Tuesday, March 27, 2012

Amalan ketika datang Haid


Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh~

Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat - sahabatnya.

Ramai wanita sama ada yang baru sahaja memeluk agama Islam atau yang sudah berugama Islam dari sejak kecil lagi sering mengutarakan tentang amalan - amalan apakah yang dapat di lakukan ketika datang Haid. Jelas sekali, wanita - wanita Islam mengetahui bersolat, berpuasa dan berwudhu' tidak dibenarkan ketika datang haid. Namun adakah ini bermakna wanita "bercuti" daripada melakukan amalan - amalan lain? Adakah ini bermakna wanita hanya perlu tidur, makan dan lalai daripada mendalami agama Islam ketika datang haid?
Jawapannya: Tidak! Tidak sama sekali!

Perlu di ingati salah satu syarat wudhu' adalah "suci daripada haid dan nifas", manakala, salah satu syarat bagi bersolat pulak ialah, "berwudhu' (suci daripada hadas kecil dan hadas besar). Maka secara automatik, berwudhu' ketika datang haid tidak sah, bersolat, berpuasa dan tawaf pulak adalah di larang.

Berbalik kepada topik yang sebenar, apakah 'amalan-amalan yang dapat dilakukan ketika datang haid'? Terlalu banyak! Islam tidak membataskan muslimah untuk berhenti beramal kerana didatangi haid. Berikut adalah 10 amalan - amalan yang boleh di lakukan bagi mengisi "kekosongan" di hati :-

1) Perbanyakkan Zikir kepada Allah dan selawat ke atas Nabi - Nabi, Rasul - Rasul, keluarga serta sahabat - sahabat sekalian.

2) Mendengar Ceramah dan Mendengar bacaan Al - Quran.

3) Mengamalkan sifat - sifat yang terpuji, seperti sabar, syukur, ikhlas, tawakal, redha, mengingati mati dan lain - lain lagi sifat terpuji.

4) Bersedekah dan tolong menolong antara sesama keluarga, sahabat - handai serta mukmin mukminah sekalian.

5) Membaca tafsir Al - Quran dan hadith - hadith yang sahih.

6) Menjaga batas seharian; menjaga pandangan dan pendengaran serta zina.

7) Menyebarkan artikel - artikel yang berguna kepada orang - orang islam bagi memberi peringatan kepada kita sendiri dan orang lain.

8) Menghindari diri daripada sifat dusta, mencela perkataan orang, memuji diri dan melaknat, pemarah, dengki, bakhil, kasihkan kemegahan, kasihkan dunia, membesarkan diri, merasai diri lebih sempurna, menunjuk-nunjukkan amalan dan lain - lain sifat yang di murkai Allah.

9) Senyum dan berkata - kata manis dengan orang sekeliling.

10) Membersihkan rumah dan halaman rumah sambil berzikir. Dan lain - lain lagi..

Terlalu banyak amalan - amalan baik yang di boleh di lakukan oleh perempuan - perempuan yang datang haid.

Bukankah kebanyakkan amalan - amalan yang di sebutkan di atas lebih kurang sama dengan amalan yang di lakukan ketika perempuan tidak datang haid? Memang betul!

Islam melarang perempuan yang datang haid untuk berwudhu, solat, puasa dan tawaf sahaja. Maka amalan - amalan yang lain boleh di lakukan selagi hayat di kandung badan. Semoga artikel ini bermanfaat bagi yang membaca.

Akhir kata, semoga Allah memberikan pahala atas ilmu yang di tuntut dan semoga kita mendapat ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat, Amin Amin ya robbal Alamin~





2 comments:

nisaAbd.lajis said...

assalamualaikum..terime kasih atas info yg telah dikongsikn..
sy ingin bertanya...jika didatangi haid..adakah wanita juga dilang membaca al-ma'thurat??
terima kasih sekali lg..

Unicorn fx said...

Waalaikumussalam, Al-mathurat adalah himpunan zikir - zikir daripada petikan Al-Quran dan doa. Perempuan haid boleh membaca Al-Mathurat TETAPI perlu di niatkan Zikir di dalam hati. Sama seperti hafizah yang menghafal Al-Quran, mereka boleh membaca dan menghafal dengan niat Zikir.

wallahu'alam.

Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua dan semoga waktu perempuan di datangi haid bukanlah menjadi penghalang buat kita mengamalkan amal soleh. Amin..