Friday, January 20, 2012

Ibuku, RATU HATIKU, Ayahku, RAJA HATIKU

Bismillahirrahmannirahim..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat..


Hari ini ku lalui dengan membaca artikel - artikel dan mengemaskinikan blogku. Tiba - tiba terlintas di fikiran... Aku belum berterima kasih kepada ibuku dan ayahku yang selama ini menjagaku hingga ke hari ini. Aku dapat hidup dan bernafas dengan senangnya di sebabkan oleh kehadiran Ratu dan Raja dalam hidupku.. Now, I'm 25 years old pun because of their care for me :') .. Mudah - Mudahan Ibu dan Ayahku tergolong dalam golongan orang - orang yang menghuni syurga-Mu. Ya Allah, Ampunkanlah dosa - dosa Ibu dan Ayahku baik yang kecil dan yang besar.. Amin.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian Alam..

*************************************************************************
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapanya," (Hadis Riwayat Tirmizi dan Hakim)

Orang yang derhaka kepada ibu bapanya akan disegerakan Allah balasannya tanpa ditangguh - tangguhkan. Ini sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Setiap dosa mungkin di tangguhkan seksanya sesuai dengan kehendak Allah sampai hari kiamat kecuali dosa terhadap ibu bapa..." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Balasan setimpal disediakan Allah bagi orang yang menderhaka ibu bapa ialah tidak akan dapat masuk syurga. Perhatikan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Hak Allah atas empat orang yang tidak akan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak akan merasa kenikmatannya iaitu ; orang yang sentiasa minum arak, pemakan riba, pemakan harta anak yatim dan orang yang tidak suka akan kedua orang tuanya," (Hadis Riwayat Hakim)
*************************************************************************

Dapat di lihat trend masa kini.. Apabila anak - anak sudah dewasa, ibu bapa di biarkan tinggal di rumah lama. Anak - anak dengan keluarga masing - masing. Adakah si anak memberi pertolongan untuk ibu bapanya seperti di berikannya duit poket, di masakkannya makanan, di bawakannya makan angin, di hiburkannya hati mereka, di jemurkannya kain mereka, di buangkannya sampah di rumah mereka, di lipatkannya baju mereka, di bayarkannya bil - bil yang ada di rumah mereka, di belikannya baju yang baru setiap tahun termasuk baju raya lima pasang, di basuhkannya pinggan mangkuk selepas mereka makan, di ciumnya tangan ibu bapanya tanda terima kasih kerana menjaga si anak sejak di dalam perut lagi dan di berikannya layanan yang sempurna? Adakah ini terjadi pada si Anak di masa kini?

Apa yang ku sebut tadi adalah sebahagian daripada apa yang telah ibu dan bapa kita lakukan untuk kita selama ini.. Jika kamu hendak mengira berapa banyak duit, usaha dan masa yang telah di laburkan untuk mendidik kamu, sungguh mustahil sekali! Dapatkah kamu membalas setiap perlaburan ibu bapa dengan usaha kamu yang sedikit itu?

Apabila si ibu dan si ayah meminta duit, apakah jawapanmu? "Takde duit, banyak lagi yang perlu ku beli. Aku dah ada keluarga," Astaghfirullah! Selama ini siapakah yang menjadikanmu berjaya?? Siapakah yang membayar segala perbelanjaanmu hingga engkau mendapat kerja yang lumayan?? Siapakah yang bersusah payah tanpa lengu bekerja dengan tangan yang kasar untuk memberikanmu kesenangan di dunia?? Itukah jawapanmu untuk Ibu dan Ayah yang bersusah payah mendidikmu menjadi anak yang baik dan berjaya? Inikah balasanmu terhadap mereka yang menyayangimu?? Walau engkau sudah bergelar Ibu atau Ayah, takkan hilang gelaran anak selagi engkau masih hidup!!


Segeralah kamu meminta ampun kepada kedua - dua orang tuamu, serta bertaubatlah kepada Allah yang bersifat Maha Pengasih, Maha Penyayang sentiasa bersedia untuk memberi keampunan kepada setiap hamba yang memohon keampunan daripada-Nya. Janganlah kita merosakkan masa depan kita di akhirat nanti dengan menderhaka ibu bapa. Sama - samalah kita memanfaatkan post ini. Semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah Amin ya Robbal Alamin~

No comments: