Saturday, November 17, 2012

Kesalahan dalam teguran


Remember this...
Remember this and keep it very dear to your heart.

Dan jangan ulangi kesilapan yang sama..
Jangan..

Cause it hurts!
And it hurts so much until you want to tear yourself apart ( dan berpaling dari tarbiyah/jemaah?)

Dan terkadang kesalahan kecil kita sebagai murabbi dan qiyadah menjadikan batu api bagi syaitan untuk disemarakkan pada hati mutarabbi dan jundiy kita.Maka, awaslah!

Belajarlah dari kesalahan orang lain. ( dan tentu belajar dari diri sendiri juga).

And when you reach the above or become leader, please, please Aisyah, go back to what you write today, and remember these...

1) Bila nak menegur seseorang, tegurlah dengan cara paling baik dan pada waktu paling tepat sekali.

Yang penting, bukanlah untuk sampaikan teguran itu, paling penting adalah supaya teguran itu diterima.
Maka sediakan mekanisme terbaik untuk melakukan teguran itu.

Tak kiralah teguran itu dirasakan dalam suasana penuh kasih sayang, tapi jika cara dan waktu tidak tepat, kamu hanya akan menyalakan lava yang tengah meluap-luap amarahnya.

2) Jalinkan kecintaan sebelum meminta ketaatan. Jalinkan kepercayaan sebelum memberikan nasihat.

Adakah adil jika kamu menegur seorang mutarabbi mahupun jundiymu, dalam keadaan kamu tidak merasai ikatan hati, ataupun paling penting, dia TIDAK merasai kasih sayang dari kamu?
Tentu tidakkan?

Kamu tak pernah endahkan dia, tak pernah mendengar masalah dia, tak pernah membantu dia..
Dan kini kamu hadir padanya, meminta ketaatan dan mahu menegur sahaja?
Jadilah seorang murabbi, yang ada ikatan hati dari sudut ayah, abang, syeikh dan guru pada anak muridnya.

Berkenalanlah, bantulah dia, dan cintailah dia, sebelum kamu meminta ketaatan dan juga menegur kesalahan dia.

Memang betul dia wajib mentaati kamu sebagai kepimpinan. Benar, dia ada kesalahan sebagai jundiymu, tapi santunilah keanak-anakan dan kenaifan dia dalam tarbiyah. Hargailah semangatnya dalam beramal, dan didiklah dia dengan penuh cinta, bukan kritikan dan sindiran yang mengundang kebencian.
Sudah namanya jundiy dan mutarabbi, memang dia akan banyak buat kesalahan. memang dia perlukan bimbingan. Memang dia takkan perfect. Maka, santunilah perkara itu dengan baik.

3) Carilah medium terbaik dalam memberikan teguran/didikan.

Barangkali kamu bukanlah orang yang terbaik dalam menegurnya. Carilah orang yang hati mutarabbi dan jundiy kita lebih terbuka untuk menceritakan segalanya. Carilah orang yang pandai berbicara dalam memberikan didikan ini. Jadikan mereka orang tengahmu. Jika orang lain lebih pandai menegur darimu.

Elak gunakan medium:
a) emel
b) sms
c) telefon

Ketika menegur dan memberikan didikan. kerana manusia sangat banyak salah faham jika teguran itu tidak bernada, dan jika teguran berlaku secara sehala tanpa bertanya apakah asal usul punca masalah itu berlaku.

Bertemulah, berjumpalah, dan peluk mutarabbi itu penuh cinta, sebelum duduk mendengar penjelasan darinya.
Insyaallah, dia akan membuka hatinya pada kamu.

4) Cari masa sesuai dan tenang dalam memberikan teguran.

Bukan sepuluh minit sebelum mutarabbi kita nak menyampaikan usrah, di waktu itulah kita menegur dia. Hancurlah perasaan dia, dan menurunlah semangat dia dalam amal.

