Thursday, December 15, 2011

"Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah"

Assalamualaikum~~

3:00pm, minda bergerak untuk mula berkarya.. Bila hati terasa tenang, idea bergerak dengan lebih pantas. Sedang aku sibuk menaip post blog ani, sambil2 diri mendengar ceramah 'Dr Reda Bedeir - Jannah'. Sebelum atu, i just wanna share dis one fan page that can help us, Muslims, for reminders. Hope that this post will help us see the right from wrong, Amin Ya Rabbal Alamin~

"..Jika rindu ini bertatah, aku BERHARAP biarlah untuk Allah..andai rindu ini menarik resah..aku PASRAH, andai pencarian ini masih BELUM KUTEMUI..ya Allah damaikanlah hatiku ini, biarlah resah menarik sepi..biarlah kecewa meratap PERGI, biarlah kasih mengikat diri..ya Muhaimin kepadaMu aku MENGADU HATI, SERIKANLAH taman hati bukan pada fikiranku tapi pada REDHAMU.."

“Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.”

“Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan-amalan sunnah, maka Allah dan Rasul-Nya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak”.

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh-sungguh.

And this one is pengajaran for all of us, Girls :-

Wahai perempuanku,

Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Perempuanku, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA!

Perempuanku,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah Perempuanku janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.

Wahai Perempuanku,

Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Perempuanku,

Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi Perempuanku,

Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu...


Tiba2 teringat kata2 dis ESP from 'Unit penderaan wanita dan kanak2' ... "Nobody can define ourselves unless tani sendiri!". Ani random brabis plg tu XD.

Anyway, Interview and Hujah di pagi hari dengan Nyut2 membuka minda untuk mendalami diri sendiri lagi. Kadang memang susah untuk kita menyuarakan pendapat sebab takut di pertikaikan kelak, tapi kalau pendapat kita ke jalan yg benar, suarakanlah! biarlah mereka mendengar!! Halangan drpd org yg tak berpendapat sama adalah Ujian drpd Allah.

InsyaAllah, if Ujian ini dpt kamu lalui, bahagia akan kamu temui...