunia sahaja. Kerana dunia kan meninggalkan mereka dan akhirat kan menjadi tempat tinggal yang kekal"
 

Wednesday, April 18, 2012

Kerna Kerja, Diri terlupa..


"Jika Kerjamu, membuatkan ibadahmu semakin bertambah atau sama, maka pekerjaanmu di berkati Allah. Jika kerjamu, membuatkan ibadahmu berkurangan malahan semakin melalaikanmu, maka berhati-hatilah. Kembali kepada Allah, dan mohonlah keberkatan, rahmat serta ampunanNya. Sesungguhnya tempatNya lah engkau akan kembali"

Sudah menjadi lumrah dan kebiasaan manusia untuk mendapatkan kehidupan yang terbaik di dunia. Tujuan hidup untuk? Mendapatkan Rumah yang cantik dan besar, kereta yang mewah dan bergaya serta keperluan yang canggih dan kalau boleh 'limited edition'.

Kaya = Bahagia...?

Sedarlah wahai manusia..

Duit tidak menjanjikan kebahagiaan. Malahan dengan harta dan kekayaan akan menimbulkan kerunsingan dalam diri manusia.

Dari segi apa? Takut harta berkurangan maka si manusia bekerja tak mengenal masa yang mendera sehingga dia tua dan hampir mati barulah dia sedar, duit hanya melalaikan.. Takut impian untuk mendapatkan rumah yang cantik dan besar tidak kesampaian maka si manusia bekerja keras untuk merealisasikan impian sehinggalah, ajalnya tiba - tiba sampai, barulah dia sedar (ketika di dalam kubur) yang duit tidak menolongnya daripada seksaan kubur dan azab api neraka.. Nauzubillah...

Mudah2an dihindari daripada sifat lupa dan alpa itu.

Memang di dunia yang mementingkan duit, di dunia yang memaksa manusia untuk membayar segala-galanya dengan duit, sungguh sukar untuk kita melarikan diri daripada bekerja keras demi perbelanjaan seharian yang mencukupi. Namun... memadailah segala kemudahan - kemudahan itu kita beli dengan sederhana.

"Bersederhana dalam hidup menghindarkan diri daripada bersifat bangga diri, sombong dan bakhil."

Memadailah kita membeli benda itu jika kita benar - benar memerlukannya. Dan bukan kerana tamak untuk mendapatkan benda yang lebih canggih. Bukankah lebih baik lagi kita menghabiskan harta untuk menolong yang lebih lemah dan golongan yang memerlukannya? Untuk apakah kita mencari harta yang baik semata - mata untuk dunia yang sementara ini...

Ketika diri sibuk untuk mengejar harta dunia, kadang terlalai untuk menunaikan sembahyang dan kadang amalan2 yang selalu dikerjakan semakin bekurangan. Ketahuilah, itulah tanda - tanda kita mengejar dunia dan bukan akhirat.

Apabila semakin hari, hati semakin di penuhi sifat menginginkan harta dunia, menyukai pembaziran, mencintai status dan mengagungkan orang kaya yang bergaya, ingatlah akan mati dan ingatlah akan Allah.

"Berhati - hatilah memilih kerjamu dan pandai - pandai lah menggunakan masamu. Walau kerjamu terlalu banyak, Amalan dan ibadahmu jangan dilupakan."