Bawalah dia pergi ke kedai makan. Berboraklah perihal-perihal santai sebelum membicarakan hal serius.
Bukalah hati dia dahulu menerima kamu sebelum kamu menyampaikan apa2 pada dia.

Duduk bersemuka dengan dia, dalam keadaan dia tenang, bukan ketika dia sedang mengalami tekanan perasaan yang mengancam.
Ambil waktu paling tepat sekali. Jangan gopoh dan tidak bersabar...

5) Anggaplah dia seperti adik sendiri/anak sendiri/diri sendiri.

Fahami dan dengarilah dia sebelum kita menegur.

Dan tegurlah dengan cara seperti mana kita mahu diri kita sendiri ditegur.

Mulakan dengan pujian dan penghargaan, kemudian barulah membuka topik perbincangan.

Jangan memandang rendah akan dirinya. Jangan membuatkan dia rasa begitu hina, lebih hina dari tanah.
Jangan bagi dia rasa down selepas teguran. Setiap manusia ini ada ego yang perlu dijaga.
Kerana setiap nasihat, kita mahukan perubahan. Bukan mahu dia lari dari tarbiyah!!!

6) Paling penting, jangan menegur dalam keadaan kita sangat beremosi.

Solatlah dahulu. Biarkan waktu melegakan hati kita. Minta pada ALlah diberikan cara dan petunjuk terbaik dalam menegur.

Niat yang ikhlas sahaja takkan menjamin teguran itu diterima, cara kena amat betul dalam penyampaian...

Inilah dia Aisyah, ingatlah perkara ini betul-betul. Kerana manusia lain akan terluka jika kamu lakukan pada mereka apa yang pernah manusia lakukan padamu. Ingatlah sebaiknya.

Malah, jika kau menjadi qiyadah mahupun murabbi agung sekalipun, engkau tidaklah superior dari mereka, Engkau tidaklah lebih baik dari mereka, Mungkin lebih teruk sekalipun.

kerana itu, teguran itu dibuat atas dasar dirimu bersedia untuk ditegur dan berubah juga. Dirimu mahu juga ditegur dan dinasihati selalu....

Ajaib apabila melihat, kematangan hidup dan pengalaman bergaul dengan ramai manusia, amat memberi kesan kepada perwatakan dan kata-kata pada seseorang.

Dan aku melihatnya pada dua generasi yang berbeza. Dan aku merasakan benar, pengalaman sahaja dapat memberikan kematangan dalam kepimpinan.

Dan kita yang menjadi tentera kecil mahupun mutarabbi hina ini, perlu belajar dari kesilapan ini. Jangan ulangi perkara sama. Jadilah manusia lebih baik.

Seperti mana aku harap kamu juga belajar dari kesilapan aku , membetulkan kesilapan aku, dan sentiasa menjadi lebih baik dari aku.

Aku lebih bahagia begitu walaupun tingginya kedudukan aku di mata jemaah dan dunia, kerana kedudukan kita di sisi Allah itu lebih utama..

Dan betul, teguran pada qiyadah/naqibah juga perlu sama sahaja seperti di atas. kita jemaah manusia, bukannya robot dan tentera. Ada emosi dan masalah. maka belajar cara berkomunikasi dengan baik.
wallahualam

- petikan artikel iluvislam.com -

Ingat, Kedudukan kita di sisi Allah itu lebih utama..

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal hijrah 1434H


Ya Allah Dikaulah Tuhanku selamanya.
Pada tahun baru ini daku bermohon kepada-Mu,
 Semoga dijauhi daripada syaitan dan kuncu-kuncunya 
Dan daku memohon pertolongan-Mu
 Supaya daku terpelihara daripada nafsu amarah dan jahat, 
Serta bimbinglah daku
 Akan perkara yang dapat menghampirkan daku dengan-Mu,
Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Salam Maal Hijrah to semua. Semoga tahun ini dirahmati & diberkati Allah serta d berikan hidayah dan petunjuk selalu menuju ke jalan yang Benar. Mudah2an kita menjd lebih baik lg daripada Tahun yang sebelumnya Aaminn..

