﷽
Segala puji bagi Allah, Al-Malik Al-Haqq, Al-Mubin yang memberikan kita iman dan keyakinan. Ya Allah, limpahkan selawat pada pemimpin kami Muhammad, penutup para Nabi dan Rasul, dan begitu pula pada keluarganya yang baik, kepada para sahabat pilihan, dan yang mengikuti mereka dengan penuh ihsan hingga hari kiamat.
Salam semangat para pemuda - pemudi Islam,
Apa khabar semua? Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berkobar - kobar untuk menyebarkan serta berkongsi tentang keindahan Islam.
Sebelum memulakan kata - kata, marilah kita sama - sama menghayati pantun 4 kerat buat renungan semua...
Cari guru mengenal diri,
Yang diamanat olehlah Nabi,
Jangan takut penat dan rugi,
Asalkan dapat ilmu sejati....
Umur bukanlah penghalang untuk kita menimba ilmu. Dan Umur bukanlah alasan untuk berhenti belajar. Ilmu Allah sangatlah luas. Selagi mana nyawa dikandung badan, selagi itulah kita sebagai umat islam harus menuntut ilmu demi persiapan di akhirat nanti.
Tergeraknya hati untuk sekali lagi menulis di blog ini setelah saya menghadiri Ceramah daripada Dr Hj Harapandi di Masjid Mata - Mata Gadong, malam semalam. Walau badan terasa letih, namun tak terlintas di fikiran untuk melelapkan mata setelah mendengar kata - kata daripada Dr Hj Harapandi. Sangat bermanfaat buat semua, mudahan pada yang membaca coretan ini juga mendapat ilmu dan sama - sama menyebarkannya pada yang lain. Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat. Ameen..
___________________________________________
Teringat kembali kisah hijrah pertama..
Waktu diri mula memahami erti solat yang sebenar..
Refresh niat.. Refresh iman..
Mudahan sentiasa berada di jalan yang benar..
___________________________________________
Seperti yang kita ketahui, we are like on a boat. Sekejap turun Sekejap naik.
Analogi ini sama seperti iman di dada.. Sekejap berada d puncak sekejap berada di kaki gunung..
Atas sebab itu, menghadiri majlis ilmu sangat penting untuk kita walau sesibuk manapun..
Perkataan yang sering bermain - main di dalam fikiran sekarang setelah menghadiri majlis ilmu tersebut ialah:-
"Tiada pemberian Allah yang paling baik di atas dunia ini, melainkan diberikan kemahuan..kesanggupan.. kemampuan.. dan kekuatan untuk mendirikan solat dua rakaat"
"Apabila melakukan solat, kita sedang berdua - duaan dengan Allah. Kekasih yang menciptakan kita"
"Orang yang rindu pada Allah, dia panjangkan solatnya. Semakin gemar untuk melakukan solat. Kerana keinginan untuk sentiasa bersama denganNya"
" Semua aktiviti yang di pasang niat baik akan diberikan pahala. Kelebihan ini hanya diberikan pada orang - orang Islam. Maka Jangan malas berniat untuk kebaikan. Sedangkan orang yang berniat untuk bersedekah di keesokkan harinya namun pada esok hari tidak mampu untuk bersedekah kerana tiada wang juga diberikan pahala kerana niatnya untuk kebaikan"
Tepuk dada tanda iman.. Bagaimana pula dengan kita?
Adakah hati merasa gembira setiap kali waktu azan berkumandang?
ataukah terasa beban untuk melakukan solat?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terharunya diri, apabila mendengar.. perbuatan solat yang kita lakukan adalah Anugerah.. Hadiah daripada Allah pada hamba - hambaNya yang terpilih.
Mudah - Mudahan terpilih menjadi Ahli syurga..
Tersenyum ketika menemuiNya.. :')))
Allahumma Ameen...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
The reason why I really feel like this touches my heart because I just had a conversation with a friend of mine.. She told me that her friend yang sangat mementingkan Agama telah meninggal dunia tahun lepas kerana menghidap penyakit cancer.
Sebelum dia meninggalkan dunia selama - lamanya, ibunya sempat melihatnya menangis teresak - esak kerana tidak mampu untuk bangun mengerjakan solat. Betapa sedih dan sayu hatinya sehingga dia mengatakan..
"Ya Allah.. Apakah salahku sehingga aku tidak mampu untuk mendirikan solat? Ampunkanlah dosaku Ya Allah..."
Lihat.. betapa besarnya nikmat mampu bersolat itu bagi orang yang menyintai Allah..
Tidakkah kita ingin untuk menyintai Allah? Dan
Kenapakah manusia sanggup berkorban apa sahaja demi kekasih hati sedangkan Allah jualah yang menciptakan kekasih yang disanjung itu?
Ramai yang mengatakan.. Walaupun solat, hati tetap tak tenang. Walaupun solat, perangai masih tak ubah.. dan sebagainya yang di kaitkan dengan ketidaksempurnaan solat.
Bagaimana hati boleh tenang jika connection bersama Allah hanya ketika solat Fardhu? Bagaimana hendak dekat dengan Allah jika hanya tersambung waktu solat Fardhu?
Untuk menambah kedekatan kita dengan Allah SWT, lakukanlah solat sunat juga. Ingatlah, bahawa setiap waktu kita bersolat, ketika itulah Allah menjemputmu untuk duduk bersamaNya. Allah menawarkan untuk duduk berduaan denganNya.. Isn't it sweet? :')
Sebenarnya terlalu banyak main points yang menusuk hati telah diberikan semalam. Namun tak sempat untuk saya merakamkannya kerna terlalu menghayati kata - kata Dr. Muhasabah diri.. Peringatan buatku sendiri.. Akhir kata, perbaikilah solat. In shaa Allah, diri kan semakin dekat kepadaNya.
Ya Allah... Permudahkanlah jalanku untuk menuju syurgaMu...
Ya Allah... Permudahkanlah jalanku untuk mendapatkan keampunanMu..
Ya Allah... Permudahkanlah jalanku untuk mendapat RahmatMu..
Ya Allah... Permudahkanlah jalanku untuk menuju ke jalanMu yang Benar..
Ya Allah... Permudahkanlah jalanku untuk bertemu kekasihMu Ya Rasulullah..
Ya Allah... Permudahkanlah jalanku untuk sentiasa bertaubat kepadaMu..
Ya Allah... Permudahkanlah jalanku untuk mendapatkan kebahagiaan di akhirat nanti..
Ya Allah... Permudahkanlah jalanku untuk menyebarkan AgamaMu yang benar..
Ya Allah... Permudahkanlah jalanku untuk menjadi hambaMu yang Solehah..
Ya Allah... Permudahkanlah jalanku untuk mendapatkan kasihMu..
Ya Allah... Permudahkanlah.. dan janganlah di persulitkan...
Amiin.. ya Robbal Alamiin...
Yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk datangnya daripada saya sendiri. Semoga bermanfaat buat semua. Mohon Maaf atas segala kesilapan yang dilakukan dan jika ada sebarang silap, eloklah kita sama - sama menegur untuk kebaikan. Sekian saja daripada saya, Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh...