Tuesday, January 31, 2012

Random

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum W.B.T~

31.01.2012 (Tuesday) - Aku baru saja mengacau2 Wallku sendiri semata2 kn meliat perkembangan ku dr masa ke semasa. Sebelum statusku berubah from something yg membolehkn urg menstalk whatever dat I'm doing at d moment to something yg useful to every1 (hopefully), ku come across this one status yg membuatkn ku tersedar... Ku terlupa, Apa yg ku lakukan selama ani soon akan di tanya jua. soon.. nda tau bila..

Before kami berjumpaMu, "Ya Allah, ampunilah bg kami dosa2 kami dan hapuskanlah dr kami kesalahan2 kami, dan wafatkanlah kami beserta org2 soleh. Ya Tuhan kami, berilah kmi apa yg telah Engkau janjikn kpd kami dgn perantaraan rasul2 Engkau. dan jgnlah Engkau hinakn kmi pd hri kiamat. sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji" (Ali imran : 193 - 194)

Hari demi hari berlalu, semakin hampirlah masa kita.. Semoga kita dimatikan sebagai Orang Soleh dan Solehah, Amin~ Before this, ku slalu mood swing yg membawa kepada kesedihan melampau2. Mun sudah if ada kawan yg nda membls msg, nda contact2 thru msg or FB pun ku kn sedih melampau, "Lupakah durg rahku?" Kdg if ada some ppl yang ku harap2 kn inda me"like" my status pun kn sedih XDD. Ahahahahaha, Bila di fikirkan cali jua! Macam th kitani penting sangat rh hidup urg yg tiada pertalian darah XD.

Tapi.. Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi kerana menemukanku dengan teman2 karib yang sentiasa menolongku baik dalam senangku dan dalam susahku. Yang sentiasa memberikanku sokongan padu tatkala ku rebah.. Alhamdulillah, Ya Allah kerana diberikan hidayah tatkala hati hampir tersesat.. Alhamdulillah, Ya Allah, Alhamdulillah... Kerana mengurniakan keluarga yang menyayangiku serta mempunyai pengetahuan yang luas ttg agama Islam, Alhamdulillah..:')

Selama ani, persoalan demi persoalan timbul.. Akan tibakah rezekiku untuk mendapatkan pekerjaan yg bersesuaian dgn educationku? Akan tibakah jodoh yg ku mahukan? Akan tibakah masanya untuk aku mampu menolong kedua2 ibu bapaku? Persoalan2 catulah yg sering membuatkn ku rasa sedih, pasal takut semua atu nda kn tecapai sampai ku Pergi tak kembali.. But now, Alhamdulillah, hatiku lebih terbuka.. Semua yang berlaku atas rancanganNya jua. Semua yg berlaku ada hikmah di sebaliknya..

Kalau ku dpt keraja dulu, I'm sure aku nda kn berubah2 ulahku dr dulu smpai sekarang.. Jahil! Kalau ku dpt keraja dulu, I'm sure aku nda kn menghargai masaku dgn keluarga.. Kalau ku dpt kraja dulu, i'm sure ku nda kn tau sapa kawan yg sejati :'), (Thanks kamu~ u know who u are: All ABCrew, Nonie, Khad, Emma, Tikah, Safwan, Wadud n d gang, Asrinah n so on). N akhernya, Kalau ku dpt keraja dulu, kompom masaku yg busy atu merubah prioritiesku.. Fahamlah ku sudah why not now :).. InsyaAllah, rezekiku kn tiba jua as long as ku nda berhenti mencoba n doa sentiasa ada.. InsyaAllah~

"Ya Allah, temukanlah kami dengan Jodoh yang mendekatkan kami padaMu. Dan janganlah Engkau menemukan kami dengan Jodoh yang menjauhkan kami daripadaMu" Amin Ya Robbal Alamin~ Thanks to Nyut2 for d doa. Semoga tani smua di kurniakan jodoh yg boleh menguide tani untuk kebahagiaan di akhirat dan sekaligus kebahagiaan di dunia jua.