Berhijrah menjadi yang lebih baik tak pernah senang. Perjalanan mana yang tak mempunyai liku-liku? perjalanan mana yang tak mempunyai simpang yang menyesatkan?  Namun jika diri ingat bahawa "Allah sentiasa ada", insya Allah, Dia, Tuhan yang Maha Mengetahui, Maha Mengasihi akan membantu di setiap perjuanganmu untuk mencari Redha-Nya, Ampun-Nya dan Rahmat-Nya.

Sejauh mana pun kaki melangkah
Kadang kita tersasar mencari - cari
Ingatlah Allah sentiasa ada
Dan tak pernah meninggalkan kita
Dia tunggu.
Dia rindu.
Sentiasalah berusaha demi-Nya.

Berhijrahlah menjadi yang lebih baik. Jangan biarkan diri bergelumang dalam dosa, tertawa riang dengan maksiat sedangkan diri tahu neraka tempat dituju jika terus-terusan tidak berubah. Sampai bila diri mahu menjadi begini? berjalan tanpa arah tuju? merasakan kosong? berlayar tnpa kemudi? Peringatan ini bukan untuk diri sendiri sahaja tapi untuk teman2 yang sentiasa mendampingi dan untuk hamba2 Allah yang ditakdirkan membaca post ini. Semoga mendapat pengajaran dan hidayah dariNya jua. Aamiin..



Tuesday, November 13, 2012

Jihad demi Allah..

Bismillahhirrahmannirrahim.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji - pujian hanya bagiNya, Tuhan Pencipta Seluruh Alam, yang Maha Mengetahui apa yang terpendam dan tersirat di dalam hati setiap hamba2Nya dan yang Maha Mendengar kata2, rintihan serta doa. Selawat dan Salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat, sahabat2 baginda dan para pejuang yang saleh dan alim ulama yang mengikuti ajaran dan Sunnah. 

Alhamdulillah, dengan izinNya jua, tertulis lah post yang sudah lama difikirkan. Sebelum post ini di karang, perjalanan hidup yang menimbulkan perlbagai persoalan, halangan serta jawapan telah mematangkan diri. Mudah2an sentiasa di berikan hidayah serta petunjuk drNya, Tuhan yang Satu, Aamiin :').

Hari - hari yang di lalui seringkali membuatkan manusia terlupa. Lupa dengan tujuan hidup sebenar, lupa dengan balasan di akhirat, lupa dengan janji - janji yang Allah terangkan dalam Al-Quran Al-Karin. Seringkali diri terfikir dan seringkali jua diri mengingati "Ini hanyalah Mimpi! realiti sebenar di Akhirat nanti!!". Kadang tergelincir sendiri bila terlalu bahagia dengan kerja yang semakin menjadi tumpuan. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah ya rabb. Engkau berikan peringatan sebelum diri semakin jauh dariMu.

Apakah erti Jihad? dan Apakah erti Istiqomah? 

Jihad ialah perjuangan dan pengorbanan suci berdasarkan prinsip ajaran Islam untuk mencapai matlamat dan tujuan yang diredhai Allah Taala. Manakala Istiqomah adalah usaha yang tiada henti dan berterusan.

Di dunia yang serba moden ini, wang ringgit serta kemudahan dan teknologi yang canggih menjadi rebutan sehingga ganjaran akhirat di abaikan. Kebahagiaan di letakkan dalam mendapatkan kereta yang mewah, rumah yang besar dan pangkat yang tinggi. Hilanglah penerapan agama dalam mencapai segala matlamat duniawi itu.

Lumrah manusia, benda yang dapat di genggam sebagai ganjaran pasti akan di kejar drpd hadiah yang tak dapat di lihat dengan mata yang kasar dan hati yang buta.

