Sunday, February 24, 2013

Muhasabah Diri

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh. Dimulakan dengan segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan yang Maha Mengasihani, Maha Pengampun, Maha Melihat dan Maha Mendengar akan segala perbuatan yang dilakukan hambaNya. Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad S.A.W, keluarga - keluarga dan sahabat handai yang sentiasa istiqomah dalam berjuang mempertahankan Islam, Agama yang benar. 


Perbaiki Diri yang Kekurangan


Waktuku kan tiba, saat duniaku berhenti,
Tanganku kan lumpuh, badanku kan binasa, 
Semua yang aku ada kan tiada berguna..
Yang menjadi penolong hanya amal di dunia..

Walau setinggi mana gunung ku daki,
Walau sejauh mana lautan ku renangi, 
Walau sebanyak mana pingat ku menangi, 
Semuanya kan tiada berguna lagi...

Satu harapanku yang sudah pasti, 
Aku ingin terus Mencintai, 
Tuhan yang Maha Agung, Tuhan Ilahi..
Yang sentiasa ku perlukan dan ku rindui..
Ya Ilahi, Ampunilah dosa - dosa hambaMu ini...
:'(

Walau insan lain sentiasa mencaci, 
Menguji ketabahan, kecekalan dan kesabaran hati, 
Aku akan sentiasa berusaha utk mencuba & mencari2,
Jalan yang benar untuk ku tempuhi...
Buat menemuiMu nanti Ya Ilahi..
:'(

Andai saja semua orang memahami, 
Bahawa dunia ini takkan abadi, 
Bahawa akhirat nanti satu destinasi, 
Yang dalamnya kita tentu kan kekal abadi, 
Menghadapi perhitungan di depan Ya Ilahi...

Sanggupkah kita mengharungi?.. 
Hari2 dangan seksaan neraka nanti,
yang apinya membakar mendidih diri, 
Mampukah kita berlari?..
daripada mati yang sudah pasti, 
dari neraka yang menghantui...
Pastikah kita kan selamat nanti?...

Walau masa tak terlihat tapi hati menyakini, 
Bahawa janji Allah itu sudah pasti..
Ya Ilahi, Ampunilah dosa - dosa kami...
:'(
Janganlah Engkau hukum kami kerna kejahilan kami, 
Janganlah Engkau tinggalkan kami kerna kesesatan kami, 
Janganlah Engkau menyeksa kami kerna kealpaan kami, 
Tuntunlah kami ke jalanMu yang benar, ya Ilahi...
Tuntunlah kami ke syurga yang Engkau ciptakan, Ya Ilahi..
Tuhan yang Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Pengasihani..
Tuntunlah kami.... 

- nukilan hati seorang wanita yang menginginkan cintaNya, Nadhirah - 



Telah lama blog ini ditinggalkan dan belum di kemaskinikan. Insya Allah selepas hari ini saya akan cuba untuk sentiasa update blog ini atas tujuan memperbaiki diri dan pembaca sekalian. Mungkin melalui tulisan hati kan semakin dekat padaNya dan mungkin melalui bacaan diri kan sentiasa memperbaiki demiNya :). Insya Allah.. niat perlu sentiasa di perbaiki, lillahi Ta'ala.. 


"Dan jika kamu mengikuti kebanyakkan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan" (Al-An'aam, 116)


Membuat kejahatan sangat senang apatah lagi apabila ianya menjadi trend di zaman sekarang. Membuat kebaikan pula menjadi cemuhan kerana ianya perbuatan yang di luar adat dan budaya. Terasa janggallah diri apabila dipertikaikan sehingga membuatkan diri sendiri tertanya - tanya yang mana satukah jalan yang betul? yang mana satukah perbuatan yang benar? Kebiasaan orang yang mengundang dosa dan murka Allah atau kejanggalan orang yang di suruh dan di tuntut Allah? Pilihan di dunia hanya dua... Bahagia dunia atau Bahagia dunia dan akhirat. Ramai yang menyangka mengejar akhirat bermakna susahlah hidup di dunia, sedang Allah sendiri mengatakan dalam Al-Quran yang menjadi panduan hidup umat islam, 


"Dan Allah telah berjanji kepada orang - orang yang beriman di antara kalian dan mengerjakan amal - amal yang saleh bahwa Dia sunguh - sunguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang - orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agam yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar - benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalm ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiap yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang - orang yang fasik." (An-Nur: 55)


Ingat, Al-Quran lah petunjuk dan map bagi umat islam. Rujuklah Al-Quran dan hiduplah berpandukan Al-Qurann insya Allah segala-galanya menjadi senang :'). 


"Dan sesungguhnya Al-Quran itu dalam induk Al-Kitab (Lauh Mahfuzh) di sisi kami, adalah benar-benar tinggi (nilainya) dan amat banyak mengandung hikmah" (Az-zukhruf 43:4)


Sekian semoga post ini memberi manfaat kepada yang membaca, aamiin..