Wednesday, August 29, 2012

Warkah buat bestfriendsku...


Dear Bestfriends,

Wakno Berita? (Apa khabar?). Lama dah tak contact2, bukan kerna terlupa cuma susah nak curik masa. xSangka masing2 dah besar panjang. Kalau dulu kita sering berkelaka tentang nak jadi apa in the future, tentang small stuff yg lucu2 n then ttg perkara yg takde kena mengena pun boleh menjd topik perbualan kita. Indahnya masa kecik2 dulu kn? Toksah fikir ttg tanggungjawab, toksah fikir ttg decision mana yg perlu di buat, hanya perlu fikir, belajar, belajar n belajar. That's it! life is so simple back then! Tp.. itu dulu...

Ehee, mula lh nak mengEmo ni.. Tp takpe kn? Bukan selalu :D. Rindu sangat2 dgn dunia muda mudi dahulu. Rindu sangat2 dgn gelak tawamu ttg jokes aku yg mmg sbnrnya lame. Rindu sangat2 dgn the times we spent buat mengisi masa lapang yg terlalu free. In conclusion, rindu all about Us lah ^_^).

Kadang aku rasa kejam sebab kurangnya my initiative untuk mengcontact u. Tapi... perasaan itu bercampur dgn perasaan "tak nak menganggu ur kehidupan" so I just pendam je lah hehe (sory sgt2 ye kalau membuatkn awk tertunggu2, salah sayalh sebab x contact awal2 isk3..). Anyway, how's ur life, bestfriend? Ok ke? Keluarga macam mana? Sehat? Jiwa macam mana? tak stress? Iman? ehehe, byk tanya lak. Dah lama tak sembang2 tentulah byk persoalan yg tak terjawab sering bermain difikiran kn? kn?

As for me, Keluarga sehat2 je.. Just recently, i went to Sarawak, "jejak kasih" dgn cousins, aunties, uncles n neneks yg dh 17 years tak jumpa. Wahhh.. lama sangat tak jumpa n last berjumpa masa Aku msih kecik lagi, umur 8 tahun. Muka pun dah x ingat dah. Tp aku msih ingat moments aku beraya2 di kawasan rumah Mak usu dgn sepupu aku, Abg Sam (although I don't remember his face but I remember Abg Sam selalu menjga aku dulu). Now u know what? he's so tall n so old... N i realized... I'm old too. That's when I thought.. Time is running so fast, I'm getting older day by day... and... most importantly... Kematian semakin menghampiri :'(... Takut rasanya, bestfriend.. So, aku susun sepuluh jariku untuk meminta maaf kepadamu if sekiranya aku pernah membuatkn awk tersinggung, menyusahkn awk, membuatkn awk menangis + kecewa n membuatkn awk hiba. Aku memohon agar diampunkn segala dosa2 yg telah ku lakukan terhadapmu. n Mohon di halalkn hutang2 + janji2 yg tak terlaksana. Truly minta maaf. Slmt hari raya, Maaf zahir dan Batin. Sorry jugak sebab x sempat nak send raya msg apatah lg nak send kad raya. Entah knapalah aku terlalu pemalas lately. Tak dpt dinafikn aku mmg slalu malas tp.. dis year is d worst >_<). Bukan bangga, kecewa dgn diri sendiri sbnrnya :S..

Bestfriends, jgn risau ye. Dihatiku, sentiasa ada kamu ^_^). No matter what happened between us, walaupun awk busy, aku busy n both dah takda masa nak hangout sama2 or cerita2 hal masing2, awk tetap terpahat dlm hatiku as "bestfriend forever". Rasa nak muntah? hahahaha! tapi.. itulah perasaan hatiku yg betul dan tak tipu punya. So there will be times when my random messages or blog post kan ditujukan khas untukmu, bestfriends :D. Love n miss u always~ InsyaAllah, bila panjang umur, murah rezeki n byk free time, boleh lah we hangout together2 n den bercerita sepuas2nya. Buat sementara waktu, smpai di sini sajalh warkah yg ku karang utkmu :).

Tp sebelum aku mengundurkn diri, aku ingin sharing sedikit nasihat utkmu dan utk diriku sendiri jugak.
1) Hidup biarlah berlandaskan Islam dan sentiasa mengingati Allah, Nabi Muhammad, Rasul2, Nabi2 dan Org2 Soleh. Sentiasa ingat jugak hnya kepadaNya kita kembali.
2) Jgn Lupa Solat Lima Waktu n sentiasalah menambah solat2 sunat utk mendptkn keredhaanNya. Hidup ni dikurniakan Allah hnya untuk satu tujuan sahaja. Menyembah Allah yg Maha Esa. Sama2lah kita berusaha untuk mendapatkan keampunanNya ya.
3) Bacalah Al-Quran setiap hari. Al-Quranlah panduan hidup yang datangnya drpd Pencipta kita. Allah yg Maha Esa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
4) Sentiasalah berbakti kpd Ibu Bapa yg menjaga kita dr dlm perut lg. Ingat akan penat lelah Ibu Bapa utk menjaga kita baik ketika kita sehat ataupun sakit. Ingat ketika ibu bapa kita sering risau akan kebahagiaan dan keselamatan kita sehingga susah nak tidor. Dan Ingat... tanpa ibu bapa, siapalah kita.. Terlalu byk jasa dan budi yg ibu bapa kita taburkn sejak dr dulu lg so kita kenalah membalas segalanya walau hanya dgn senyuman. "Ya Allah, kasihanilah Ibu Bapaku sebagaimana mereka mengasihaniku ketika aku masih kecil lagi. Ampunkanlah dosa2 mereka, Ya Allah..".

Fuuuhhh.. sbnrnya byk nasihat yg ingin aku share di sini tp... takut awk rasa bored lak nak dgr ceramah aku ni hehe. Do take care alwayz~ Semoga Allah sentiasa melindungimu dan sentiasa memberikanmu petunjuk. Semoga kita diredhai Allah dan diampunkan segala dosa2 serta di masukkn dlm golongan org2 yg beriman dan menghuni syurgaNya, Amin Amin Amin~

Goes To: All my bestfriends (u know who u r :D)