Di Zaman inilah hanya sesetengah manusia yang beriman sanggup berjihad dan berjuang demi Allah. Ketika diri masih kecil, pemikiran kurang luas, apabila terlintas sahaja perkataan 'jihad' maka diri akan terfikir, jihad bermakna perang! 'Kena tunggu peranglah ni baru dpt berjihad'. Memang pemikiran kanak2 terlalu lurus bendul. Maksud Jihad di Zaman moden ini meliputi beberapa aspek:-

1) Jihad melawan hawa nafsu
  • membersihkan jiwa dan mensucikan hati dari sifat2 yg rendah dan keji untuk di isi dengan sifat2 yg mulia dan terpuji
  • membersihkan dan mensucikan jiwa dari kegelapan dan kekotoran syirik untuk di isi dengan kejernihan dan sinar cahaya Tauhid
  • mencapai keikhlasan ibadah, kebersihan akhlak dan ketinggian budaya
2) Jihad dengan hati
Jihad dengan hati tanpa usaha atau tindakan zahir merupakan jihad yang paling lemah. Orang yang mempunyai semangat jihad yang lemah akan hanya berjihad dengan hati, apabila ia menghadapi masalah ajaran sesat, murtad kebatilan, kemungkaran dan kezaliman

Sabda Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wasallam.: Ertinya: 
Sesiapa saja yang melihat kemungkaran hendaklah ia bertindak mengubahnya denga lisannya (kata-kata) dan jika masih tidak berdaya, hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya, dan itu merupakan iman yang paling lemah. ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )


3) Jihad dengan kata - kata dan pena
  • menyuruh manusia taat kepada perintah Allah Taala sama ada suruhan atau larangan
  • mengajak manusia melakukan perkara yang baik dan berfaedah serta meninggalkan perkara buruk, sia2 dan maksiat. 
  • menyeru menegakkan kebenaran dan keadilan.
Firman Allah Taala: (Surah Al-Imran: Ayat 104) Ertinya:
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
Sabda Rasullallahi Sallallahi Alaihi Wassalam: Ertinya:
Jihad yang paling utama ialah berkata benar (adil) di hadapan pemerintah yang zalim.

4) Jihad dengan harta
  • membelanjakan harta untuk berjihad Fi sabilillah. 
  • tidak bakhil dan tamak serta sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT.  
(Surah As-Saf ayat:10-11) Ertinya:
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya, Serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu. Yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenar).

5) Jihad dengan diri
Al-Quran berulang kali menyebutkan jihad harta yang diikuti oleh jihad diri (Al Amwalu Wal Anfus) dengan pengertian bahawa harta hanya akan bermakna dalam melaksanakan jihad apabila manusia sanggup mengorbankan diri sebagai pengerak dan melaksana tuntutan jihad. Diri itulah yang sebenarnya menjadi tumpuan utama jihad yang digerakkan oleh kekuatan harta sebagai alat utama jihad. Gandingan antara harta dan diri membolehkan jihad dalam apa bidang sekalipun mencapai matlamatnya iaitu kejayaan yang diredhai Allah Taala.

Firman Allah Taala: (Surah At-Taubat:111) Ertinya:
Sesungguhnya Allah Taala telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka bahawa dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar............................

---- 5 aspek jihad yang di petik drpd internet ---

Perjuangan untuk jalan Allah yang benar tidak dinafikan sangat susah untuk di tempuh apatah lagi di zaman yang mementingkan fesyen dan meremehkan aurat serta membanggakan adat ini. Namun, dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Berjuanglah dengan istiqomah. Tanpa usaha, kejayaan takkan dpt di capai. Teguhkan iman, tingkatkan kesabaran dan mohonlah pd Allah agar diri sentiasa diberikan kekuatan untuk berjuang ke jalanNya yang benar. Semoga kita, ibu bapa, keluarga serta sahabat handai dimasukkan dlm golongan org2 yg beriman dan menghuni syurgaNya. Aamiin..