Saturday, January 28, 2012

Kawan.. Tegur Aku jika Aku Terlupa

Bismillahirrahmannirahim..

Segala Puji bagi Allah, pencipta Alam semesta dan makhluk sekalian. Selawat dan Salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, kaum kerabat serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari Kiamat.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..

Alhamdulillah, aku di beri peluang sekali lagi untuk mengharungi hidup di dunia ini. Alhamdulillah, aku di beri peluang sekali lagi untuk menghirup udara yang segar, menikmati pemandangan indah alam semesta ciptaanMu dan mendengar alunan suara merdu Azan berkumandang tatkala subuh menjelma.. Mudh2an pd hari ini, minda di penuhi dengan idea dan pemikiran - pemikiran yang positif dan sifat rajin merangkumi diri serta semoga hari ini lebih produktif drpd hari sebelumnya. Amin ya robbal Alamin~

Sebelum memulakan apa - apa perbincangan atau percakapan atau isu - isu semasa adalah lebih baik, semua itu di berkati dengan bacaan surah Al-Fatihah di dalam hati.. di tujukan khas untuk peringatan sendiri dan kepada mereka - mereka yang telah kembali ke rahmatullah.. Al-fatihah.... Semoga roh-roh yang kita sayangi di berkati Allah selalu dan termasuk dlm golongan org2 yang menghuni Syurga Amin~

Topik pada hari ini ialah "Teguran"... Ayik? Tetiba je nak berckp pasal 'Teguran" ni, apa hal? Yelah...Aku ni kan pelupa orangnya, kena tegur byk2 kali baru aku ingat kesalahan yg selalu aku lakukan. Teguran yang dimaksudkan bukan teguran yang membuatkn aku semakin tersesat dr jalan Allah, tegurlah aku untuk menuju ke jalan yang membawa kebahagiaan di akhirat nanti ye.. seperti, "Dah sembahyang ke? Tak lama lg habis waktu ni.." "Jangan lupa baca ayat kursi sebelum keluar rumah ye. Mudh2an selalu di lindungi Allah" "Ishh, tak baik berkasar dgn Ibu dan Ayahmu, jagalah mulut tu.. Ibu dan Ayahmu yg menjaga awak dr kecik lg kn. Balas lah jasa mereka selagi mereka masih hidup" dan bermacam2 lagi teguran yg sejuk hati mendengar :).

Kalau ramai kawan tegur macam tu, kan cantik? Concern betul kawan aku yg sorang ni kn? Sama2 lah kita menegur kawan2 dan sama2 lah mendengar n menghayati teguran org ye :D. Mudh2an kita berubah menjadi muslimah yang terbaik, dan anak yang solehah. Dan kpd kawan lelaki, semoga berubah menjadi mukmin yang soleh, ayah dan anak yang soleh, Amin ya Robbal Alamin~

Berbalik pada topik yg sebenar, kalau nak menegur tu biarlah menegur dengan kata - kata yang santun dengan intonasi suara yang tidak lantang dan membingit telinga. Benar 'teguran' tidak pernah di pandang positif terutama sekali teguran yang berunsurkan islam... sentiasa menusuk jiwa, kerana diri sendiri tahu yang kita adalah manusia kerdil yang sering lupa akan kehadiranNya. Dengan itu, tegur2lah kengkawan2 n aku jugak ye :).

Kadang Aku tak bersyukur, terutama sekali apabila kesusahan melanda.. Terlupa lh pulak, kesusahan itu sebenarnya UJIAN. Ujian KESABARAN dan ujian KETABAHAN HATI. Kalau aku sering mengeluh, sering komplen, sering mengadu2 kat kawan2, tolong lah tegur aku.. suruhlah aku BERSYUKUR dengan ujian yang datang. Ujian itu datangnya dr Allah jugak, nak mencoba aku ni betul2 kuat atau saja je nak tunjuk lagak >_<).

Apa2 yang aku buat tak betul serta salah sesalah-salahnya di sisi Islam, silalah tegur2 ye. Kalau aku tiba2 je melenting, ahhh! paham2 lah, ertinya dah terasa pedas lah tu. Iyelah, "siapa makan cili dia yang terasa pedas"nya kan? pasal tu lah melenting tak tentu pasaii...

Anyway, petikan drpd Al-Quran buat renungan kita bersama2 :-
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari kebajikan yang dikerjakannya dan di mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang - orang sebelum kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkau-lah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang - orang kafir". (02:286)


No comments: