Tuesday, June 26, 2012

Rindu..


Rindu Lelaki Soleh
Rindu Pemuda Bertaqwa
Rindu Pejuang Kebenaran
Rindu Pemberani
Rindu Pembela
Rindu Pemimpin Adil

Rindukan Syurga...

Friday, June 22, 2012

Sambutan Isra' dan Mikraj 2012



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, 
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarokatuh..

Post ini sepatutnya di publish pada 10th June, 2012 akan tetapi disebabkan Ceramah Sambutan Isra' dan Mikraj di Sekolah Menengah Masin diadakan pada 23rd June, 2012 so postpone sikit lah nak publish this post. 

Menyebut tentang peristiwa Isra' dan Mikraj ini banyak ilmu dan iktibar yang dapat di ambil, di hayati serta di amalkan untuk setiap umat Islam. Mungkin sahaja some of us tak tahu or kurang pasti tentang peristiwa apa yang berlaku di hari tersebut maka saya sarankan pembaca - pembaca untuk mencari di dalam mana - mana buku agama atau internet sebagai tambahan bagi peristiwa isra' Mikraj yang akan saya huraikan nanti. 

Peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 bersamaa dengan 622 M ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madina. Perjalanan selam 3/4 malam sahaja, Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Palestin / Israel kini. Arah Kiblat Umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. [Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah melayari laman web yang lain.]

Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
  •     Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
  •     Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
  •     Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
  •     Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
  •     Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.
  • Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.
The highlighted points are the points that I'm going to emphasise on since Ceramah yang disampaikan di Sekolah Menengah Masin menekankan tentang "Pentingnya Solat" di setiap hari yang kita (umat islam) lalui. 

 Ceramah tersebut disampaikan oleh Ustaz Hj Supri daripada KUPUSB. Di permulaan ceramah Ustaz menguji berapa ramai orang yang solat subuh and we can see that only 1% of the students yang mengerjakan solat Subuh. Suatu hari nanti if sekiranya none of the students solat, macam mana dengan keturunan yang akan datang? Can the students yang sekarang ani only 1% solat mengajar anaknya and cucu-cucunya untuk mengerjakan solat seperti yang di suruh Allah?

Ukuran kejayaan di akhirat nanti bukanlah di ukur melalui Pangkat, Kekayaan, Kecantikan, Keturunan dan Ke'Famous'an seseorang itu tapi di ukur dengan keImanan dan Pahala yang di kumpul ketika di Dunia ini. 

Ukur Iman, Tanya Sendiri. Layakkah aku menghuni syurgaNya nanti?

Memang dengan hanya bersolat tidak mencukupi dan memadai untuk kita menjejakkan kaki ke syurgaNya apatah lagi dengan dosa yang telah di lakukan. Namun Allah Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat, mohonlah padaNya semoga segala amalan dan ibadah kita di terima serta di berikan ganjaran pahala Amin~ 

Meninggalkan sembahyang atas sebab solat kita mungkin tidak di terima adalah satu kerugian yang besar. Sanggupkah kita menempah tiket 'One way' to Neraka because we believe that we have NO chance at all untuk mendapatkan pahala? Apabila seseorang itu berputus asa sebelum berusaha atau ketika berusaha buat seketika maka "Cerahlah masa depannya" untuk ke tempat yang paling di takuti setiap umat islam dan manusia2 kelak. Ingat Ahli Syurga - yang rajin bersolat, Ahli Neraka - yang tidak solat atau yang meninggalkan solat atau yang solat dia berlubang - lubang (makna sekejap solat, sekejap tak solat). 

Kenapa Bersolat? 
  • Membebaskan seseorang drpd kemunafikkan.
  • Menghampirkan diri kepada Allah S.W.T dengan bersolat.
  • Sistem pembinaan Akhlak.
  • Penenang dan penyejuk hati. Tanpa solat, jiwa tak tenteram, sentiasa marah - marah, tiap - tiap hari datang bulan. Itu tanda - tanda orang tak solat. 
  • Cahaya, petunjuk dan penerang hati. 
  • Sunnatul Huda (Sunnah yang membawa kepada petunjuk). "Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku maka mereka mencintaiku"
  • Merupakan kurnia Ilahi.
  • Tanda Syukur kepada Allah. "Janganlah suka sombong. Sifat sombong pasti akan banyak musuh"
  • Solat itu tiang Agama. Barangsiapa yang mendirikannya, maka sungguh ia mendirikan agamanya. 
Faedah Solat

  • Mencegah kemungkaran. "Sesungguhnya solat itu mencegah kemungkaran"
  • Menghapus dosa dan kesalahan.
  • Sebagai tempat mencari perlindungan. (Masalah hati, Masalah dunia, keluarga dan lain - lain. Ceritakanlah padaNya bukan pada facebook dan lain - lain).
  • Pemeliharaan dan perlindungan. Kamu jaga Allah, maka Allah akan menjaga kamu. Kamu jaga solat kamu maka Allah akan menjaga kamu. 
  • Merupakan pembuka rezeki.
  • Merupakan awal dan akhir dalam Islam
  • Mendatangkan kejayaan Dunia dan Akhirat. 
  • Penyelamat dari seksa kubur. 
  • Harapan bagi orang yang sudah mati. Umur tak panjang. Sebab in the end, we're all gonna die. Berapa ramai orang yang sihat mati tanpa sebab dan berapa ramai orang yang terlantar di katil tapi belum jugak ajal tu sampat. Tiada sesiapa yang tahu bila masanya umur akan berakhir. Sebelum berakhirnya umur kita, jagalah solat. jagalah agama. Bina akhlak, amalkan ilmu - ilmu dunia dan akhirat. 
  • orang yang solat akan melihat Allah di syurga.
  • Kunci hidayah.
 Kita yang tak terapung - apung kat lautan Hindi ni macam mana? dah solat ke belum? Renung - renungkanlah..