Kawan - kawan yang di rahmati sekalian, sekali lagi ku ingin mengatakan jika hatiku dikaburi indahnya dunia hingga membuatkanku alpa dan melupakan Allah, maka tegur2lah aku. Semoga kita termasuk dalam golongan org2 yg menghuni syurgaNya, Amin~

Sunday, January 29, 2012

Hakikinya Cinta


 Suramku, kerna ketiadaan-MU di HATI..


"Kenapa bahagiaku semakin MENJAUH? Kenapa hatiku semakin HIBA? kenapa aku merasakan jiwaku KOSONG? Seperti PATUNG yang berjalan, bergerak, ketawa dan menangis TANPA NYAWA.. Seperti DANBO yang di perolahkan orang sekeliling, tiada TUJUAN HIDUP, tiada KEMAHUAN HIDUP, hanya mengikut si pembeli danbo.. Kemanakah perginya JIWAKU?

Bukankah ini yang ku mahukan? Bukankah ini yang ku inginkan? FAMOUS di pelosok negeri.. KAYA tanpa henti.. Dimana saja aku berada, di situlah aku di sanjung. Dimana saja aku pergi, di situlah aku di puji... Bahagianya kehidupan seorang idola.. Tapi.... Kenapa? Kenapa jiwaku semakin kosong? Hari - hari yang ku lalui seakan - akan sama. Tiada PERUBAHAN.. Tiada PERBEZAAN.. Tiada PERBANDINGAN... Sama seperti hari - hari biasa ku. Aku BOSAN! Aku JEMU!!


Kenapakah hatiku masih TIDAK PUAS - PUAS? Impianku kini tercapai!!! IMPIANKU KINI TERCAPAI!! Tapi.. kenapa hatiku masih terapung - apung di LAUTAN SURAM? Kenapa Jiwaku masih bergayut di LEMBAH KEKOSONGAN? Kenapa mindaku mengatakan ini bukanlah yang ku mahukan? Apakah yang boleh membuatkan aku bahagia? Aku JEMU.. Aku LETIH... Aku LELAH untuk mengharungi hidup - hidupku jika inilah yang perlu ku lalui setiap hari.. Tolonglah Aku... mencari KEBAHAGIAAN jika ia masih WUJUD di dunia ini.. " (Alisha Qaisarah - 2011)


Angin bertiup sayu membawa pergi awan yang pilu...
Setiap masa, detik dan saat, beban si awan semakin bertambah..
Hingga suatu ketika... apabila dada awan semakin sebak..
bahu awan semakin berat memikul beban yang pilu...
gugurlah tangisan hujan membasahi bumi yang kering..

Aku... Ibarat awan redup menangis airmata hujan...
Hatiku... seredup awan yang membawa hujan..
Tangisanku... selebat hujan yang tiada henti ketika ini..
Bilakah hujan dihatiku kan pergi?...
Bilakah tersergam indah sang pelangi?..
Bilakah kebahagiaan kn kunjung tiba?...
Semoga ku temui semua itu nanti...

Saturday, January 28, 2012

Kawan.. Tegur Aku jika Aku Terlupa

Bismillahirrahmannirahim..

Segala Puji bagi Allah, pencipta Alam semesta dan makhluk sekalian. Selawat dan Salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, kaum kerabat serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari Kiamat.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..

Alhamdulillah, aku di beri peluang sekali lagi untuk mengharungi hidup di dunia ini. Alhamdulillah, aku di beri peluang sekali lagi untuk menghirup udara yang segar, menikmati pemandangan indah alam semesta ciptaanMu dan mendengar alunan suara merdu Azan berkumandang tatkala subuh menjelma.. Mudh2an pd hari ini, minda di penuhi dengan idea dan pemikiran - pemikiran yang positif dan sifat rajin merangkumi diri serta semoga hari ini lebih produktif drpd hari sebelumnya. Amin ya robbal Alamin~

Sebelum memulakan apa - apa perbincangan atau percakapan atau isu - isu semasa adalah lebih baik, semua itu di berkati dengan bacaan surah Al-Fatihah di dalam hati.. di tujukan khas untuk peringatan sendiri dan kepada mereka - mereka yang telah kembali ke rahmatullah.. Al-fatihah.... Semoga roh-roh yang kita sayangi di berkati Allah selalu dan termasuk dlm golongan org2 yang menghuni Syurga Amin~

Topik pada hari ini ialah "Teguran"... Ayik? Tetiba je nak berckp pasal 'Teguran" ni, apa hal? Yelah...Aku ni kan pelupa orangnya, kena tegur byk2 kali baru aku ingat kesalahan yg selalu aku lakukan. Teguran yang dimaksudkan bukan teguran yang membuatkn aku semakin tersesat dr jalan Allah, tegurlah aku untuk menuju ke jalan yang membawa kebahagiaan di akhirat nanti ye.. seperti, "Dah sembahyang ke? Tak lama lg habis waktu ni.." "Jangan lupa baca ayat kursi sebelum keluar rumah ye. Mudh2an selalu di lindungi Allah" "Ishh, tak baik berkasar dgn Ibu dan Ayahmu, jagalah mulut tu.. Ibu dan Ayahmu yg menjaga awak dr kecik lg kn. Balas lah jasa mereka selagi mereka masih hidup" dan bermacam2 lagi teguran yg sejuk hati mendengar :).

Kalau ramai kawan tegur macam tu, kan cantik? Concern betul kawan aku yg sorang ni kn? Sama2 lah kita menegur kawan2 dan sama2 lah mendengar n menghayati teguran org ye :D. Mudh2an kita berubah menjadi muslimah yang terbaik, dan anak yang solehah. Dan kpd kawan lelaki, semoga berubah menjadi mukmin yang soleh, ayah dan anak yang soleh, Amin ya Robbal Alamin~

Berbalik pada topik yg sebenar, kalau nak menegur tu biarlah menegur dengan kata - kata yang santun dengan intonasi suara yang tidak lantang dan membingit telinga. Benar 'teguran' tidak pernah di pandang positif terutama sekali teguran yang berunsurkan islam... sentiasa menusuk jiwa, kerana diri sendiri tahu yang kita adalah manusia kerdil yang sering lupa akan kehadiranNya. Dengan itu, tegur2lah kengkawan2 n aku jugak ye :).

Kadang Aku tak bersyukur, terutama sekali apabila kesusahan melanda.. Terlupa lh pulak, kesusahan itu sebenarnya UJIAN. Ujian KESABARAN dan ujian KETABAHAN HATI. Kalau aku sering mengeluh, sering komplen, sering mengadu2 kat kawan2, tolong lah tegur aku.. suruhlah aku BERSYUKUR dengan ujian yang datang. Ujian itu datangnya dr Allah jugak, nak mencoba aku ni betul2 kuat atau saja je nak tunjuk lagak >_<).

Apa2 yang aku buat tak betul serta salah sesalah-salahnya di sisi Islam, silalah tegur2 ye. Kalau aku tiba2 je melenting, ahhh! paham2 lah, ertinya dah terasa pedas lah tu. Iyelah, "siapa makan cili dia yang terasa pedas"nya kan? pasal tu lah melenting tak tentu pasaii...

Anyway, petikan drpd Al-Quran buat renungan kita bersama2 :-
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari kebajikan yang dikerjakannya dan di mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang - orang sebelum kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkau-lah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang - orang kafir". (02:286)


Monday, January 23, 2012

Raihan - Damba CintaMu

Raihan - Damba CintaMu



Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah Aku Jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti


Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah Aku Jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Mogaku kan selamat dunia akhirat
seperti rasul dan sahabat..
Seperti rasul dan sahabat,,
Seperti rasul dan sahabat.. (Mogaku kan selamat dunia akhirat)


Seperti rasul dan sahabat.. (Mogaku kan selamat dunia akhirat)
Seperti rasul dan sahabat.. (Mogaku kan selamat dunia akhirat)
Seperti rasul dan sahabat.. (Mogaku kan selamat dunia akhirat)

Friday, January 20, 2012

Ibuku, RATU HATIKU, Ayahku, RAJA HATIKU

Bismillahirrahmannirahim..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat..


Hari ini ku lalui dengan membaca artikel - artikel dan mengemaskinikan blogku. Tiba - tiba terlintas di fikiran... Aku belum berterima kasih kepada ibuku dan ayahku yang selama ini menjagaku hingga ke hari ini. Aku dapat hidup dan bernafas dengan senangnya di sebabkan oleh kehadiran Ratu dan Raja dalam hidupku.. Now, I'm 25 years old pun because of their care for me :') .. Mudah - Mudahan Ibu dan Ayahku tergolong dalam golongan orang - orang yang menghuni syurga-Mu. Ya Allah, Ampunkanlah dosa - dosa Ibu dan Ayahku baik yang kecil dan yang besar.. Amin.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian Alam..

*************************************************************************
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapanya," (Hadis Riwayat Tirmizi dan Hakim)

Orang yang derhaka kepada ibu bapanya akan disegerakan Allah balasannya tanpa ditangguh - tangguhkan. Ini sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Setiap dosa mungkin di tangguhkan seksanya sesuai dengan kehendak Allah sampai hari kiamat kecuali dosa terhadap ibu bapa..." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Balasan setimpal disediakan Allah bagi orang yang menderhaka ibu bapa ialah tidak akan dapat masuk syurga. Perhatikan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Hak Allah atas empat orang yang tidak akan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak akan merasa kenikmatannya iaitu ; orang yang sentiasa minum arak, pemakan riba, pemakan harta anak yatim dan orang yang tidak suka akan kedua orang tuanya," (Hadis Riwayat Hakim)
*************************************************************************

Dapat di lihat trend masa kini.. Apabila anak - anak sudah dewasa, ibu bapa di biarkan tinggal di rumah lama. Anak - anak dengan keluarga masing - masing. Adakah si anak memberi pertolongan untuk ibu bapanya seperti di berikannya duit poket, di masakkannya makanan, di bawakannya makan angin, di hiburkannya hati mereka, di jemurkannya kain mereka, di buangkannya sampah di rumah mereka, di lipatkannya baju mereka, di bayarkannya bil - bil yang ada di rumah mereka, di belikannya baju yang baru setiap tahun termasuk baju raya lima pasang, di basuhkannya pinggan mangkuk selepas mereka makan, di ciumnya tangan ibu bapanya tanda terima kasih kerana menjaga si anak sejak di dalam perut lagi dan di berikannya layanan yang sempurna? Adakah ini terjadi pada si Anak di masa kini?

Apa yang ku sebut tadi adalah sebahagian daripada apa yang telah ibu dan bapa kita lakukan untuk kita selama ini.. Jika kamu hendak mengira berapa banyak duit, usaha dan masa yang telah di laburkan untuk mendidik kamu, sungguh mustahil sekali! Dapatkah kamu membalas setiap perlaburan ibu bapa dengan usaha kamu yang sedikit itu?

Apabila si ibu dan si ayah meminta duit, apakah jawapanmu? "Takde duit, banyak lagi yang perlu ku beli. Aku dah ada keluarga," Astaghfirullah! Selama ini siapakah yang menjadikanmu berjaya?? Siapakah yang membayar segala perbelanjaanmu hingga engkau mendapat kerja yang lumayan?? Siapakah yang bersusah payah tanpa lengu bekerja dengan tangan yang kasar untuk memberikanmu kesenangan di dunia?? Itukah jawapanmu untuk Ibu dan Ayah yang bersusah payah mendidikmu menjadi anak yang baik dan berjaya? Inikah balasanmu terhadap mereka yang menyayangimu?? Walau engkau sudah bergelar Ibu atau Ayah, takkan hilang gelaran anak selagi engkau masih hidup!!