Kesan meninggalkan solat

  • Kufur
  • Berdosa besar yang membinasakan.
  • Nifak
  • Kegelapan dan kebinasaan. 
  • Penyebab Su'ul Khatimah.
  • Seksa kubur. 
  • Simbol penghuni neraka.
  • Bencana / malapetaka.
  • Mudah diganggu syaitan dan jin. 
  • Suatu pengkhianatan terhadap Islam.
  • Kejahatan terhadap para Nabi, Rasul dan Orang - Orang Soleh. 
  • Mencabar hukuman Allah di dunia dan Akhirat. Kamu adalah keturunan Adam, tiada yang lebih baik antara orang Arab dan orang yang bukan Arab, melainkan apa yang ada di dalam hati. 
Nasihat pada semua
  • Saling nasihat menasihati dalam solat. 
  • bersegeralah dalam memahami Islam
  • Berusahalah sentiasa solat di awal waktu.
  • Sentiasa solat subuh berjemaah di Masjid. 
  • Solat Khusyuk. Bukan main - main. 
  • Jangan mengabaikan solat sunat. 
Dari Abu Bakrah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang yang berilmu, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.".. (HR Al-Bazzar)....

Hadis ini menyuruh supaya tiap-tiap seorang MENENTUKAN SIKAPNYA terhadap ilmu agama.... dengan salah satu dari EMPAT CARA, iaitu:

1] Menjadikan dirinya orang yang berilmu (alim), yang mengajar ilmu agama kepada orang lain, atau

2] Orang yang belajar ilmu agama; berusaha mencari ilmu dengan berguru, membaca, 'menadah' kitab, dan lain-lainnya, atau

3] Orang yang mendengar ilmu dan syarahan-syarahan agama; menghadiri kuliah-kuliah agama, atau majlis-majlis ilmu, atau

4] Orang yang mencintai dan menghargai ilmu agama, dan salah satu dari tiga golongan yang tersebut di atas, dengan menurut jejak langkahnya....

5] Golongan orang yang kelima, iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu dari empat golongan yang tersebut, maka mereka adalah GOLONGAN YANG BINASA; berilmu pun tidak, belajar ilmu pun tidak, mendengar pun tidak, kasih kepada ilmu pun tidak.... MALAH GOLONGAN INI MEMUSUHI salah satu, atau keempat-empat golongan di atas, mereka tidak ada pimpinan untuk dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah, yang HAQ dan yang BATHIL....

Sekian semoga post ini dapat memberikan kesedaran kepada sesiapa yang membaca, Amin~ Jika ada salah dan silap dalam apa yang di sampaikan, berikanlah teguran :).

Thursday, June 21, 2012

Ayuh Renovate!


Hati
Dikala hatiku masih berbolak balik,
Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti,
Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin,
Aaaarrggh, lemahnya diriku kerna sering tertewas!

Hati,
Kerapuhan hati kian meningkat,
Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembunyi dihatiku,
Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan hati ini,
Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya..

Hati,
Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,
Ku tetapkan hati,
Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,
Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih..

Hati,
Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya,
Agar sentiasa terpelihara,
Kerna, terlalu lemah untukku memeliharanya..

Ya Allah,
Sesungguhnya aku mengerti,
Hati ini hanya untukMu,

Ya Allah,
Hanya padaMu lah aku berserah,
Hanya padaMu, selayak - layaknya hati ini kembali,
Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi..

Ya Allah, 
kepadaMu aku bersandar 
agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu

***************************************************************************************

Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. 
Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri. 
Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan.
Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.
Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran. 
Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. 

***************************************************************************************

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:


  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah doa itu senjata bagi orang Mukmin.
  • Sibukkan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakkan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya. 
  • Luahkan perasan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati. 


Monday, June 4, 2012

Hati Series

Hati.. adalah raja sekalian anggota.

Jika Hati kita baik maka baiklah sekalian anggotanya. 

Apakah yang dimaksudkan dengan ayat tersebut di atas? Adapun, hati kitalah yang mengerakkan kita untuk melakukan segala-galanya. Jika hati kita terjaga, maka terjagalah jugak segala perbuatan kita. Langkah kaki kita. Tangan kita. Percakapan kita. Pemikiran kita. Dan Segala yang kita lalui in our everyday life. Jika tidak, maka sebaliknya lah juga keadaannya. 

Kita pohonkan kepada Allah S.W.T untuk sentiasa memberikan kita petunjuk, untuk sentiasa menetapkan hati kita kepada jalan Allah yang benar, untuk sentiasa menjaga hati kita daripada noda hitam. 

Semoga blog posts yang tersenarai di bawah ini akan meningkatkan lagi keimanan kita. Allahumma Ameen~





5. Ikhlas


Semoga bermanfaat untuk semua.