Segeralah kamu meminta ampun kepada kedua - dua orang tuamu, serta bertaubatlah kepada Allah yang bersifat Maha Pengasih, Maha Penyayang sentiasa bersedia untuk memberi keampunan kepada setiap hamba yang memohon keampunan daripada-Nya. Janganlah kita merosakkan masa depan kita di akhirat nanti dengan menderhaka ibu bapa. Sama - samalah kita memanfaatkan post ini. Semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah Amin ya Robbal Alamin~

Impianku : ** UMRAH dan HAJI **

BismillahhirRahmannirRahim...


Ayat - Ayat suci Al-Quran jika di baca dan di hayati amat senang untuk di fahami.. AyatNya yang indah, susunan kalamNya teratur, tidak dapat dibandingkan dengan mana - mana penyair handalan.. Saat membaca Surah Al - Hajj, hatiku semakin kuat ingin menjejakkan kakiku ke Tanah Suci Mekkah. Mudh2an Allah memurahkan rezekiku, Amin Ya Robbal Alamin~ 

"Dan Serulah manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, atau mengendarai setiap unta yang kurus, mereka datang dar segenap penjuru yang jauh,
Agar mereka menyaksikan berbagai manfaat untuk mereka, dan agar mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Dia berikan kepada mereka berupa hewan ternak. Maka makanlah sebagian darinya dan (sebagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir. 
Kemudian, hendaklah mereka menghilangkan kotoran (yang ada di badan) mereka, menyempurnakan nazar-nazar mereka dan melakukan tawaf sekeliling rumah tua (Baitullah).
Demikianlah (perintah Allah). Dan barang siapa mengagungkan apa yang terhormat di sisi Allah (hurumat), maka itu lebih baik baginya di sisi Tuhannya. dan di halalkan bagi kamu semua hewan ternak, kecuali yang diterangkan kepadamu (keharamannya), maka jauhilah (penyembahan) berhala-berhala najis itu, dan jauhilah perkataan dusta.
(Beribadahlah) dengan ikhlas kepada Allah, tanpa mempersekutukan-Nya. barang siapa mempersukutukan Allah, maka seakan-akan dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh. 
Demikianlah (perintah Allah). Dan barang siapa mengagungkan si'ar-syi'ar Allah, maka sesungguhnya hal itu timbul dari ketakwaan hati." (22 : 27 - 32)

Mudh2an suatu hari nanti aku dapat menunaikan haji~ Diteruskan lagi membaca surah selepas Al-Hajj iaitu, surah Al-Mu'minuun.. Di bawah sedikit peringatan kepada semua termasuk diriku sendiri :-

"Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk dalam salatnya,
dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang memelihara kemaluannya,
kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. 
Tetapi siapa yang mencari di balik itu (zina, dan sebagainya), maka mereka itulah orang - orang yang melampaui batas.
Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara salatnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi,
(yakni) yang akan mewarisi (surga) Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. " (23 : 1 - 11)

Renungan untuk kita semua.. Semoga dada di penuhi dengan iman serta cinta akan Allah Ta'ala. Amin Amin Amin~

Sunday, January 1, 2012

Alpha 2012 and Omega 2011

BismillahhirRahmannirRahim~

01.01.2012 - Nda sangka beraherlah sudah ceritera kehidupan 2011 ku.. A lot of things happened in just a short year 2011 ani p Alhamdulillah, aku diberi peluang sekali lagi untuk menempuhi tahun baru 2012. Mudh2an tahun ani di bagi petunjuk and hidayah serta di berkati n dirahmati Allah, dimurahkan rezeki n dikuatkan iman. Amin ya Rabbal Alamin~ 

Omega 2011 - Seen a lot of things n done lots of things jua. First time nek kpl terbang, first time belayar independently wif Bestfriends, first time k KK, first time graduate n first time to realise my real ambition ^_^). So 2011 telah mengajarku byk perkara n membuka mataku untuk menjadi a real muslimah.
Mudah2an aku sentiasa mengingati Allah di mana jua ku berada Aminn~

Alpha 2012 - New resolutions and goals! Semoga 2012 membawa perkara2 yang baik untukku n untuk org2 yg ku sayangi, Aminn~~ Aku hanya mampu merancang, selebihnya biarlah Allah menentukn.